Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

5 August 2022

LATIHAN KESALAHAN EJAAN UNTUK TAHAP MURID GALUS DAN HALUS SEMUA TINGKATAN.

Arahan:
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
LATIHAN 1
(i) Kamal menggunakan silinder penyukat untuk menyukat isipadu cecair itu.
(ii) Para saintis menjalankan ujikaji untuk mengenal pasti bakteria yang menyebabkan penyakit itu.
(iii) Pengambilan makanan ringan yang berlebihan menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada obesity.
LATIHAN 2
(i) Dua laras meriam lama yang dipamirkan di muzium itu telah menarik perhatian para pengunjung.
(ii) Badriah menggunakan tiga biji telur dan sedikit majerin untuk menghasilkan kek yang lembut.
(iii) Jayaswaran tetap meneruskan hobinya mengumpul stem walaupun hobi tersebut dianggap ketinggalan zaman oleh rakan-rakannya.
LATIHAN 3
(i) Lin Seng masih tidak dapat melupakan trajidi yang telah meragut nyawa rakan baiknya dua tahun lalu.
(ii) Ibu membawa adik ke kelinik apabila demam panasnya berlarutan sejak beberapa hari yang lalu.
(iii) Karim sentiasa focus dan bersemangat di dalam kelas apabila guru kesayangannya sedang mengajar.
LATIHAN 4
(i) Azman acapkali datang lewat ke sekolah kerana rumahnya terletak di kawasan pedalaman.
(ii) Jane bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-tujuh pada tahun ini.
(iii) Para pembeli sanggup beratur panjang untuk mendapatkan ticket perlawanan bola sepak yang akan diadakan pada minggu hadapan.
LATIHAN 5
(i) Polis terafik mengawal kesesakan lalu lintas yang berlaku akibat kemalangan.
(ii) Damia membuat lapuran polis atas kehilangan komputer ribanya semalam.
(iii) Tihana mengangkat kerusi yang sudah buruk itu untuk disimpan di dalam setor.
LATIHAN 6
(i) Kirana dijangka tiba di stesyen komuter Seremban pada pukul 4.30 petang.
(ii) Izzuddin baru sahaja menamatkan pengajiannya di Institiut Kemahiran Melaka.
(iii) Restoran Pak Talib menjadi terkenal kerana keenakan mee udangnya.
LATIHAN 7
(i) Keputusan peperiksaan semesta dua dijangka akan diumumkan pada bulan Febuari.
(ii) Cikgu Halim sangat bersemangat ketika memberi penjelasan mengenai definasi kemerdekaan kepada murid-muridnya.
(iii) Ajaran Islam mengingatkan penganutnya agar sentiasa menjaga aqidah supaya tidak terpesong daripada landasannya.
LATIHAN 8
(i) Jazlan dan isterinya sangat gembira menyambut kelahiran cahayamata pertama mereka setelah menunggu selama hampir tiga tahun.
(ii) Bomoh tua itu memulakan upacara pengubatan dengan bacaan beberapa potong mentera yang tidak difahami.
(iii) Ustazah Hartini sering berpesan kepada anak muridnya supaya tidak menjadi anak yang durhaka kepada orang tua.
LATIHAN 9
(i) Pasukan biru berjaya menjuarai acara bowling padang selama dua tahun berturut-turut.
(ii) Semua anak kapal mendengar arahan daripada kaptain mereka dengan teliti sebelum memulakan pelayaran.
(iii) Pasangan mempelai yang sedang bersanding di atas pelamin itu kelihatan cucuk sekali.
LATIHAN 10
(i) Ibu meleteri Chintia kerana meletakkan stokin yang dipakainya di merata-rata tempat setiap kali pulang dari sekolah.
(ii) Kraf tangan yang dihasilkan oleh masyarakat orang asli itu akan dikomersilkan supaya dapat menjanakan pendapatan masyarakat tersebut.
(iii) Semua produk keluaran Syarikat Budiman perlu melalui pemerosesan yang teliti untuk memelihara kualitinya.
LATIHAN 11
(i) Penduduk yang tinggal di kawasan kota terpaksa mengalami catuan air kerana tahap air di ampangan semakin rendah dan kering.
(ii) Bandar Raya Shah Alam juga dikenali sebagai bandar raya anggrik sejak bandar itu dinaik taraf menjadi bandar raya dan menjadi ibu negeri Selangor.
(iii) Oleh sebab perayaan Syawal bakal menjelma, ibu bapa sibuk membawa anak-anak mereka untuk membeli pakaian bahru sebagai persiapan meraikan hari raya.
LATIHAN 12
(i) Selepas banjir melanda, mangsa yang tinggal di kawasan sementara diserang penyakit berjangkit seperti sakit mata dan bintek-bintek pada kulit.
(ii) Kebanyakan pendatang asing lelaki yang masuk ke negara kita bekerja sebagai buroh dan tinggal di kawasan setinggan di sekitar ibu kota.
(iii) Selepas pulang daripada melancong, kakak membeli cendera mata untuk diberikan kepada kawan-kawannya.
LATIHAN 13
(i) Penjenayah itu telah menggunakan pisau yang tajam untuk mencucok mangsa dari leher dan mengelar mangsa sehingga mati di tempat kejadian.
(ii) Pasangan pengantin yang bersanding di atas pelamin itu nampak secucok dan disukai oleh ibu bapa masing-masing.
(iii) Si Tanggang ialah anak yang durhaka kerana dia melupakan jasa ibu bapanya yang bersusah payah membesarkannya.
LATIHAN 14
(i) Penduduk di Langkawi diserang oleh seekor garuda yang bersaiz gergasi sehingga penduduk setempat lari bertempiaran ke tempat yang selamat.
(ii) Wanita yang pulang dari Mekah selepas menunaikan fardu haji akan digelar “Hajjah” manakala yang lelaki pula digelar “Haji”.
(iii) Oleh sebab mengidap penyakit asma, kakak tidak boleh dibiarkan tinggal di kawasan yang berhabuk dan berasap tebal kerana akan menjejaskan pernafasan mereka.
LATIHAN 15
(i) Penduduk kampung itu berpusu-pusu ke surau untuk bersembahyang apabila masuknya waktu Isya dan azan berkumandang dari corong pembesar suara di surau.
(ii) Murid lelaki yang nakal itu bukan sahaja tidak mahu mendengar nasihat guru, justru tidak mahu membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru sekolah.
(iii) Sewaktu melancong ke Tanah Tinggi Cameron, ibu membeli sayur-sayuran seperti kobis, terung, timun, dan cili.
LATIHAN 16
(i) Perusahaan kraf-tangan di negeri Terengganu amat popular dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara, terutamanya songket dan batik.
(ii) Kawasan yang lembab di tanah tinggi itu menyebabkan kawasan itu sesuai ditanam dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.
(iii) Sepanjang berada di dalam hutan itu, ayah dapat melihat margastua yang unik yang jarang-jarang dapat dilihat di mana-mana kerana spesies tersebut hampir pupus.
LATIHAN 17
(i) Pada zaman dahulu kala, sistem kasta dan sistem feudal yang diamalkan menyebabkan ada pemimpin dan ada golongan bawahan seperti nelayan dan petani yang digelar marhain.
(ii) Anak emas juga digelar mastika hati kerana amat disayangi oleh ibu bapa sehingga segala permintaan anak tersebut ditunaikan oleh ibu bapanya.
(iii) Kebanyakan restoran mamak di Malaysia menyajikan murtabak, iaitu sejenis makanan yang menyerupai roti canai yang di dalamnya terdapat telur, rempah, dan daging.
LATIHAN 18
(i) Golongan yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi juga digelar pendita sebagai menghargai jasanya memartabatkan dunia pendidikan.
(ii) Lelaki yang jahat itu telah menggunakan khidmat bomoh dengan mengenakan persona kepada gadis yang ingin dipikatnya supaya gadis itu menerima pengaruh sumpahan bomoh lalu mengikutnya.
(iii) Rumah pesaka itu dibina pada zaman pendudukan Jepun di tanah Melayu kerana ada ciri-ciri pembinaan Jepun ditemukan pada bangunan tersebut.
LATIHAN 19
(i) Semalam, saya telah bermimpi bertemu raksaksa yang besar lalu terkejut dan bangun memanggil nama ayah dan ibu.
(ii) Pejuang negara atau dikenali sebagai satria negara telah dikurniakan pingat kebesaran sebagai penghormatan kepada jasa mereka yang berjuang untuk negara.
(iii) Ibu saya suka memasukkan taugeh dan cili dalam kuah kari laksa untuk menambah warna dan rasa pada masakannya.
LATIHAN 20
(i) Taukeh di kedai kopi itu fasih berbahasa Melayu dan menjual makanan yang halal untuk pengunjung kedainya kerana isterinya berketurunan Baba dan Nyonya.
(ii) Menurut kata-kata Profesor Hamka, pemimpin keluarga yang baik ialah ibu bapa yang dapat menunjukkan tauladan kepada anak-anak mereka.
(iii) Sesetengah lelaki suka berpakaian seperti perempuan, yaitu golongan mak nyah atau pondan dan mereka juga suka berkelakuan lembut seperti perempuan.
LATIHAN 21
(i) Kawasan rekriasi diwujudkan bagi memberikan peluang kepada anggota masyarakat untuk beriadah.
(ii) Keupayaan menguasai pelbagai bahasa membolehkan golongan intelik memperoleh ilmu pengetahuan.
(iii) Penyelidikan itu dijalankan untuk mengetahui punca kepupusan beberapa spisis burung.
LATIHAN 22
(i) Pihak kerajaan mensasarkan kos berjuta-juta ringgit untuk memajukan kawasan tersebut.
(ii) Isu pembalakkan haram masih belum selesai walaupun pelbagai usaha telah dijalankan untuk membanterasnya.
(iii) Cakera-cakera padat haram dijual secara meluas kerana tiada tindakan tegas oleh penguatkuasa.
LATIHAN 23
(i) Kemahiran membaca, menulis, dan mengira (3M) diberikan tumpuan kepada pelajar-pelajar sejak pra sekolah lagi.
(ii) Projek pembangunan di kawasan luar bandar diperbanyak bagi membantu menaikkan taraf sosio ekonomi penduduk kampung.
(iii) Pelajar yang menerima baucer sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar boleh menukarnya di koperasi sekolah mulai minggu hadapan.
LATIHAN24
(i) Pengerusi mengumumkan bahawa mesyuarat agung akan diadakan secara dwi tahunan mulai tahun hadapan.
(ii) Kerja-kerja naik taraf stesyen kereta api itu bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada para penumpang.
(iii) Penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum banyak memberikan faedah, khasnya pada pertahanan fizikal dan kecerdasan mental.
LATIHAN 25
(i) Kami tidak gementar walaupun diugut dengan pelbagai ancaman kerana kami berada pada pehak yang benar.
(ii) Guru mengedarkan senarai nama calun yang akan menduduki peperiksaan di dewan sekolah.
(iii) Pencemaran laut akibat daripada tumpahan minyak dari kapal tanki itu menyebabkan pelbagai spesies hidupan laut mati.
LATIHAN 26
(i) Kerajaan menggalakkan kemasukan pelancung dari luar negara kerana dapat menjana ekonomi negara.
(ii) Sejak diberhentikan daripada menjadi pegawai di syarikat swasta itu, Encik Ramli menjual satay bagi menyara keluarganya.
(iii) Pelancaran televisyen satelit bertujuan supaya penduduk di pelusuk tanah air dapat mengetahui berita terkini dan perkara yang berlaku di sekitar mereka.
LATIHAN 27
(i) Kelakuan yang biadap dan kurang ajar tidak boleh dibiarkan bertapak dalam masyarakat kita.
(ii) Semak-samun di belakang rumahnya telah dibersihkan untuk mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes.
(iii) Cikgu Tan sedang menulis rencana bertemakan zaman pasca merdeka yang akan disiarkan dalam Majalah Dewan Masyarakat pada bulan Ogos ini.
LATIHAN 28
(i) Abang menyapu sampah-sarap yang bertaburan di halaman rumah dengan sebatang penyapu.
(ii) Puan Maznah menasihati anak-anaknya supaya bersungguh-sungguh menjalani latihan tennis bagi menghadapi pertandingan tidak lama lagi.
(iii) Sheela menjemput kawan-kawan sekelas ke rumahnya pada malam itu untuk meraikan sambutan hari jadinya yang ke15.
LATIHAN 29
(i) Bonos tiga bulan gaji bakal diterima oleh kakitangan di syarikat itu pada penghujung tahun ini.
(ii) Ibu-bapanya menggunakan dialek Kelantan apabila bertutur sesama ahli keluarga.
(iii) Wak Sutrisno menggusap-usap kepala beruknya, Mokmeng yang jinak itu sambil melihat anak beruk yang baru dilahirkan oleh beruk betina itu.
LATIHAN 30
(i) Perasangka terhadap seseorang perlu dikikis supaya kita dapat menjalin hubungan mesra dengan masyarakat sekeliling.
(ii) “Tak berani hamba melanggar perintah baginda,” kata Hang Jebat kepada Hang Tuah yang sedang mengunyah sireh.
(iii) Dewasa ini, banyak penerbit buku dan majalah yang mengabaikan tanggung jawab sosial dengan menerbitkan bahan picisan sahaja.


3 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Cikgu Tan.

Anonymous said...

Cikgu, ini ada jawapan tak

Anonymous said...

jawapan?