Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

4 August 2022

BAHASA MEDIA SOSIAL

 Pada pagi ini, saya menyampaikan ilmu kepada murid-murid dan bertukar-tukar pandangan tentang bahasa slanga media sosial yang semakin hari semakin mendapat perhatian. Murid-murid nampaknya sedar bahawa istilah seperti "sidai", "pisang", dan "kari" banyak digunakan dalam perbualan dalam media sosial. Sebagai contohnya, murid turut memberikan sampel ayat. Kata mereka, buah-buahan paling popular digunakan sebagai revolusi bahasa media sembang.

"pisang" digunakan untuk menjelaskan makna bosan.
"jambu" digunakan untuk menjelaskan makna muda
"bawang" digunakan untuk menjelaskan makna gosip
"kunyit" digunakan untuk menjelaskan makna homoseksual
"sotong" digunakan untuk menjelaskan lelaki berperwatakan lembut
"kari" digunakan untuk menjelaskan makna orang yang tidak menepati waktu janji temu.
"balak" digunakan untuk menjelaskan makna teman lelaki
Kata kerja lain juga popular, antaranya:
"sidai" digunakan untuk menjelaskan makna menunggu lama
Bayangkan impaknya sekiranya murid menggunakan istilah-istilah di atas dalam penulisan. Apakah yang akan berlaku pada kualiti penulisan mereka? Penggunaan bahasa rojak dan slanga dalam media sosial telah mempengaruhi cara berbahasa di dunia realiti. Inilah antara cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak bagi memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.

No comments: