Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

21 October 2015

LATIH TUBI BAHASA - MENCARI DAN MEMBAIKI KESALAHAN BAHASA DALAM KARANGAN

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian betulkan kesilapan bahasa yang terkandung dalam karangan di bawah:

Model karangan 1

Rakan anda di negara jiran ingin mengetahui tentang pencemaran udara yang melanda negara anda beberapa bulan yang lalu.

Balas surat rakan anda dari luar negara itu.

No.116, Jalan Serindit
Kampung Bukit Pegoh,
25460 Terengganu,
Malaysia.
22 Februari 2010

        Menemui sahabatku, Dayang Suhana Hamid di Brunei Darul Salam. Semoga saudari sihat dan ceria disamping keluarga dan rakan-rakan tersayang. Saya di Malaysia sihat.

Saudari,
        Maafkan saya kerana terlewat membalas surat dari saudari. Sebenarnya, surat saudari tiba ketika saya sedang menghadapi peperiksaan. Selepas itu, saya sibuk pula dengan sambutan Jubli Perak Pasukan Pandu Puteri sekolah. Saya berharap agar supaya saudari memahami keadaan saya.

        Dalam surat saudari tempoh hari, saudari ada bertanya kepada saya akan masalah pencemaran udara yang berlaku di sini. Memang benar, saudari. Beberapa bulan dulu, Malaysia mengalami pencemaran udara yang agak teruk. Keadaan ini dikenalpasti sebagai “jerebu”. Punca utama berlakunya jerebu ini adalah disebabkan oleh pembakaran hutan di Sumatera, Indonesia.

        Kebakaran secara besar-besaran untuk tujuan pertanian ini menyebabkan habuk yang terhasil dibawa angin hingga ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Sebagai akibatnya, kawasan tersebut mengalami masalah jerebu yang teruk. Demi untuk keselamatan rakyat, beberapa buah kawasan akhirnya diisytiharkan sebagai kawasan darurat jerebu setelah ukuran Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai status berbahaya. Mujurlah udara yang berjerebu itu tidak merebak hingga ke Terengganu yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Saudari,
        Untuk menyelesaikan masalah ini, pihak kerajaan Malaysia telah menawarkan bantuan kepada kerajaan Indonesia. Anggota bomba dan penyelamat daripada Malaysia telah dihantar ke Indonesia untuk membantu pihak di Indonesia memadamkan kebakaran hutan tersebut sebelum menular. Mujurlah masalah jerebu ini melanda selama seminggu sahaja.

        Walaupun saya di Terengganu tidak terjejas oleh jerebu, namun apabila masalah jerebu selesai, saya turut berasa lega. Manakan tidak, abang, kakak, dan beberapa orang sanak-saudara serta rakan saya tinggal di kawasan Pantai Barat Semenanjung. Melalui perbualan dengan mereka melalui telefon, saya mendapat tahu bahawa keadaan jerebu tersebut amat melemaskan mereka. Udara yang disedut tercemar lalu banyak aktiviti-aktiviti luar terpaksa dilupakan buat sementara. Malah, ada antara mereka yang mengalami pedih mata, gatal-gatal kulit, sakit tekak, dan batuk-batuk.

        Saya berharap agar saudari berpuas hati dengan apa yang saya sampaikan. Akhir kata, sambutlah salam ceria dari saya. Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Aina Sabrina


No comments: