Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

13 December 2020

KERJA, KERJAYA, BEKERJA, DAN BEKERJASAMA

KERJA, KERJAYA, BEKERJA, DAN BEKERJASAMA

Perkataan “berkerja” dan “berkerjasama” serta “perkerjaan” ialah kesilapan paling umum dalam kalangan murid dan pengguna bahasa. Mereka tidak sedar bahawa ejaan betul ialah “bekerja” dan “bekerjasama”. Hal ini berbeza dengan “kerjaya” yang seakan-akan akronim daripada “kerja jaya” sekali gus menerbitkan perkataan “berkerjaya”. 

Pendek kata, “kerjaya” ialah karier manakala “kerja” ialah tugas atau “job” dan “bekerjasama” ialah bekerja sama-sama atau “work together”. Dengan kerjasama paling kolaboratif dengan pihak majikan sewaktu bekerja, pekerja dapat memberikan kerjasama kepada semua pihak dan kerja yang kita lakukan akan dapat membina kerjaya yang baik agar kita dapat bekerjasama dengan siapa-siapa sahaja. Apabila mengerjakan sesuatu, janganlah kita memikirkan balasan tetapi jadilah pengerja yang dapat berjaya dalam pengerjayaan tersebut.

kerja - bekerja - pekerjaan - pekerja - berpekerjaan

kerja sama -  bekerjasama

kerjaya - berkerjaya

kerja - mengerjakan - pengerjayaan - pengerja

1 comment:

Anonymous said...

Ketika saya menduduki ujian waktu sekolah sulu, cikgu BM telah menandakan salah pada ejaan bekerja yang saya tulis, saya rasa pelik juga waktu itu tetapi saya tetap dengan pendirian saya sehingga ke hari ini. Kerana ejaan itu, markah saya dipotong.

Saya berharap agar cikgu2 yang mengajar bahasa harus ambil berat betul tentang perkara melibatkan bahasa ini dan perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang selok belok bahasa dari segi ejaan, tatabahasa dan sebagainya.