Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

16 February 2009

Karangan Jenis Forum

Karangan Contoh
Tajuk: Rasuah

Pengerusi Forum : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Guru-guru dan rakan sekelas. Pada pagi ini kita bersyukur kerana berpeluang membincangkan satu lagi masalah sosial yang saya kira semakin kronik jika tiada usaha langkah yang drastik diambil untuk menanganinya. Tanpa melengahkan masa, izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli panel, iaitu di sebelah kiri saya ialah saudara B dan dibelah kanan pula ialah saudara C. Tajuk forum pada pagi ini ialah "masalah rasuah di Negara malaysia". Seterusnya saya mempersilakan ahli panel pertama kita, iaitu saudara B memberi definisi rasuah dan ciri-cirinya.


Saudara B : Assalamualaikum dan terima kasih saudara pengerusi. Berdasarkan laman web suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM), rasuah merupakan suatu perbuatan yang melibatkan pemberian dan penerimaan wang atau barangan tertentu dengan niat untuk mengelakkan tindakan diambil atau mendapat keistimewaan. Amalan rasuah ini melibatkan semua lapisan masyarakat sama ada dalam sektor awam ataupun swasta. Antara jenis sokongan pula adalah dalam bentuk material seperti wang, kereta, dan rumah, dan bentuk hiburan seperti wanita, melancong ke luar negeri dan sebahagainya.


Saudara C : Menurut Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan amalan rasuah sebagai barah dan jika dibiarkan akan menyebabkan sesebuah kerajaan runtuh dan sekali gus menjatuhkan imej Negara di mata antarabangsa.
Pengerusi : Kita sudah jelas mengenai isu rasuah. Sekarang apakah pendapat ahli panel kita mengenai punca rasuah?


Saudara B : Saudara pengerusi. Izinkan saya mencelah sedikit. Punca utama ialah pengaruh rakan. Apabila melihat rakan sekerja menerima rasuah dan menikmati pelbagai kemewahan hidup tanpa dikenakan sebarang tindakan, seseorang itu akan terpengaruh untuk menerima rasuah. Tekanan di tempat kerja ini mampu mengganggu perasaan, apatah lagi jika pegawai atasan juga turut terlibat. Tanpa berfikir panjang, seseorang itu akan mudah terpengaruh dan turut mengamalkan rasuah kerana ingin cepat menikmati kemewahan hidup di dunia yang fana ini.

Pengerusi : Mungkin saudara C ingin menambah pendapat mengenai punca rasuah?


Saudara C : Pengerusi, saya bersetuju dengan pendapat saudara B. Selain itu , Undang-undang di Negara kita pula lemah menyebabkan ramai orang tidak takut atas hukuman yang dikenakan. Contohnya, tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Di samping itu, Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana golongan penerima duit kopi ini sedar bahawa mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang diterima oleh mereka itu setelah keluar dari penjara.


Pengerusi : Terima kasih saudara C, saya berharap kita semua boleh berganding bahu untuk mencegah rasuah dan jangan menbiarkannya berakar umbi dalam sanubari rakyat Malaysia. Lagipun, masalah ini semakin serius. Apakah pandangan saudara B berhubung dengan langkah-langkah mengatasinya?


Saudara B : Kerajaan perlu memgubah sikap kakitangan awam dan swata agar lebih amanah dan bertanggungjawab. Slogan “Bersih, Cekap dan Amanah” yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu dihayati oleh semua kakitangan awam dan swasta. Perkhidmatan kaunter telah pun diperkenalkan di kesemua pejabat kerajaan untuk mengelakkan sebarang amalan memberi dan menerima "wang kopi". Kerenah birokrasi juga hendaklah dikurangkan ataupun dihapuskan bagi mewujudkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan. Hal ini pernah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika berucap di Parlimen baru-baru ini.


Pengerusi : Terima kasih saudara B. Nampaknya, saudara C ada sesuatu yang hendak diucapkan. Silakan.


Saudara C: Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang agar masyarakat sedar betapa bahaya dan seriusnya masalah rasuah jika tidak dibanteras dan dibendung untuk keselamatan Negara. Dendaan yang lebih berat dan hukuman penjara diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang baru diluluskan di Parlimen baru-baru ini mampu menakutkan gologan berkenaan. Pihak mahkamah juga disarankan agar mengenakan hukuman maksimum. Kuasa yang lebih untuk bertindak terhadap orang ramai yang enggan bekerjasama den pihak SPRM juga boleh mengubah sikap orang rami yang selama ini enggan bekerjasama. Pemberi maklumat juga perlu diberi ganjaran yang lumayan. Mereka juga harus mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa.


Pengerusi : Terima kasih saudara C, dan saya kira kita sudah berada pada penghujung forum. Sebagai rumusannya, saya kira masalah rasuah di Negara kita merupakan masalah yang serius dan perlu ditangani segera. Oleh itu, saya menyeru agar semua pihak dapat menbantu kerajaan menangani masalah ini. Di samping itu, izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih yang setinggi-tinggi kepada ahli-ahli panel. Namun, apakan daya masa tidak mengizinkan kita berbicara dengan lebih lanjut. Sekian, terima kasih.

31 comments:

Anonymous said...

Wahahaha thx my lisan i'll use tis tajuk with my team members

Anonymous said...

Thx...susah aku cari karangan jenis forum.macam macam keluar kat internet.thx a lot!

Anonymous said...

woah..bgus untuk ujian lisan tapi kan cikgu tan c l... bloey tak buat untuk yang ader 3 orang ahli panel>>>i need it so much..!

Anonymous said...

tengz...ssh pyh ak cri krngn jns forum..akhirnya jmp jua..nk wat ujian lisan..huhu
tengz a lot

Anonymous said...

wah...great....bleh guna untuk lisan.....x payahlah susah-sasah nak kerah otak fikir camna nak wat.....thx a lot...u r a life savor

syera said...

thx sbb bg mklumat ni :)

Anonymous said...

terima kasih cikgu tan...susah betul nak cari karangan jenis forum...jarang ada...nak buat ujian lisan...nak suruh budak buat sendiri mati hidup semula mereka tak pandai

nena said...

saya nk guna guna contoh forum nih utk lisan....
sbb dh xa idea nk buat bahan lain....
terima kasih cikgu tan.....:)

Anonymous said...

thanx sape yg upload nie...
dan terima kasih ckgu...

Srikandi Halawatul Aeman said...

alhamdulillah... akhirnya jumpa juga contoh karangan forum .. terima kasih.. sangat2 berguna untuk saya ...

roslan abah sarah said...

saya perlukan forum untuk 4 org ..
susahnye nak cari

Anonymous said...

terima kasih cikgu TAN CL...
ini sgt membantu

Anonymous said...

Nasib baik saya jumpa blog ini , terima kasih kepada empunya blog :)

Anonymous said...

trima kasih byk2.. sgt membantu dlm ujian lisan saya..!

Anonymous said...

terima kasih kepada cikgu tan cl...ia sangat membantu saya dalam ujian lisan..

nina-fiqah said...

terima kasih cikgu tan cl....krgn ini membantu saya dan rakan2 saya dlm ujian lisan....

d-ba said...

erm panjangnya karangan forum ni..pengsan nak salin. B)

d-ba said...

tp eppy gak dpt jmpe karangan nie

Anonymous said...

thanks laa... banyak informasi yg saya dpt ... susah nak cari karangan forum ni ... dah laa kena bentang dkt dpn rakan2...

Anonymous said...

My life is nothing

Anonymous said...

tanpa nama,,,erm bgus la forum n..tapi ssh nak print..ckgu nak esok

FAREEZ said...

THANK CIKGU

Anonymous said...

hai,nama saya engku salman bin engku zakir hussein,boleh tak saya berkenalan dengan awak?

Anonymous said...

wahhh ^_^ its veryy usefulll blh la gune utk ujian lisan nnti..dkt sejam trcari2 finally jupe gak yg sesuai.. Thank A lotttttt!!!! :D

CinCin said...

Terima Kasih yoo aku cinta padamu

Anonymous said...

thanks sangat2.. saya akan gunakan untuk lisan f4 nnti.. tqtq -HAZIRAH

Anonymous said...

TERIMA KASIH CG. SAYA MOHON HALAL SEGALA ILMU YANG SAYA DAPAT PEROLEH DARIPADA FORUM INI. TQ

Anonymous said...

Cg boleh tak buat teks forum tentang obesiti yang mempunyai 3 orang panel? Saya sangat memerlukannya sebagai rujukan

Anonymous said...

Boleh tak buat forum mengenai amalan pengambilan makanan seimbang?

Terima kasih.

Unknown said...

Izinkan sye menyalinnya.. terima kasih..

Unknown said...

bagi la pendek skt buat penat je