Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

15 July 2008

Karangan SPM - Langkah Memupuk Semangat Kejiranan



Soalan:
Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.


Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat". Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.

Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.


Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.


Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu.

Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

Karya Munsyi Dewan

157 comments:

fatin said...

karangan yg cukup menarik, padat dgn isi..terima kasih.

Anonymous said...

pada pengetahuan sy,pmbuka dan penutup kata hanya dgunakn untuk b.inggeris shj.peribahasa tdk mmerlukn pmbuka dan pnutup kata.

Anonymous said...

terima kasih di atas karangan yg padat dgn isi dan mempunyai byk pribahasa

Anonymous said...

ini mungkin keluar PMR tahun ini tau?

Anonymous said...

terima kasih....menarik !

Emi said...

sangat berguna..isi yang padat dan menarik.

Anonymous said...

hello,,
krgn ini adalahkrgn terbaik yg prnh sy bce,,,
kalau bleysye nk bljrbgaimne mhu mnciptasebuahkrgnspti ini

Anonymous said...

karangan padat dgn isi..
saya dpt byk pengetahuan utk
m'buat karangan..
tq

affiza said...

karangan ni bagus..menepati tajuk..sy suka cgt dgn isi2nya..wlaupun krangan ni nmpak simple,,tp isi2nya semua padat..thank ep kpd ckgu..sy akn cuba blajar utk menulis krngan mcm ni..doakn sy mdapat A+ spm tahun ni <2011>..tq again ckgu

Nana Mustafa said...

Terima kasih cikgu sebab bagi contoh karangan yang bagus dan sebaik ini . Even karangan ne simple , tapi memang okay ! Penggunaan peribahasa pun sesuai dengan isi-isi. Terima kasih sekali lagi cikgu :)

Anonymous said...

tq cikgu...sye dpat siapkan omwerk syer dgan krangan contoh ni...

Anonymous said...

bdk oatkrunch cakap
karangan ni ok
padat dgn isi
tp...
saya tak nmpak lagi frasa menarik dlm karangan ni..
mmg ada tp tak sebanyak yang cg saya suruh tulis..
tp trima kasih di ats krngn ni...isinya pada dan olahannya menarik..

Anonymous said...

mungkin ini satu usaha saya untuk memantapkan karangangan saya

Edmund Low said...

banyak peribahasa...
terima kasih ...
=)

Apit said...

Berapa patah perkataan ye karangan ni?

amyra said...

karangan yg menarik...

Anonymous said...

tarima kasih , (:

Anonymous said...

karangan yang menarik. harap spm tahun ini keluar tajuk karangan ini. karangan padat dengan isi dan peribahasa. tq

arvin said...

karangan yang menarik dan padat dengan peribahasa. harap spm tahun ini keluar tajuk ini. tq

Anonymous said...

karangan yang menarik.. insyaallah dpt wt karangan cm nieyh dlm spm 14 hb nieyh. ituu pown kalau tajuk isu kejiranan keluar sebijik cm nieyh, alhamdulillah laaa..

Nafiqah94 said...

bagus karangan ni . Saya akan apply utk paper Bm esok . Harap keluar . Terima kasih cikgu :)

Anonymous said...

mintak mintak keluar soalan ni esok..

SITIazila said...

terima kasih cikgu. ayat yg gramatis. harap2 keluar esok

nabila hamimi said...

interesting point....
thanx so much....
that will help me to improve my essay...i hope this essay will come out tomorrow.....

acap kimi said...

thanks sebab bagi sye tiru karangan ni.hehehe...

Anonymous said...

tme ksh,, byk isi yg sye dpt

Anonymous said...

sangat berguna untuk dibuat rujukan..

:thisguy:

Anonymous said...

dapat menolong karangan saye..thank u very much..gumawo:)

miszfaizah98 said...

anneyong..

terima kasih krn karngn ni dpt menolong saya^_^

gumawo...

Syukran<3

Anonymous said...

karangan yang amat berguna kpd plajar2.....

Anonymous said...

Siti Nor Halimah

karangan ini memang bermanfaat kpd pljr UPSR.Ini kerana gru2 msa ini meminta karangan yg panjang.....tk

solero split said...

>>terima kasih,, byk membantu sya dlm mengarang karangn,, 0_o

sek ganung said...

ehemm.. buleh doh wak surak hok tanding.. 1 mlysia urh.. bereh sudoh wase.. maseh.. karangang trbaek.. .

dianne said...

Saya ingin meminta izin tuan untuk menggunakan karangan ini sebagai contoh dalam projek saya, boleh? Terima kasih banyak-banyak :)

Anonymous said...

bagus!!!! ada potensi untuk dapat A+!!

mRs_mAmE said...

Karangan yg menarik dah padat dgn isi nya :D Harap dapat digunakan ketika peperiksaan . Terima kasih :D

hang bodoh said...

hang kata ini sgt berguna utk pelajar pmr _thx

Unknown said...

Thanks for yor help...
Kerjasama anda saya hargai...

listener man said...

Terima kasih atas karang yg mantap ini, sye akn gnekan dlm karangan spm....

Jesus Christ is the one and only God. said...

Thanks sir for this karangan. Keep up the good karangans.

winie winie said...

thanks for this amazing and such a good karangan...........

Anonymous said...

nice essay...

Anonymous said...

thanks alot

Anonymous said...

karangan yang menaril thanks

p0ker face said...

trima ksh..krngn ni mmbntu sy mnyelesaikn tgasan untk PBS...

Ng Yen Nie said...

karangan ini sangat menarik, terdapat banyak isi dan peribahasa. Ini Juga amat membantu saya dalam peperiksaan yang akan datang. Terima Kasih. Had a good day :)

Anonymous said...

Powerful la..karangan Ni...best sang at...thanks...😜😜😜

Anonymous said...

Mmg trbaik krangan ini

Anonymous said...

Terima kasih.. Karangan ini sgt membantu

Unknown said...

minta2 karangn ni kluar esk...aminnn

yingFa cHerrybLoosom said...

karangan ini amat membantu . . terima kasih :)

Anonymous said...

Thanks:)

Anonymous said...

ni soalan ramalan skolah sy taun ni. hrp2 ada kluar esok. amen. terima kasih utk karangan ni cikgu,olahan yg menarik ;)

Anonymous said...

thank you kerana memudahkan saya untuk melakukan kerja

Anonymous said...

Terima kasih. Saya mendoakan kehidupan tuan diberkati oleh Allah swt.

Anonymous said...

Terima kasih. Saya mendoakan kehidupan tuan diberkati oleh Allah swt.

Anonymous said...

karangan yang padat dgn isi n ksimpulan yang memuaskan . .dpt bntu sy tuk upgrade krgn sy . .tq tcer

Anonymous said...

tima kase..mmg terbaekk

Anonymous said...

baik urr.....ak gne terus dpt A+ dlm exam

Anonymous said...

MANTOPPPPPP

Anonymous said...

HARAP2 soaan ni kuar esok..tQ

nurul said...

karangan yang mantap...

bla said...

saya ambil ya

Anonymous said...

Tq

Anonymous said...

This BM Essay help me a lot. I can't left without thanks for it in comment.

Anonymous said...

Very helpful for my oral test...Thanks..������

Unknown said...

really helpful for my mb oral test

Unknown said...

thanks :)

Unknown said...

Esok saya trial. Saya sedang mencari isi penting. In shaa Allah saya akan membuat karangan yang terbaik esok. Doakan saya ya cikgu.

Anonymous said...

tq for this karangan,, i very thankfull to you,, padat n bnyk ngn peribahasa,, ckop menarik

Unknown said...

Thks! Terbaik !

Anonymous said...

Thanks!Sangat bermakna

Unknown said...

Tq~love biu

Unknown said...

Tq~love biu

Unknown said...

Tq~love biu

Unknown said...

terima kasih harini saya spm huhuhu. ini tajuk target bace gitu2 je tapi karangan dia memang menarik . thanksss cikgu

Unknown said...

Cikgu, saya nak minta izin nak ambil sedikit isi dari karangan SPM ni
Terima kasih^^

Taylor Swift said...

I have no idea what this means but listen to my latest song Wildest Dreams! It's a hit. ��

adrienediong said...

Terima kasih

Anonymous said...

berapa patah perkataan ni ?

nur faizah said...

Terima kasih

Anonymous said...

bagus karangan ni

Unknown said...

Thanks so much,karangan ini sangat seronok

Anonymous said...

Very nice essay with bombastic vocabularies,proverbs and idioms and it's also very useful for me.Keep it up guys :)

Anonymous said...

mohon copy..untuk hw
terima kasih

Anonymous said...

mohon copy..untuk hw
terima kasih

Unknown said...

Trimas sngat2...karangan ni sngat m'bntu sy utk siapkn hw

ONE said...

Karangan yg bagus.. Kelengkapan peribahasa dan menarik jalan ceritanya.. smoga diupgradekan dgn menambah kosa kata yg lebih menarik.. Btw, nice..

Unknown said...

trime kasih sngt isi padat ayat power

Unknown said...

trime kasih sngt isi padat ayat power

Unknown said...

mohon copy dan saya nak ubah sikit ayat boeh tak?

Unknown said...

good good

Anonymous said...

Terima kasih atas karangan ini sangat menarik, isinya bernas dan bahasanya juga baik...harap dapat membantu saya dalam SPM yang akan datang..

Ariff Maznoh said...

Tu la pasal . Tapi yg buat ni munsyi dewan kot

Ariff Maznoh said...

Tu la pasal . Tapi yg buat ni munsyi dewan kot

Unknown said...

Karangan yang mantap...

Unknown said...

lu ki si la

Anonymous said...

isi karangan mudah difahami. Sangat padat >_< --->http://cikgutancl.blogspot.my/2008/07/karangan-spm-langkah-memupuk-semangat.html

Unknown said...

SAYA COPY YAA. TQ;)

Unknown said...

Very interesting

Unknown said...

panjangnye soalanπŸ˜‚πŸ˜‚

Anonymous said...

In my point of view, this essay has really good points tapi penerangan dan huraian untuk point2 itu agak tidak sesuai dan kadangkala tiada link dgn point. Saya harap blogger blog ini dpt tambah baik karangan dari segi fakta dan huraian. Terima kasih.

Unknown said...

Terima kasih...karangan ini sesuai digunakan utk ujian lisan sya..senang dn blh diingat.

Pheriya said...

its very useful

Anonymous said...

karangan yang ..... tidak pernah tengok karangan yng semakin teruk ini

Anonymous said...

Terima kasih karangan ni banyak bantu saya.😊

Anonymous said...

Terima kasih cg tan cl.. amat membantu saya dlm pelajarn..karangannya bagus,padu,padat lagi bergaya,dan sentap....byk yg dpt saya ambil dri sini..sungguh...amat membantu..

Unknown said...

saya ingin menayakan tentang karangan yang mempunyai banyak peribahasa. adakah ia bagus diletakkan dalam setiap perenggan atau kita boleh menggunakan satu kali sahaja dalam satu karangan?

Unknown said...

θ°’θ°’θ€εΈˆ,ε―δΎ›ζˆ‘δ½œδΈΊθ―»δΉ¦ζζ–™。:-)

Unknown said...

Ni bkn cikgu smbrngan .. Ni Dr Tan salah stu penggubal soalan SPM .. harini sya mengambil exam BAHASA MELAYU SPM 2017 smoga apa yg cikgu Tan beri.. sya manfaat kan sepenuhnya ttima ksih cikgu krana mmberi sdikit sbnyak ilmu..

Unknown said...

Karangan yang baik...

Anonymous said...

maafkan sy. sy hendak bertanya jika isi mengamalkan sifat keterbukaan, meningkat sumber rohani melalui majlis keagamaan dan meningkatkan kemahiran sosial diterima sbg isi yang relevan? Harap dpt reply pertanyaan sy. Tq��

Anonymous said...

hai kawan kawan sy dari malaysia-chia

Anonymous said...

hai kawan kawan saya suka karangan ini love u -mirrah

Anonymous said...

berdasarkan pengalaman saya belajar dgan mak saya yg sekarg ni adalah pensyarah sastera..mmg akan diajar meletakkan peribahasa pada awal dan akhir krgan..itu adalah yg seeloknya..

Anonymous said...

Alhamdulillah,sy tlh pun siap hw sy dgn mniru karangan ini HAHAHAHAHHHH

Anonymous said...

Cantik macam bunga

Unknown said...

Ya.. Betul

Unknown said...

Yes... You're right
U posted this comment on my birthday πŸŽ‚

Anonymous said...

agent 551 report



25 pieces of 09231=



-----
detecting life form>>>>>>



**scan complete

@@680 Success== )(()???//



please step in nice and slowly
==++=can you hear me


detecting life form>>>>>>



** unable to perform request&&



please state your problemmMMMMMMMMM00



<<<<<<system reset 00

Anonymous said...

lol










Anonymous said...

Crabs are people
Clams are people
Legit or quit.

jzeee88 said...

anybody from 2019 here,.,.,,,.,.,.,.,.,.,

Unknown said...

Ye ke skrang dah zman pt3 bkan p.r dah ahahaghahahahaha LOL

Anonymous said...

jarak perenggan

Unknown said...

dia comment tahun 2010 tu.. xnmpk ke kau yang LOL

Unknown said...

Bula karangan tu. Belacan ko jemmy

Unknown said...

10q Sir

Unknown said...

ni skrg dah menjadi karangan pt3 hahahaha

Unknown said...

Unlimit

Unknown said...

Naka ko bodo?

Unknown said...

memang terbaik lah karangan ini padat,jelas dan senang diingat....cikgu nie memang terbaik 10☆

Anonymous said...

fuck you mama bitch

Nurin Damia Binti Norhashimi said...

padoq bossku

Bulb said...

Terima Kasih.Isi karangan ini sangat menarik.

Bulb said...

Terima Kasih.Isi karangan ini sangat menarik.

Contoh Karangan said...

Terima Kasih cikgu! Karangan Semangat jiran ini banyak membantu!

Karangan SPM said...

Terima kasih cg tan cl.! Contoh Karangan Kejiranan ini memang terbaik!

Unknown said...

Wow!

Anonymous said...

Karangan ini sangat padat, penuh dengan logik dan memberikan idea yang luas serta karangan ini dibuat dengan baik daripada mula dan akhir

Unknown said...

Sangat membantu

Anonymous said...

Terbaik cg , karangan yang terbaik pernah saya lihat di muka bumi ini. Karangan ni sangat hebat���������������������������������������� 2020 12 tahun berlalu

Unknown said...

Pah gno preh lagutu ?? Skalo bereh

chewii said...

hahaaaahah

Unknown said...

maaf menyibuk . tpi pembelajaran skrang perlu berfikir aras tinggi , lebih bnyak berfikir that way kena letak peribahasa untuk mengukuhkan ayat dan mendapat markah yang lebih

Anonymous said...

saja nak komen, untuk pelajar di luar sana....

Unknown said...

Terima kasih untuk karangan ini. Saya minta izin ya untuk salin πŸ˜…

Unknown said...

Sapa dari Curie 5 reply ahπŸ˜‚

Unknown said...

Maaf sye nk tanya...mana selipar saye?

Unknown said...

terima kasih !

Anonymous said...

jika sudah ada lampu ,
kenapa masih mahukan lilin ;
jika sudah ada kamu ,
tidak perlu cari yg lain.

Unknown said...

Yeke ke

Anonymous said...

hihi

Anonymous said...

This is good

Unknown said...

Hai

Unknown said...

Ada peribahasa la

Unknown said...

spm2020