Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

7 January 2019

KEINDAHAN DAN RAHSIA DI SEBALIK KATA ADJEKTIF WARNA - "MERAH"

CEMERLANG BAHASA GEMILANG BUDAYA TERBILANG BANGSA
7.1.2019
KEINDAHAN DAN RAHSIA DI SEBALIK KATA ADJEKTIF WARNA -  "MERAH"

Lihatlah bendera kebanyakan negara. Merah mewakili warna kebanyakan negara di Asia. Apakah ertinya merah digunakan? Di sebalik itu, kata adjektif maknanya apa? Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat. Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis. Antara kata adjektif yang utama ialah kata adjektif warna. Hal ini membuktikan bahawa semua warna ialah kata adjektif.

Pada hari ini, saya akan berkongsi tentang kata adjektif warna merah. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat,
"mérah" ialah warna seperti warna darah. Hal ini jelas dan nyata bahawa sesuatu sifat yang ingin dijelaskan dengan mudahnya adalah dengan menggunakan apa-apa yang bersifat semula jadi seperti darah.

Walau bagaimanapun, "merah" juga dientrikan dalam pelbagai bentuk kata yang mungkin jarang-jarang kita gunakan.

Lihat contoh di bawah:

1. merah-merah bahasa
Makna: agak merah.

2. Merah darah
Makna: merah spt darah

3. Merah jambu/merah muda
Makna: merah keputih-putihan

4. Merah kesumba
Makna: merah tua

5. Merah lembayung
Makna: merah bercampur ungu

6. Merah marak/merah menjahang/merah menyala/merah merang/merah murup
Makna: sangat merah

7. Merah muka
Makna: kemalu-maluan

8. Merah padam
Makna: (a) merah seperti bunga teratai (b) warna muka ketika marah

 9. Merah pijar
Makna sangat panas sehingga membara (logam dan lain-lain)

10. Merah pulasan
Makna: merah seperti kulit buah pulasan masak.

11. Merah saga
Makna: warna merah spt biji saga.

12. Merah telinga
Makna: marah.

13. Merah telur
Makna: bahagian dalam telur yg berwarna merah kekuning-kuningan

14. Merah tua
Makna: merah kehitam-hitaman

(Sumber: Kamus Dewan Edisi 4)
Sila buat penambahan jika ada lagi. Demikianlah perbezaan warna merah yang mempunyai banyak rona, bukan "tona". Banyak pengguna bahasa suka menggunakan "tona". Gunakanlah "rona" yang lebih gramatis dan tepat untuk menjelaskan warna.

Walaupun "merah" nampaknya mudah untuk dijelaskan, namun rona dalam merah ada pelbagai lapisan, yakni dari yang cerah sehingga yang gelap. Merah juga warna yang banyak digunakan untuk melambangkan keberanian dan kegagahan. Hal ini dikatakan demikian kerana keberanian berkorban sehingga menitiskan darah merah ialah situasi yang menyebabkan merah digunakan sebagai warna bendera.

Gunakan istilah yang paling tepat untuk mencemerlangkan makna yang ingin kita sampaikan kepada seseorang atau dalam wacana dan tulisan. Dengan berbuat begitu, bahasa kebangsaan kita akan menjadi lebih gemilang kerana rakyat Malaysia dapat menggunakan pelbagai kosa kata untuk menjadikan bahasa Melayu lebih terbilang.

Salam bahasa jiwa bangsa.

2 comments:

Anonymous said...

ws

bam dum tus said...


ayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
WA : +85587781483