Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

20 August 2014

SENARAI PERIBAHASA UNTUK SOALAN SPM BM 2005 - 2011

SENARAI PERIBAHASA UNTUK SOALAN SPM SEBENAR 2005 - 2011 
NO
PERIBAHASA
MAKSUD
1
bagai aur dengan tebing
bekerjasama dan menjalin hubungan yang erat
2
a)    bagai dakwat dengan kertas
b)   bagai isi dengan kuku
hubungan yang rapat dan tidak dalam dipisahkan lagi
3
a)  bagai ikan pulang ke lubuk
b) bagai belut pulang ke lumpur
c)  bagai sirih pulang ke gagang
d) bagai gagak pulang ke benua
e)  setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
orang yang merantau (pergi ke sesuatu tempat) akhirnya kembali ke tempat asal
4
bagai menatang minyak yang penuh
menjaga anak dengan kasih sayang dan penuh perhatian
5
a)   bagai pinang dibelah dua
b)  bagai cincin dengan permata
pasangan yang sepadan dan secocok
6
a)    bahasa jiwa bangsa
b)   bahasa menunjukkan bangsa
c)    hilang bahasa lenyaplah bangsa
bahasa merupakan identiti sesuatu bangsa yang harus digunakan dengan betul
7
benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
seseorang yang berasal daripada keturunan yang baik, ke mana-mana pun akan menjadi baik
8
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
hanya orang yang menanggung penderitaan tahu akan keperitannya
9
a)   bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
b)  pokok tidak akan bergoyang kalau angin tidak bertiup
sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya
10
a)    di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung
b)   masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak
menghormati adat resam dan kebudayaan di tempat yang kita tujui
11
a)    hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
b)   berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
c)    ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
d)   terendam sama basah, terampai sama kering
sama-sama menghadapi kesusahan dan kesenangan
12
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
orang yang ingin membuat sesuatu akan berusaha untuk melakukannya manakala orang yang tidak mahu membuat sesuatu akan memberikan alasan atau berdolak-dalik apabila disuruh membuat sesuatu.
13
jauh perjalanan luas pemandangan
pengalaman dapat ditimba melalui pelancongan atau penjelajahan ke luar negara
14
mata pena lebih tajam daripada mata pedang
kata-kata seseorang atau hasil tulisan dalam media memberikan kesan yang lebih baik.
15
a)   muafakat membawa berkat
b)  bersekutu bertambah mutu
c)   bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh.
16
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
golongan muda merupakan tenaga muda yang penting untuk membangunkan negara
17
seperti air dalam kolam
perasaan tenang
18
seperti burung di dalam sangkar emas
hidup mewah tetapi tidak mendapat kebebasan
19
ukur baju di badan sendiri
perbelanjaan haruslah bersesuaian dengan pendapatan kita
20
a)    usaha tangga kejayaan
b)   asal ditugal adalah benih
c)    rajin usaha tangga kejayaan
manusia yang gigih berusaha akan mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam bidang yang diceburinya.

29 October 2013

e-BUKU TIP PEPERIKSAAN SPM (BM) TERHANGAT TAHUN 2013

SESAL DAHULU PENDAPATAN,
SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA!
DAPATKAN e-BUKU TIP PEPERIKSAAN SPM 2013!
 SELEPAS BANK IN, SILA E-MEL resit bank & ALAMAT e-mel kepada saya melalui e-mel....
 
Saya akan menghantar buku tersebut kepada anda MELALUI e-mel
TARIKH PENGHANTARAN e-mel TERAKHIR - 5 NOVEMBER 2013.

 

27 June 2013

BETULKAN YANG SALAH, BIASAKAN YANG BETUL


Pilih perkataan yang dieja betul di bawah:

1. beradab ATAU beradap
2. kawad kaki ATAU kawat kaki
3. melayari internet ATAU melayari Internet
4. bertapa pentingnya ATAU betapa pentingnya
5. sanak-saudara ATAU sanak saudara
6. sampah sarap ATAU sampah-sarap
7. berjimat-cermat ATAU berjimat cermat 
8. media massa ATAU media masa
9. sekeping murtabak ATAU sekeping martabak
10. Serunding daging ATAU serondeng daging
11. perkahwinan ATAU perkhawinan
12. biadap ATAU biadab
13. karenah ATAU kerenah
14. lembap ATAU lembab
15. kadangkala ATAU kadang-kala
16. prabayar ATAU pra-bayar
17. rambut kerinting ATAU rambut keriting
18. berasa waswas ATAU berasa was-was
19. meng-e-melkan dokumen ATAU menge-melkan dokumen
20. sekali gus ATAU sekaligus

21. saspens ATAU suspens
22. pelusuk ATAU  pelosok
23. tahyul ATAU tahayul
24. aiskrim ATAU ais krim
25. stress ATAU stres
26. dakyah ATAU diayah
27. terguris ATAU tergores
28. penguatkuasa ATAU penguat kuasa
29. hirarki ATAU hierarki 
30. kerosakan ATAU kerosakkan
31. kebanyakkan ATAU kebanyakan 
32. ketumbukkan ATAU ketumbukan
33. se-Malaysia atau seMalaysia
34. 1 Malaysia ATAU 1Malaysia
35. mengecap batik ATAU mengecop batik
36. anti-Jepun ATAU anti Jepun
37. losen ATAU losyen
38. stesen ATAU stesyen
39. lutsinar ATAU lut sinar
40. Mak Cik Aisyah ATAU Makcik Aisyah
41. keretapi ATAU kereta api
42. bandaraya ATAU bandar raya
43. pusat beli-belah ATAU pusat membeli-belah
44. teleperbankan ATAU tele-perbankan
45. meng-X-ray pesakit ATAU mengX-ray pesakit
46. saudara-mara ATAU saudara mara
47. Menggonggong tulang ATAU menggongong tulang
48. Puan Hajah ATAU Puan Hajjah
49. meyakinkan ATAU menyakinkan
50. bukit-bakau ATAU bukit bakau



SELAMAT MENCUBA!

4 February 2013

PERIBAHASA SPM PERCUBAAN - 2010

Jawapan ada pada saya. E-mel saya jika anda mahu mendapatkan jawapannya.

Tambah kapsyen



17 January 2013

3 November 2012

1 November 2012

KARANGAN SPM 2012 - TEMA - BERJIMAT CERMAT


          Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita yang telah bebas daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sehubungan dengan hal itu, peribahasa ada menyebut bahawa, ada bukit, ada paya, namun kita tidak boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan yang sedang dikecap, negara kita masih lagi terkongkong dalam gelombang inflasi yang semakin rumit. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan sering meniti di bibir masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, apakah yang dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga barangan yang disebabkan oleh bertambahnya kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan formula penyelesaian harus diimplementasikan untuk merungkaikan masalah ini bak kata peribahasa, tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.

          Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan penyelesaian yang berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil inisiatif dengan menganjurkan kempen berhemat secara istiqamah dan konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Memetik kata-kata azimat Lao tze, kehidupan membazir dan tamak haloba mendorong manusia ke arah kebinasaan. Lantaran itu, kempen tersebut haruslah menekankan kepentingan amalan berjimat cermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan amalan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Tindakan yang lebih afdal, masyarakat sewajarnya diseru supaya berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan sendiri dan usahlah bersikap membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja dengan mengikut hawa nafsu akan membawa padah yang buruk kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan yang dapat menarik penyertaan khalayak seperti sayembara puisi, menulis esei, persembahan artis dan sebagainya dalam usaha menyebarluaskan kempen tersebut. Jelaslah bahawa penganjuran kempen berhemat secara berterusan dan holistik merupakan perisai yang ampuh untuk merungkaikan masalah kenaikan harga barangan.

          “Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan sebarang kesulitan yang berlaku di negara kita termasuk isu kenaikan harga barang. Namun begitu. kita tetap melihat dan kemudiannya menyesal kerana pintu penyelesaian itu tertutup terlalu lama sehingga kita tidak dapat melihat pintu lain yang telah terbuka. Begitulah gambaran implikasi daripada kata-kata mutiara Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat yang menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea, tindakan badan bukan kerajaan atau NGO melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan langkah konkrit yang patut dilaksanakan sepanjang masa. Organisasi atau agensi yang menyokong peranan kerajaan ini seperti Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau CAP, telah mendukung obligasi untuk melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak ini berperanan untuk menerima sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan yang dihadapi termasuklah masalah kenaikan harga barangan keperluan, penjualan barangan yang telah luput tarikh, caj perkhidmatan yang melampau dan sebagainya. Seterusnya FOMCA dan CAP haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak golongan pengguna akan terpelihara dan tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga-peniaga yang licik dan tidak bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini haruslah menjalinkan hubungan ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita juga berpegang pada falsafah Confusius, apalah gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama. Deduksinya, melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan tindakan efektif oleh agensi bukan kerajaan atau NGO.


          Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah kosong. Kata-kata ini memang ada kebenarannya dan semua rakyat di negara ini perlu berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut yang kita hadapi mesti ada uslub dan minhaj yang komprehensif. Bertitik tolak daripada manifestasi ini, pihak berkuasa seharusnya sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa memperoleh kelulusan daripada pihak berwajib. Pegawai kerajaan berkaitan juga haruslah memainkan peranan yang penting untuk mengadakan pemeriksaan secara mengejut ke premis-premis perniagaan dari semasa ke semasa untuk memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bersikap seperti lintah darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah melunaskan tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka untuk menggubal, mengkodifikasikan seterusnya menguatkuasakan undang-undang secara serius dan telus supaya dapat memberi peringatan kepada golongan peniaga. Mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan atau memasang lukah di pergentingan hendaklah didakwa di mahkamah agar kesalahan sebegini tidak berulang ibarat pisang berbuah dua kali. Oleh itu, usaha pihak berkuasa yang sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab dapat mengekang masalah kenaikan harga barangan di pasaran.

           Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya terlebih dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah membuktikan bahawa kejayaan semanis madu tidak akan terjana tanpa curahan usaha yang bersungguh-sungguh kerana peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Hakikatnya, media massa juga menggalas kewajipan untuk menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan merupakan prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga barang. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa ilmu kepenggunaan dalam kalangan masyarakat Malaysia masih kurang meluas dan berada di takuk yang lama. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya segelintir golongan peniaga yang mengutamakan keuntungan akan bersikap ibarat menangguk di air keruh, menindas golongan pengguna yang tidak berdosa. Oleh hal yang sedemikian, media massa haruslah menyumbang tenaga secara optimum dengan menerapkan pengetahuan berkaitan hak-hak pengguna kepada seluruh strata masyarakat. Dengan komitmen pihak media massa, pengguna akan mengetahui kaedah yang efisien untuk menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan oleh para peniaga yang durjana. Misalnya, apabila berlaku kenaikan harga barangan, pengguna akan dapat membuat aduan kepada pihak berwajib dan agensi bukan kerajaan supaya hak-hak mereka dapat dipertahankan. Melalui penyebaran maklumat oleh media cetak dan media elektronik, para pengguna termasuk suri rumah tangga akan memperoleh ilmu kepenggunaan secara total dan bertindak berani kerana benar dalam memperjuangkan hak mereka seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga barangan di negara ini.


          Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi bersuluh, segenap lapisan masyarakat mesti bersama-sama menggembleng tenaga untuk mengekang kenaikan harga barangan dari peringkat akar umbinya. Sebagai manusia yang kamil dan soleh, kita tidak wajar menadah tangan ke langit menunggu kejatuhan lampu ajaib Aladdin kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Oleh itu,semua anggota komuniti haruslah mendukung semangat habis kapak berganti beliung untuk membendung masalah tersebut. Oleh itu, Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Mahathir bin Mohamad bukan lagi menjadi angan-angan Mat Jenin

 

31 October 2012

SOALAN RAMALAN - PERIBAHASA SPM 2012

Ingin Jawapan? E-mel permintaan anda kepada saya
1. Nama:___________________
2. Sekolah:__________________
3. Jawapan bagi catatan blog bertarikh:_________________________
4. Identiti: murid/guru/tutor/ibu bapa