Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

13 January 2009

Karangan Bergambar SPM - Ciri-ciri Sekolah Selamat

Latihan Karangan Bergambar SPM – Ciri-ciri sekolah selamat

Sekolah atau alma mater merupakan tempat kita belajar. Oleh sebab itu, tempat kita menimba ilmu ini mestilah berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Hal ini penting agar sekolah dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikukum. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat. Cara-cara berikut mestila kita ketahui demi menjadikan sekolah sebagai tempat anak-anak belajar yang selamat dan selesa.

Pihak sekolah mestilah menyediakan alat kawalan kebakaran di tempat-tempat yang strategik di kawasan sekolah. Langkah ini amat penting supaya kebakaran dapat dielakkan daripada merebak ke bangunan yang lain. Walau bagaimanapun, kebanyakan sekolah di Malaysia mengalami nasib yang sama, yakni alat kawalan kebakaran seperti pili bomba dan alat kawalan kebakaran berbentuk semburan tidak dapat berfungsi dengan normal kerana rosak atau hilang. Sebenarnya, alat kawalan kebakaran yang rosak dan yang telah dicuri mestilah digantikan yang baharu. Pihak sekolah juga haruslah mendidik murid cara-cara menggunakan alat tersebut pada waktu kecemasan. Dengan ini, sekolah akan menjadi tempat belajar yang selamat.

Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga haruslah melukis pelan kecemasan yang dapat digunakan pada saat-saat sekolah ditimpa kecemasan. Hal ini demikian kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh sebab itu, pelan tangga kecemasan dan pelan larian ke padang mestilah ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat. Dari semasa ke semasa, latihan kebakaran haruslah dijalankan juga. Hal ini dapat memastikan pelajar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Cara ini pasti dapat mengurangkan kemalangan dan kecederaan dalam kalangan wara sekolah.

Di samping itu, keselamatan pelajar di pintu sekolah juga mestilah dijaga dengan rapi. Setiap pintu sekolah mestilah dijaga oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Pondok sekuriti mestilah dibina untuk memastikan para pelajar dapat melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini kepada pihak yang bertugas. Dengan ini, kejadian seperti kes culik dan kes ragut dapat diatasi sekali gus menjamin keselamatan anak-anak yang mahu memasuki pintu sekolah mahupun semasa balik ke rumah. Ibu bapa juga pasti berasa puas hati dengan tahap keselamatan sekolah. Tahap kebimbangan ibu bapa dan keyakinan ibu bapa yang tinggi ini dapat meningkatkan imej sekolah secara tidak langsung.

Sementara itu, keselamatan di jalan-jalan berdekatan dengan kawasan sekolah juga harus ditingkatkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Perhatian harus diberikan oleh pihak kerajaan tempatan dengan menyediakan lampu isyarat di jalan-jalan yang menjadi lintasan pelajar. Penyediaan “lintasan zebra” juga merupakan langkah penting supaya murid-murid dapat melintas jalan ke sekolah dengan selamat. Kawalan trafik oleh pihak pengawal keselamatan sekolah juga amat penting selain memasang papan tanda isyarat “Kurangkan Kelajuan, Kawasan Sekolah”. Hal ini dapat memberi kesedaran kepada para pemandu supaya mengurangkan kelajuan di kawasan sekolah. Apabila langkah di atas dapat diambil, murid-murid akan berasa selamat dan kes kemalangan di kawasan sekolah dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, Keselamatan pelajar menjadi tanggungjawab semua pihak. Semua pihak yang terlibat haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjamin keselamatan anak-anak ke sekolah dan sepanjang berada di sekolah. Para pelajar mestilah dididik mematuhi segala arahan dan peraturan di sekolah. Lebih-lebih lagi, ibu bapa haruslah memastilah anak-anak selamat masuk ke sekolah sebelum beredar ke pejabat. Kempen “Sekolah Selamat” haruslah diuar-uarkan supaya keselamatan anak-anak dapat dijamin. Saya berharap sekolah akan menjadi tempat belajar yang selamat dan kondusif.

43 comments:

Chole said...

di mana cikgu mendapatkan soalan ini???????????? (:

Anonymous said...

terima kasih cikgu. dapat saya berkongsi dengan rakan rakan saya

Anonymous said...

diharapkan cikgu dapat mempelbagaikan lagi skop perbincangan sekolah selamat...

>airyone165<

Anonymous said...

klau bleh adakan lg krangan yg menarik

Anonymous said...

em... ok tu..

Anonymous said...

hahaa...

Anonymous said...

terima kasih cikgu :)

Anonymous said...

konteks tak berapa menarek tpi cukop dijadikn bahan rujukan

Lee Sang Kyu said...

Samelah,boleh buat rujukan...
Ubah skit skit...
Terima kasih cikgu..

Anonymous said...

hemm

izzaziya rosli said...

terima kasih cikgu :-)

Noor Hanis said...

Terima kasih cikgu. Sangat membantu! Walaupun karangan ini dimuatnaik pada tahn 2009, kebanyakan negeri mengambil tajuk ini sebagai soalan percubaan SPM tahun 2016.

Unknown said...

Harap tajuk karangan ini masuk spm

Unknown said...

Use for spm tommorow

Unknown said...

Its a great essay..i will use it as a reference for my bm examination.. tqvm

Unknown said...

It came out

Unknown said...

It came out

Unknown said...

It's came out in paper spm 😭

Unknown said...

It's came out in paper spm 😭

Fariesha said...

Keluar tajuk nii 😭😭😭

Anonymous said...

Spm 2016 keluar ni������

Atiqah Evan's said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Ha..ney yg kluar td😂😂

Anonymous said...

Great. Soalan SPM 2016 (Bahagian A) Kertas 2. Thank you.

Anonymous said...

Alhamdulillah, masuk

Unknown said...

karangan A ke ni?

Anonymous said...

Berdasarkan tarikh post bahan ini pada 2009, Lembaga Peperiksaan Malaysia menggunakan soalan yang hampir sama pada SPM 2016. Satu bentuk kebetulan yang cukup menarik. Iktibar dari peristiwa ini, guru dan murid perlu berterusan mencari bahan dalam internet. Usaha merekod dan mengumpul bahan-bahan seperti ini dapat memastikan persediaan yang rapi menghadapi SPM.

Shweta Haric said...

Terima kasih cikgu....nasib baik saya dapat karangan ini ,kalau tak tentu saya tidak dapat menyelesaikan tugas cikgu saya bagi

Anonymous said...

k

Muhd Syukur said...

Tq cikgu... sangat membantu :)

Eidzam Farez said...

Tqvm

Anonymous said...

terima kasih

Anonymous said...

ini keluar untuk pt3 confirm sialllllllllllllllll

Anonymous said...

tak percaya sudah

Anonymous said...

ESOK MEMANG KELUAR TAJUK!!!!!!


























































sha said...

harap tjk ni msuk exam pt3 besokk��ll

sha said...

srs?

Unknown said...

ESK PT3 KLUAR SOALA NI SEBIJIK

Anonymous said...

haa okey esok aku jawab HAHAHAH

Anonymous said...

weyh kluar la tjk ni.sebijik ������

Anonymous said...

Terima kasih sangat membantu insyaAllah

Anonymous said...

kak yong dap

Anonymous said...

Haha aku time travel