Pilih perkataan yang dieja betul di bawah:
1. beradab ATAU beradap
2. kawad kaki ATAU kawat kaki
3. melayari internet ATAU melayari Internet
4. bertapa pentingnya ATAU betapa pentingnya
5. sanak-saudara ATAU sanak saudara
6. sampah sarap ATAU sampah-sarap
7. berjimat-cermat ATAU berjimat cermat
8. media massa ATAU media masa
9. sekeping murtabak ATAU sekeping martabak
10. Serunding daging ATAU serondeng daging
11. perkahwinan ATAU perkhawinan
12. biadap ATAU biadab
13. karenah ATAU kerenah
14. lembap ATAU lembab
15. kadangkala ATAU kadang-kala
16. prabayar ATAU pra-bayar
17. rambut kerinting ATAU rambut keriting
18. berasa waswas ATAU berasa was-was
19. meng-e-melkan dokumen ATAU menge-melkan dokumen
20. sekali gus ATAU sekaligus
21. saspens ATAU suspens
22. pelusuk ATAU pelosok
23. tahyul ATAU tahayul
24. aiskrim ATAU ais krim
25. stress ATAU stres
26. dakyah ATAU diayah
27. terguris ATAU tergores
28. penguatkuasa ATAU penguat kuasa
29. hirarki ATAU hierarki
30. kerosakan ATAU kerosakkan
31. kebanyakkan ATAU kebanyakan
32. ketumbukkan ATAU ketumbukan
33. se-Malaysia atau seMalaysia
34. 1 Malaysia ATAU 1Malaysia
35. mengecap batik ATAU mengecop batik
36. anti-Jepun ATAU anti Jepun
37. losen ATAU losyen
38. stesen ATAU stesyen
39. lutsinar ATAU lut sinar
40. Mak Cik Aisyah ATAU Makcik Aisyah
41. keretapi ATAU kereta api
42. bandaraya ATAU bandar raya
43. pusat beli-belah ATAU pusat membeli-belah
44. teleperbankan ATAU tele-perbankan
45. meng-X-ray pesakit ATAU mengX-ray pesakit
46. saudara-mara ATAU saudara mara
47. Menggonggong tulang ATAU menggongong tulang
48. Puan Hajah ATAU Puan Hajjah
49. meyakinkan ATAU menyakinkan
50. bukit-bakau ATAU bukit bakau
SELAMAT MENCUBA!
4 comments:
1. beradab
2. kawat
3. melayari internet
4. betapa pentingnya
5. sanak saudara
6. sampah sarap
7. berjimat cermat
8. media massa
9. sekeping martabak
10. serunding daging
50. bukit bukau bukan bukit bakau
Harap maklum, berkawad kaki lebih tepat. Sila rujuk kamus dewan edisi terbaharu. Internet ialah kata nama khas. Oleh itu Internet perlu ditulis dengan huruf besar.
Pelusuk atau pelosok
Post a Comment