Hari Pertama Aku di Sekolah Tahun 2010
Loceng jam kecilku yang berwarna biru tiba-tiba menjerit sehingga memecahkan keheningan dinihari. Selepas melepaskan dengusan panjang, aku melihat ke luar tingkap dan mendapati hari masih gelap. Seolah-olah aku baru memejamkan mata beberapa minit yang lalu. Aku terpaksa memunggah badanku yang "sihat" ini bangun menuju ke bilik air sebelum bondaku mengetuk pintu menjerit-jerit pada siang hari. Suaranya yang laksana halilintar membelah bumi sudah cukup untuk membangunkan jiran tetanggaku.
Selepas membersihkan diri, aku memakai pakaian seragam sekolah baharu yang dibeli oleh ibu. Tahun ini, ada sedikit perubahan. Aku sudah bergelar pelajar sekolah menengah. Uniform biru tua yang masih kusimpan kiranya bakal menjadi kenangan dan memori di dalam sanubariku. Tiada lagi sambutan hari kanak-kanak, tiada lagi peluang untuk menikmati nasi lemak mak cik yang menjaja di kantin. Aku harus bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi kakak dan abang seniorku di sekolah.
Selepas bersarapan pagi tanpa berselera, aku terus memakai kasut lalu menaiki kereta bondaku. Aku tahu, beliau banyak berkorban demi kami. Wanita yang bergelar ibu tunggal ini tabah menyekolahkan kami empat beradik. Kagumku pada bondaku yang kuanggap srikandi zaman globalisasi. Ibuku memilih sekolah persendirian walaupun terpaksa membayar yuran yang tinggi kerana alma mater itu terletak berdekatan dengan kantornya. Sebagai puteri bongsu, aku menerima segala-galanya yang diatur oleh permaisuri di rumahku itu.
Setibanya di sekolah, aku disuruh berbaris di luar kelas lalu kami dibawa ke dewan sekolah untuk menghadiri perhimpunan pertama. Aku tidak berasa kaget kerana ditemani beberapa orang kawan lama yang kamceng denganku sejak aku di bangku sekolah rendah lagi. Dalam ucap tama, pengetua kami, Puan Lim Tuan Fung tegas mengingatkan kami tentang pentingnya mematuhi peraturan sekolah. Beliau berharap kami akan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Selepas perhimpunan, pelajaran pun bermula. Aku agak terkesima apabila mendapati kami merupakan kumpulan pertama yang akan mempelajari komponen sastera (KOMSAS) baharu untuk subjek Bahasa Malaysia. Guru kelasku, Encik Sean Lee Shi Ming memang kelakar orangnya kerana setiap ayat yang keluar dari mulutnya pasti berunsur seloroh. Kukira, begitulah hari pertama sebelum azab kerja rumah diberikan kepadaku.
4 jam kemudian......
Jam menunjukkan waktu tengah hari, pelajar menuju ke kantin sekolah bagai pelarian perang yang kebuluran termasuk diriku. Selepas menikmati nasi lemak, aku terus kembali ke kelas untuk meneruskan pelajaran yang seterusnya. Aku harus menanti jam 3:50 petang untuk pulang ke rumah. Pada jam 2 petang, aku dan rakan sekelas telah mengadakan majlis suai kenal. Majlis ini bertujuan untuk menjalin tali silaturahim antara pelajar yang baru mengenali antara satu sama yang lain.
Di luar tingkap, kulihat cuaca mendung dan awan kelabu mula menziarahi langit biru. Walau bagaimanapun, aktiviti di dalam kelas ini tetap diteruskan. Kami dikehendaki memilih ahli jawatankuasa dan menentukan pelajar yang membersihkan kelas dan membina jadual membersihkan kelas. Perut kelas yang berisi 30 orang pelajar ini bagai dewan philhamonik orkestra yang memuatkan beratus-ratus penonton. Kebisingan ini menyebabkan Encik Sean terpaksa masuk ke dalam kelas lalu menyimpulkan keputusan pemilihan ahli jawatankuasa.
Syukur, loceng tamat sekolah akhirnya berbunyi! Aku dan teman-taman baharu berjalan beriringan menuju ke pintu utama sekolah untuk menunggu ibu bapa masing-masing. Aku pula terpaksa menunggu lebih lama kerana ibuku hanya akan tiba jam 4:30 petang. Aku mengambil kesempatan ini untuk membaca Antologi Kasut Kelopak Jantung. Isinya cukup mengasyikkan kerana komponen sastera seperti prosa tradisional dan drama terlalu asing bagi diriku.
Kereta Proton Perdana berwarna perak milik ibuku tiba di depanku sedangkan aku asyik menghabiskan cerpen "Kasut Kelopak Jantung". Bagus jalan ceritanya.... isinya agak menyentuh perasaanku sebagai anak bongsu yang dijaga oleh ibu tunggal. Aku berjanji pada diriku akan menghabiskan pembacaanku itu sebaik-baik sahaja kuletakkan punggungku di dalam kereta ibuku. Demikianlah hari pertamaku di sekolah tahun 2010 ini.
Cikgu Tan
21 comments:
bagus tapi panjang sgt baru pikir dpt krgn yg bagus untuk tiru sket untuk homework
like2..
asl pnjng sngt.... tpi bleh lah buat rjkan
karangan ini bagus untuk pelajar yang memerlukan taktik penggunaan penanadawacana yang betul.
POWER2 ^^
ALHAMDULILAH DAPAT JUGE CARI DAN JUMPA... anyway, THANKS :)
ssssssssssuuuuuuuuuuuuuuuuuuuub
terbaik!!!!!!!!!
wow!!!!! karangan ini padat dgn isi...
sebuah krngan yg bagus dan juga dpt sembuat sebagai rujukkan
Karngan yang amat bagus dan juga dapat membantu murid untuk memperkukuh cara menulis karangan
panjang, tapi bolehlah
Karangan ini memang bagus untuk pelajar sekolah menegah.
Karangan ini sememangnya bagus untuk pelajar sekolah menegah.
bagus
bagus
this karangan is very very good for people who do not know bahasa malaysia quite well like me... by the way thank you very much for this karangan... I am done with my bahasa malaysia homework... THANK YOU SOOOOO MUCH AGAIN!!!
i feel great... Thank you
great essay for my bm homework..felt so relax now..
Altough karangan ni pnjg,tapi nk buat camne..esok dh nak kene hntar
Lengkap tetapi susah nak baca sebab blog ini ditulis dalam warna kelabu berlatar belakang kan jingga...lebih lagi kepada pembaca yang menggunakan font(tulisan) kecil...great sense of literature,I daresay...well done!
Post a Comment