Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

3 November 2017

PROGRAM BUAL BICARA ILMU

 💻BENGKEL ASAS PEMBINAAN BLOG DALAM PENDIDIKAN
~ Mencipta blog baharu
~ Multimedia
~ Pengeditan dan pembugaran
~ Membina pautan dan jaringan

Tarikh : 27/11/2017 (Isnin) - cuti sekolah
Masa : 9.00am - 1.00pm
Tempat : Auditorium 2, Asia Pasific University (APU), Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.
Penceramah : Cikgu Tan CL
Bayaran : RM60 sahaja
☎️Sila hubungi :
Puan Noor : 0134658653
Akaun Maybank : 1580 5185 4383 (RM60 sahaja)

"Blog saya telah dilayari lebih 100,000 sebulan.
Ada petua dan teknik yang dapat saya kongsikan."
Cikgu Tan CL..
💐Salam hormat Admin dan guru2 budiman..Saya ingin mengundang semua guru BM ke program santai ilmu pada cuti sekolah akan datang ke :👇
🌷PROGRAM BUAL BICARA ILMU Titisan Ilmu Taburan Budi 5/2017 - SIRI EKSTRAVAGANZA
🌷Tarikh : 28/11/2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat :  Auditorium 1, Tingkat 7, Asia Pasific University (APU), Kampus Baharu, Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur

🌷Penceramah jemputan :
1. Cikgu Azhar Salleh, Munsyi Dewan
(Penggunaan Imbuhan dalam Konteks Bahasa Melayu kontemporari)

2. Cikgu Tan CL
(Penguasaan dan Penggunaan Istilah Baharu Keluaran DBP dalam Pendidikan Abad ke-21)

3. Cikgu Khairuddin Ayip
(Penulisan Bestari Berimpak Hebat dan KBAT)

4. Cikgu Richard Lee
(Strategi Penguasaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Linus, Halus, dan Galus)

5. Bonda Mahaya Mohd Yassin, Munsyi Dewan
(Konsep Mestamu dalam Didik Hibur Alaf Baharu)

Kepada yang berminat, 
☎️Sila hubungi :
Asyiqeen Amin : 0168332757
Bayaran : RM60 sahaja
Akaun Maybank : 1580 5185 4383

2 November 2017

TEMA SASARAN SPM - manfaat-manfaat yang diperoleh sekiranya kitar semula menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

Amalan kitar semula memberikan keuntungan kepada pelbagai pihak sekiranya dilakukan secara kolektif.
Bincangkan manfaat-manfaat yang diperoleh sekiranya kitar semula menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

“Kitar Semula, Fikir Dulu Sebelum Buang” begitulah bunyi laungan slogan yang sering terpapar dan terpampang di mana-mana sahaja yang menuntut kerjasama dan sokongan pelbagai pihak dalam menyuburkan amalan kitar semula di negara yang tercinta ini. Dalam menyingkap tabir alaf baharu dan dalam menongkah arus globalisasi yang pantas bertolak bagai belut diketil ekor ini, hampir saban hari mauduk tentang kepentingan mempraktikkan amalan kitar semula kepada semua strata masyarakat sering dibincangkan melalui media massa arus perdana di negara kita. Kes pencemaran alam sekitar semakin melonjak dan tidak pernah surut dari setahun ke setahun. Lebih ruwet lagi kes-kes ini acap kali mendatangkan kesusahan kepada semua pihak. Senario ini amat menyedihkan kita memandangkan kita sedang memacu arus kemodenan dengan menghamparkan landasan keimanan Apa yang merisaukan kita ialah generasi muda kini sering mengabaikan aspek kebersihan dan tidak membudayakan amalan kitar semula kerana tidak mengetahui akan kemaslahatan amalan ini dalam kehidupan seharian.  Oleh, itu formula penyelesaian segera untuk menyuburkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat Malaysia perlu difikirkan dan pendekatan yang efektif perlu diimplementasikan sebelum nasi menjadi bubur. Persoalannya ialah apakah faedah-faedah apabila menjadikan kitar semula sebagai etos dalam kalangan masyarakat di negara kita? Segala persoalan yang mewarnai mauduk diskusi di atas wajib dikupas hingga ke akar umbinya.

Menelusuri perbincangan ini, salah satu faedah yang signifikan ialah ibu bapa dapat menjimatkan wang perbelanjaan isi rumah dengan mengamalkan amalan kitar semula barangan terpakai di rumah. Persoalan yang muncul dalam benak kita bagaimanakah kesan sekiranya ibu bapa dapat menarik minat anak-anak untuk menjadikan amalan ini sebahagian daripada rutin harian mereka? Pemikir tersohor dan tokoh ilmuwan yang disegani di negara kita Profesor Diraja Ungku Aziz pernah menyatakan bahawa rumah merupakan institusi pertama anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka. Ibu bapa seyogialah menunjukkan kepada anak-anak manfaat-manfaat yang diperoleh sekiranya mereka mengamalkan amalan kitar semula di rumah. Negara menaruh harapan yang menggunung kepada ibu bapa untuk menjadi suri teladan bagi melakar dan mewarnai potret kehidupan cemerlang anak-anak agar generasi akan datang sedar akan kepentingan amalan kitar semula ini. Jika ibu bapa menjadikan diri mereka sebagai rol model dalam mempraktikkan budaya kitar semula ini di rumah maka anak-anak akan menaruh minat kepada amalan ini sejak kecil kerana peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa bapa borek anak rintik. Oleh itu, ayuhlah ibu bapa marilah berkorban demi menyuburkan amalan kitar semula dalam kalangan anak-anak daripada dilupakan sebelum padi di tangan menjadi lalang dan ayam ditambat disambar helang. Setegas-tegasnya dinyatakan bahawa faedah yang paling yang vital apabila menjadikan kitar semula sebagai amalan hidup ialah ibu bapa dapat menjimatkan wang perbelanjaan isi rumah mereka.

Selain memberi faedah kepada ibu bapa, masyarakat juga mendapat faedah yang besar sekiranya kitar semula menjadi budaya dalam masyarakat kita. Setiap anggota masyarakat harus menjunjung tinggi sikap bekerjasama dan bertoleransi yang menjadi senjata utama untuk menjayakan kempen kitar semula ini. Profesor Adam Smith seorang pakar sosiologi dan tokoh akademik dari Universiti Harvard mentakrifkan masyarakat sebagai komuniti manusia yang tinggal bersama-sama dan mendapat kepentingan bersama. Persoalan yang bermain-main dalam minda kita ialah bagaimana seluruh masyarakat Malaysia memperoleh manfaat apabila mereka berganding bahu bantu-membantu dan bahu-membahu mewujudkan sikap cinta akan alam sekitar dengan menyokong budaya kitar semula ibarat kata pepatah Melayu yang terbilang ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni? Masyarakat Malaysia dapat dikategorikan kepada dua kelompok utama yakni pertama masyarakat yang melakukan kitar semula demi menjaga alam sekitar daripada tercemar manakala masyarakat kedua ialah masyarakat yang pentingkan diri sendiri dan sering mengabaikan penjagaan alam sekitar. Jika masyarakat yang mempunyai sikap mementingkan diri sendiri dapat dikurangkan dan dihapuskan bagi menyahut slogan yang berbunyi “Kitar Semula Tanggungjawab Bersama” pasti persekitaran di bumi tercinta ini bersih dan terjaga.  Masyarakat harus merafakkan kesyukuran dan memanjatkan doa kepada Tuhan sekalian alam kerana dapat mendiami sebuah negara yang aman dan sejahtera serta terhindar daripada sebarang pencemaran alam yang teruk kerana kita sering bersatu hati untuk mengamalkan kitar semula persis peribahasa Melayu yang berbunyi bagai aur dengan tebing. Tegasnya, masyarakat merupakan lokomotif utama yang mendapat manfaat apabila amalan kitar semula dalam kehidupan seharian kerana terdapat pepatah Melayu menyatakan bahawa ‘hidup bersama menjadi tradisi bak sirih, serumpun bak serai harus dijadikan pegangan hidup bermasyarakat di negara ini.  

Banyak kebaikan yang boleh diperoleh dengan mengitar semula, bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada manusia, malahan kepada haiwan dan alam sekitar. Kamus Oxford yakni kamus paling lengkap lagi terperinci mendefinisikan alam sekitar sebagai benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh dipanggil flora dan fauna. Persoalan yang bermain di minda kita ialah bagaimanakah kesan kepada alam sekitar di negara kita jika kita dapat berganding bahu, bantu-membantu dan bahu-membahu untuk mempraktikkan amalan kitar di negara jalur gemilang ini? Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di negara kita bukan saja memberikan keselesaan kepada masyarakat malah dapat menggamit pelancong asing untuk datang ke bumi bertuah ini seterusnya melonjakkan nama negara sebagai destinasi yang kaya dengan keindahan flora dan fauna. Kehadiran pelancong daripada pelbagai negara ini bakal memulihkan ekonomi negara kerana kemajuan industri pelancongan negara yang setaraf dengan negara lain yang kaya dengan keindahan flora dan fauna seperti Indonesia, India, New Zealand dan sebagainya. Industri pelancongan negara janganlah sesekali mengutamakan pembangunan bandar pelancongan seperti taman tema permainan dengan mengabaikan keindahan alam sekitar semula jadi yang terdapat di negara ini persis peribahasa Melayu kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Baru berkilat sudah berkilau, bulan sangkap tiga puluh kepentingan kitar semula di negara kita bukan sahaja kepada manusia, malah alam sekitar semula jadi turut mendapat tempiasnya seperti kata peribahasa Melayu ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Seterusnya, masalah kesan rumah hijau dapat dikurangkan melalui kitar semula. Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia, penghasilan barang baharu daripada bahan mentah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding menghasilkan barang baharu daripada barang terbuang. Persoalan yang bermain-main dalam minda kita ialah bagaimana penghasilan barang baharu ini akan mengundang pencemaran alam sekitar dan pemanasan global? Umum mengetahui bahawa gas-gas yang dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida , sulfur oksida dan metana merupakan punca kesan rumah hijau sekali gus menjurus kepada pemanasan global.  Lebih ruwet lagi apabila kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard mendapati suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.  Jika kita membandingkan negara di seantero dunia, negara yang pesat membangun sering mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar dan mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata seterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar dan pemanasan suhu dunia. Impaknya, masyarakat dunia turut menerima tempiasnya dan berhadapan dengan risiko suhu panas yang melampau kerana pepatah Melayu ada menyatakan bahawa akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Tegas-setegasnya, masyarakat dunia akan mendapat manfaat apabila amalan kitar semula dalam kehidupan seharian mereka kerana dapat mengurangkan kesan rumah hijau.

Sebagai akhir kalam, kitar semula juga dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baharu. Kebanyakan bahan mentah diperoleh daripada sumber hutan. Misalnya, kertas diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah. Persoalan yang bermain-main di minda kita ialah bagaimanakah jika sumber-sumber ini habis digunakan tanpa disimpan untuk generasi akan datang? Data-data statistik yang sahih lagi jitu yang diajukan oleh akhbar Metro yakni akhbar arus perdana yang mempunyai pembaca paling ramai di Malaysia melaporkan bahawa hamper 69.7% hutan di negara kita telah digondolkan untuk tujuan pembangunan bandar dan sebagai penggunaan bahan mentah. Jika masyarakat sedar bahawa kawasan hutan merupakan tempat tadahan hujan dan tempat tinggal bagi flora dan fauna yang amat berharga kepada generasi akan datang pasti mereka akan berusaha melestarikan penggunaan alam sekitar dengan membudayakan amalan kitar semula yang dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baharu. Jelaslah, sudah terang lagi bersuluh amalan kitar semula akan menjadikan hutan terus kekal sebagai habitat bagi flora dan fauna yang terdapat di negara ini. 



Perbincangan tentang mauduk kepentingan kitar semula telah meniti ke puncaknya maka sebagai kesimpulan kerajaan perlulah sedar bahawa di sebalik pembangunan fizikal, kebendaan dan infrastruktur kelas pertama tetapi masalah pencemaran alam sekitar diabaikan sejak akhir-akhir ini. Pemimpin negara haruslah menjadi khalifah di muka bumi Tuhan yang bertanggungjawab untuk memakmurkan ala mini agar kita terus menyokong usaha kitar semula ini. Masyarakat perlu menyedari bahawa amalan kitar semula telah mendatangkan banyak kemaslahatan dalam kehidupan seharian mereka sama ada dari segi ekonomi, persekitaran dan kesihatan. Masyarakat haruslah bersinergi dengan pelbagai pihak dalam usaha menjayakan kempen kitar semula yang telah dijalankan oleh kerajaan agar generasi yang akan datang akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

TEMA SASARAN SPM - cara-cara mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat

SOALAN : Penggunaan media sosial  amat popular di Malaysia. Media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApps dan My Space mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Kecanggihan teknologi dunia tanpa sempadan sukar membendung angkara negatif di sebaliknya.
Terangkan cara-cara mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat.

Dalam meniti arus pemodenan yang mencabar akal dan minda,kita sering kali dikaitkan dengan penggunaan media sosial yang kian meluas di segenap empat penjuru dunia yang juga menular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Blog,rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, WeChat, Skype, Viber dan WhatsApps adalah antara contoh medium penting yang terdapat dalam aplikasi media sosial. Media sosial ini menjadi wahana bagi setiap lapisan masyarakat dunia untuk kekal berhubung dengan kenalan, sahabat handai dan keluarga yang berjauhan. Menurut Wikipedia, iaitu ensiklopedia bebas yang tersohor mentakrifkan media sosial adalah sejenis wahana yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Menurut sumber yang dipetik daripada persatuan Digital Malaysia ( MDA ), pada bulan Oktober 2010 sahaja mencatatkan bahawa Facebook merupakan media sosial paling popular dalam kalangan lapan juta rakyat Malaysia yang menggunakannya. Anggota komuniti yang paling popular adalah antara 15 hingga 30 tahun. Belakangan ini, isu membabitkan media sosial hebat diperkatakan apabila media sosial itu dilihat sebagai ancaman keselamatan terhadap masyarakat dan negara. Hal ini disebabkan kewujudan golongan tidak bertanggungjawab yang menjadikan media sosial  sebagai wadah untuk memfitnah, menipu, menyamar menjadi individu tertentu bagi tujuan menjatuhkan reputasi seseorang dan menarik perhatian dengan membangkitkan isu sensitif seperti agama, budaya dan kaum. Pelbagai persoalan terus menghantui minda kita apabila berbicara tentang penyalahgunaan media sosial. Persoalannya ialah apakah cara-cara untuk mengawal penyalahgunaan media sosial dalam masyarakat? Siapakah yang sebenarnya wajar memikul dan menggalas tugas-tugas untuk mengawal penyalahgunaan media sosial? Seharusnya media sosial dipantau oleh pelbagai pihak daripada jari-jari yang tidak bertanggungjawab ini.

Suatu hakikat yang tidak dapat diketepikan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat ialah peranan yang dimainkan oleh setiap individu. Dalam ilmu sosial, individu bererti bagian terkecil dari kelompok masyarakat yang tidak dapat dipisahkan lagi menjadi bagian yang lebih kecil. Persoalan yang menerawang dalam benak kita ialah bagaimanakah individu itu boleh mengawal penggunaan media sosial? Pada zaman yang serba canggih ini, keimanan dan jati diri perlu ada dalam diri setiap individu untuk mengawal penggunaan media sosial. Jari jemari amat mudah untuk menari-nari pada papan kekunci menaip apa-apa sahaja yang ada di fikiran, apatah lagi mudah sangat untuk mengetuk peranti pintar yang dimiliki. Tanpa kita sedar ada kalanya bait-bait tulisan itu mengundang provokasi atau banyak dusta daripada benarnya umpama baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. Setiap individu perlulah menggunakan media sosial dengan bijak sebagai penambah timbangan pahala agar tidak menimbulkan perkara yang sensitif yang membawa kepada permusuhan. Seseorang individu itu juga perlulah berdisiplin dalam melayari media sosial agar tidak terleka dengan keasyikan dunia alam maya yang disajikan. Tugas hakiki seharian perlu dilunaskan terlebih dahulu seperti mengulang kaji pelajaran bagi seorang yang bergelar murid dan melakukan tugas rutin seharian bagi orang dewasa persis masa itu emas iaitu media sosial tidak seharusnya menjadi peneman sepanjang 24 jam sehingga melupakan hubungan sosial secara bersemuka  bersama keluarga dan teman-teman. Berdasarkan statistik terkini di laman Statistik menyatakan bahawa penggunaan harian media sosial oleh pengguna Internet secara global telah mencecah 106.2 minit sehari berbanding 103.2 minit sehari pada 2014. Pada 2016 pula, pengguna media sosial sedunia dijangkakan mencecah dua bilion. Persatuan Digital Malaysia menyatakan bahawa pada bulan Oktober 2010 sahaja mencatatkan bahawa laman web sosial Facebook merupakan laman web paling popular dalam kalangan lapan juta rakyat Malaysia. Seseorang individu itu boleh mengurangkan masa mengakses media sosial dengan menyibukkan diri melakukan sesuatu pekerjaan seperti melakukan aktiviti beriadah yang boleh menyihatkan badan dan mencerdaskan minda seperti bersukan, berkelah sambil merapatkan saf kekeluargaan dan bergotong-royong sambil membasmi nyamuk Aedes dan mengeratkan silaturahim sesama jiran tetangga dan mewujudkan perpaduan berbilang kaum ibarat bersatu kita teguh,bercerai kita roboh. Setiap individu memikul amanah terhadap diri sendiri bersesuaian dengan kata-kata daripada Hamka  iaitu seorang ulama, sasterawan, sejarawan dan ahli politik Indonesia yang mengungkapkan kata-kata puitis untuk renungan kita bersama berbunyi kecantikan abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Tegasnya, tepuk dada tanya selera masing-masing sama ada seseorang individu itu mahu menjadi seorang yang berguna dengan mengaut ilmu sebanyak mungkin menggunakan media sosial atau sebaliknya menyalahgunakannya untuk perkara-perkara yang tidak baik.

Kupasan dan huraian tentang  media sosial tidak harus ada titik noktahnya. Maka sebagai meneruskan kesinambungan kupasan, moleklah andai kata ditinjau pula dari aspek peranan ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dengan anak-anak. Persoalan yang bermain dalam minda kita ialah bagaimanakah ibu bapa dapat memainkan peranan untuk membendung penyalahgunaan media sosial dalam kalangan anak-anak? Pemikir tersohor dan tokoh ilmuwan yang disegani di negara kita, Profesor diraja Ungku Aziz pernah menyatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka. Nah, sudah terang lagi bersuluh fungsi primer ibu bapa iaitu sebagai profesor pertama bagi anak-anak! Ibu bapa perlulah memantau setiap perkara yang dilakukan oleh anak-anak ketika mereka mengakses media sosial. Pemantauan ibu bapa sebenarnya mampu menggelakkan anak-anak daripada mengakses laman sesawang yang berunsurkan pornografi, mahupun melakukan jenayah siber seperti mencetak rompak bahan media, mencetuskan provokasi atau menggodam laman sesawang. Ibu bapa juga boleh menjadi mata dan telinga umpama sambil menyelam minum air iaitu dengan menjadi rakan dalam laman sesawang Facebook, WhatsApps, Instragram dan sebagainya bagi mengetahui perjalanan pelayaran kembara anak-anak dalam media sosial. Ibu bapa yang menjadi rakan dalam alam maya anak-anak akan dapat mengetahui 1001 rahsia anak-anak dari segi emosi, perlakuan, kesukaan, perasaan, cita-cita dan mengenali rakan-rakan anak mereka. Ibu bapa boleh menjadi rakan paling akrab dan mesra kepada anak-anak mereka apabila memahami naluri anak-anak. Sudah pasti anak-anak yang tahu kasih sayang dan cakna orang tua mereka tidak tergamak untuk menconteng arang ke muka ibu bapa mereka dengan melakukan penyalahgunaan dalam media sosial. Pada masa yang sama, ibu bapa juga perlulah mengehadkan masa penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak. Sebagai contoh yang bersesuaian dengan situasi di atas, anak-anak hanya dibenarkan untuk mengakses media sosial dengan pemantauan daripada ibu bapa selama satu jam sehari. Mungkin anak-anak ingin mendapatkan info daripada guru, rakan-rakan atau mengakses Internet untuk bahan rujukan pembelajaran. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang agar tidak terjebak dalam kancah negatif. Anak diibaratkan sehelai kain putih, maka menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap mendung awan di langit. Ibu bapa harus mengambil alternatif yang lain persis meletakkan komputer di ruangan yang terbuka sama ada di ruang tamu atau di sudut-sudut  yang boleh dilihat oleh ibu bapa. Ibu bapa  tidak boleh terlepas pandang daripada memerhatikan anugerah terindah ini lagi-lagi di zaman dunia tanpa sempadan dan segala maklumat baik buruk hanya di hujung jari sahaja. Setegas-tegasnya dinyatakan bahawa ibu bapa seyogialah memainkan peranan yang dominan untuk melahirkan anak-anak yang berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka dan bukan anak-anak yang bobrok dan kaya dengan pidana termasuk jenayah di media sosial.

Paparan demi paparan berita tentang penggunaan media sosial yang sering menjadi hiasan media arus perdana, nyata perlu dijadikan agenda penting oleh pihak sekolah. Sekolah diumpamakan sebagai gedung ilmu bagi insan-insan yang dahagakan ilmu pengetahuan. Mengambil sumber benar lagi tepat daripada Kamus Dewan (edisi keempat) mendefinisikan sekolah sebagai tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Persoalan yang bermain-main di minda kita ialah bagaimanakah sekolah boleh menjadi institusi yang mengawal penggunaan media sosial? Bertepatan dengan maksudnya, murid menerima pelajaran secara formal meliputi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya seperti termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Guru-guru di sekolah memainkan peranan penting dengan menasihati murid agar menjadi insan yang bermoral dah bersahsiah terpuji dengan menjauhi perkara-perkara mungkar bersangkut paut dengan penyalahgunaan media sosial. Guru mata pelajaran Pendidikan Islam boleh membuktikan hukum penyalahgunaan media sosial dengan dalil Al-Quran manakala guru mata pelajaran Pendidikan Moral boleh menyenaraikan beberapa nilai seperti nilai amanah, harga diri, rasional dan bertanggungjawab. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata jumlah capaian Internet di negara ini mencecah 70.2 peratus dengan purata seseorang melayari laman sesawang ialah empat jam 30 minit sehari. Tidak mustahil 70.2 peratus itu termasuk penggunaan Internet oleh mereka yang masih memakai uniform sekolah. Larangan membawa telefon bimbit ke sekolah memang bertepatan dengan peribahasa lama yang menyatakan ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Budaya buli, gengsterisme dan perlakuan tidak senonoh yang menjadi tular dalam kalangan murid sekolah begitu menyesakkan nafas pihak sekolah. Imej sekolah tercalar,apatah lagi air muka ibu bapa mereka yang melakukan perkara mungkar dan tersebar dalam media sosial yang boleh disaksikan seantero dunia. Pihak sekolah mengikut hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah selaras dengan Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah 1959) boleh mengambil tindakan dengan Pembuangan Sekolah, Penggantungan Sekolah, Hukuman Dera (Corporal Punishment), Penahanan (detention) dan Amaran. Unit Kaunseling dan Unit Disiplin di sekolah juga boleh berganding bahu mengadakan kem motivasi, pameran dan kempen kesedaran untuk murid tentang penggunaan media sosial. Pendedahan dari segi rohani dan jasmani boleh membentuk murid yang celik IT dan mengelakkan murid menjadi ketagihan media sosial. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa pihak sekolah memainkan peranan penting mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan murid-murid di sekolah agar tidak menjadi kudis bernanah yang merosakkan masyarakat, bak peribahasa Melayu yang amat berharga iaitu sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sebelum nasi menjadi bubur, ada baiknya segala masalah media sosial dikekang sejak di bangku sekolah lagi sebelum membarah dalam masyarakat.

Populariti media sosial ini tidak dapat disangkal lagi oleh mana-mana pihak. Masyarakat sendiri perlu bertindak pantas untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan mereka. Setiap anggota masyarakat harus menjunjung tinggi sikap bekerjasama dan bertoleransi yang menjadi senjata utama untuk mengawal penggunaan media sosial. Menurut Kamus Dewan (edisi keempat) yang benar lagi sahih mendefinisikan masyarakat sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Persoalan yang berlegar-legar dalam minda kita ialah bagaimanakah seluruh masyarakat Malaysia dapat berganding bahu dan saling mendepani penggunaan media sosial bak peribahasa Melayu yang tak jemu diucap selalu iaitu yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing? Adakah masyarakat kita ambil peduli tentang permasalahan ini atau hanya menutup mata dan memekakkan telinga masing-masing? Statistik yang diambil daripada akhbar arus perdana iaitu Utusan Malaysia melaporkan bahawa menurut laman web Internet Lives Stars seramai tiga bilion atau 40 peratus daripada penduduk dunia menggunakan Internet. Di Malaysia terdapat hampir 20 juta atau 67 peratus rakyat menggunakan Internet dan lebih daripada 15 juta orang mengakses Facebook. Ayuh, bangkitlah semua! Masyarakat perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan melaporkan kepada pihak polis jika terdapat penyalahgunaan media sosial. Masyarakat di kawasan komuniti masing-masing boleh mengadakan kempen kesedaran tentang media sosial kepada remaja atau golongan belia. Kempen kesedaran ini boleh diadakan di dewan serba guna yang gah tersergam dibina di setiap kawasan perumahan, di balai raya atau di rumah-rumah ibadat seperti masjid. Forum atau tazkirah santai berkenaan cara penggunaan media sosial yang betul pasti menarik perhatian golongan belia yang sinonim dengan minat mereka. Melalui forum, bual bicara atau tazkirah santai tersebut boleh diselitkan dengan pengenalan aplikasi-aplikasi canggih yang  secara tidak langsung masyarakat itu sendiri dapat membuka minda golongan muda ini untuk menerokainya dan menjauhi jenayah siber. Masyarakat juga boleh menggunakan media sosial seperti Facebook, WhatsApps atau Instagram untuk mengajak setiap ahli komuniti melakukan sesuatu yang memberi impak positif seperti berniaga dalam talian dan bertukar-tukar idea atau info tentang resipi masakan bagi kaum ibu atau info pelajaran bagi mereka yang bergelar pelajar . Setiap individu di muka bumi ini merupakan khalifah yang  tugasnya menyeru semua orang berbuat kebaikan dan bukannya memukul canang menabur fitnah dan menyebarkan berita palsu melalui media massa. Masyarakat juga hendaklah berfikir sejenak dan tidak cepat melatah menerima sesuatu berita itu tanpa menganalisis dengan bijaksana. .Oleh yang demikian, jelaslah bahawa masyarakat berperanan penting dalam mengawal penggunaan media sosial bersesuaian dengan peribahasa buat air kerana muafakat, bulat manusia kerana muafakat. Maka masyarakat hendaklah saling menggembleng tenaga untuk mengawal penggunaan media sosial.

Sebagai akhir kalam, pihak kerajaan merupakan tonggak utama dalam mengawal penggunaan media sosial. Statistik yang diambil daripada Koleksi Rencana Umum Untuk Rujukan Karangan SPM & STPM yang ditulis oleh Hj. Samat bin Buang menyatakan bahawa Malaysia mencatatkan sebagai 13 negara paling aktif dalam jenayah siber di seluruh dunia. Sebenarnya dalam konteks jenayah siber, banyak sudah berlaku kes penipuan dalam talian sejak lima hingga tujuh tahun kebelakangan ini apabila wujud kes-kes seperti “Love Scam, Parcel Scam dan Online Scam yang menyaksikan penjenayah boleh mengakses akaun peribadi seseorang mangsa. Modus operandi yang digunakan oleh penjenayah siber ini ialah menyamar sebagai wakil Bank Negara kononnya akaun mereka dibekukan dan meminta mangsa memindahkan wang ke dalam akaun lain yang lebih selamat. Pertanyaan yang muncul dalam benak kita ialah bagaimanakah kerajaan dapat mengawal penyalahgunaan media sosial dalam kalangan masyarakat? Pihak polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal berhadapan cabaran lebih hebat pada masa akan datang berikutan pelbagai taktik baharu perlakuan jenayah siber. Antara  undang-undang yang sudah sedia wujud di Malaysia bagi mengawal selia segala yang berlaku dalam dunia siber ialah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), dan Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563). PDRM boleh berkolaborasi dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diterajui oleh Datuk Sri Salleh Said Keruak untuk mengambil tindakan tegas kepada seseorang yang menyalahgunakan rangkaian media sosial untuk menyebar berita palsu, lucah, mengancam keselamatan dengan niat menyinggung perasaan, menganiaya, menggugat atau mengganggu orang lain. Mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika didapati bersalah boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali. Janganlah kita hanya bertindak setelah keadaan sudah menjadi parah. Portal-portal berita yang merasakan mereka kebal dan bebas untuk melakukan fitnah dan tohmahan serta memutarbelitkan sesuatu berita perlu diajar memahami undang-undang. Sekarang masa untuk bertindak bagi mengelakkan yang benar dianggap batil, yang batil dianggap benar, fitnah diiktiraf sebagai bukti dan tohmahan dijamah setiap hari. Rakyat semestinya tanpa ragu-ragu menjunjung tinggi prinsip undang-undang negara di mana-mana sahaja mereka berada, bak kata peribahasa Melayu zaman berzaman iaitu di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung. Tidak manis kiranya tindakan undang-undang diambil sebelum diberikan penerangan dan kempen kesedaran tentang kesan buruk penyalahgunaan media sosial kepada masyarakat. Oleh itu mengambil pendekatan pendidikan perlu sejak awal usia lagi, program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan suatu program yang bertepatan untuk menyemai jati diri, nilai murni yang tinggi dan taat kepada agama, bangsa dan negara selari dengan laungan slogan ‘Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Besarnya harapan menggunung terpikul di pundak muda-mudi generasi pelapis memimpin negara tercinta. Oleh itu sudah semestinya mereka iaitu generasi muda yang bakal menerajui negara sifar daripada penyalahgunaan media sosial. Jelaslah bahawa pihak kerajaan merupakan peneraju gemilang terhadap sesebuah negara berperanan menjaga keharmonian dan keamanan negara melalui kempen kesedaran dan undang-undang yang tegas bagi mengawal penyalahgunaan media sosial.

Sebagai melabuh tirai perbincangan tentang mauduk mengawal penggunaan media sosial telah dikupas dengan mendalam. Hal ini tidak akan menemui kejayaan jika tiada sokongan padu daripada pelbagai pihak. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu bahu membahu dan bergandingan tangan untuk merealisasikan mengawal penggunaan media sosial demi keharmonian dan kemajuan negara serta membentuk masyarakat yang celik IT, berinovasi dan bermaklumat seiring dengan lagu Keranamu Malaysia.
Alam siber teknologi terkini,
Kejayaan semakin hampiri,
Biar di kota ataupun desa,
Kita semua pasti merasa bangga.
Persatuan Digital Malaysia menyatakan bahawa pada bulan Oktober 2010 sahaja mencatatkan bahawa laman web sosial Facebook merupakan laman web paling popular dalam kalangan lapan juta rakyat Malaysia.

TEMA SASARAN SPM - CABARAN REMAJA ABAD KE-21

CABARAN REMAJA ABAD KE-21

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), remaja merupakan individu yang berkembang dari saat pertama kali menunjukkan tanda-tanda seksual sekundernya sehinggalah saat ia mencapai kematangan seksual. Remaja mengalami perkembangan biologi, psikologi, dan dan sosiologi yang saling berkait antara satu sama lain.WHO menetapkan batasan bahawa golongan remaja terdiri daripada mereka yang berusia antara 12 hingga 24 tahun dan belum berkahwin. Perkataan ‘remaja’ berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud menuju kearah  kematangan. Golongan ini sentiasa mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa.Remaja akan mengalami pelbagai perubahan drastik termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi dan bahasa.  Akibat daripada itu, golongan remaja seringkali dilabelkan sebagai individu yang memiliki emosi yang tidak stabil dan sentiasa bermasalah. Pelbagai persoalan yang mengganggu benak kita apabila berbicara tentang remja. Persoalannya ialah apakah cabaran yang sebenarnya dihadapi oleh golongan remaja pada abad yang ke-21? Bagaimanakah remaja berdepan dengan cabaran yang dialami? Segala persoalan yang mewarnai mauduk perbincangan di atas wajar dikupas hingga ke akar umbi.

Globalisasi merupakan proses membentuk sebuah dunia tanpa sempadan dan kedudukan geografi.  Remaja yang hidup dalam abad ke-21 ini terdedah dengan cabaran teknologi maklumat yang cukup terbuka dan bebas. Para remaja boleh mengakses laman pornografi dengan begitu mudah tanpa sebarang halangan dan rintangan. Terdapat banyak laman sesawang yang boleh merosakkan akidah dan jati diri Islam seseorang remaja. Penggunaan media komunikasi yang berkaitan dengan Internet seperti Youtube, Whatsapp, Wechat, Instagram dan lain-lain telah menjadi satu perantaraan yang sangat efektif dan efisien untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh dan dekat. Penggunaan Internet yang tidak terkawal oleh ibu bapa telah mengundang banyak musibah. Kebebasan tanpa had dan batasan akan merosakkan minda dan otak remaja. Banyak berita yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana tentang kisah remaja lelaki yang merogol adik perempuan dan kawan-kawan perempuan setelah terangsang akibat menonton video lucah di Internet. Oleh hal yang demikian, remaja perlu mempunyai keimanan yang ampuh sebagai benteng untuk menghadapi cabaran ini. Akidah Tauhid yang teguh akan dapat memimpin akal fikiran dan tingkah laku remaja ke arah kebaikan. Sesungguhnya iman dan amal tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya umpama buah dan pohonnya.

Remaja seringkali dikaitkan dengan budaya lepak. Kegiatan melepak merupakan suatu masalah sosial yang dipandang serius oleh masyarakat Malaysia. Budaya ini dianggap sebagai suatu penyakit yang telah mengundang pelbagai masalah lain dalam kalangan remaja kita. Persoalannya sekarang, mengapakah budaya lepak diamalkan oleh segelintir remaja pada hari ini? Banyak kajian yang telah dilakukan oleh para penyelidik sama ada tempatan mahupun luar negeri berhubung dengan kecenderungan sikap suka melepak. Menurut kajian yang dijalankan oleh tokoh cendekiawan tempatan, tingkah laku lepak dalam kalangan remaja menunjukkan secara purata remaja menghabiskan masa sebanyak 16.3 jam seminggu membuang masa berkumpul dan berbual kosong dengan rakan sebaya di tempat-tempat awam. Kadar ini lebih menonjol di kawasan luar bandar iaitu di kawasan pembangunan tanah FELDA yang telah menghabiskan masa mereka sebanyak 28.4 jam seminggu untuk melepak. Kebanyakan remaja menyatakan mereka melepak sekadar berjumpa kawan, bersiar-siar, berehat, mencari ketenangan, melepaskan rasa bosan atau mendapatkan hiburan. Sesungguhnya remaja perlu diingatkan bahawa masa yang diibaratkan emas itu tidak akan berundur walaupun sedetik. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan setiap detik masa yang dilalui oleh anak-anak mereka diisi dengan perkara yang bermanfaat.

Golongan remaja pada abad ke-21 juga berdepan dengan cabaran pergaulan bebas. Masalah pergaulan bebas telah lama dibincangkan dan menjadi salah satu isu sosial yang kian menanah di bumi Jalur Gemilang yang tercinta ini. Pelbagai pihak di setiap lapisan masyarakat memandang isu ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara holistik kerana remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara pada masa akan datang.Perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Sekiranya perasaan ini tidak dikawal atau dibendung sudah tentu hal ini akan membawa kepada permasalahan sosial dalam kalangan masyarakat. Isu terkini benarkah remaja abad ke-21 ini banyak terlibat dalam aktiviti seks bebas? Mereka bercinta dan melakukan hubungan seks serentak demi cinta sejati. Hasilnya, lahirlah anak luar nikah, pembuangan bayi dan sebagainya. Bercinta tidak pernah dianggap sebagai satu kesalahan malahan orang yang tidak percaya akan cinta kepada insan lain dan pencipta-Nya merupakan golongan manusia yang rugi. Islam sendiri menggalakkan umatnya saling mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina, bangsa dan agama.Oleh itu, remaja perlu bijak semasa berkawan atau bercinta  dengan cara yang telah digariskan oleh agama dalam menongkah arus kehidupan yang kian mencabar. Remaja perlu berani berkata “tidak” kepada rakan atau pasangannya apabila  tindakan dan perbuatan rakan mereka itu boleh menjerumuskan mereka ke lembah yang hina.

Jika ditinjau dari aspek yang lain pula, remaja abad ke-21 juga berhadapan dengan cabaran ledakan kebendaan atau materialistik. Memang tidak dinafikan bahawa kebendaan merupakan keperluan bagi manusia. Namun, berlebih-lebihan dalam mengumpul harta benda sehingga menjadi materialistik boleh membawa akibat yang tidak sihat dalam masyarakat. Misalnya, kehidupan sosial dalam masyarakat akan terpisah kepad dua golongan apabila salah satu golongan menganggap pemilikan material sebagai nilai yang tinggi dan mengatasi segala-galanya dalam kehidupan. Persoalannya, mengapakan remaja kini begitu mementingkan materialisme berbanding hal-hal lain? Salah satu sebab yang menjadi punca kepada permasalahan ini adalah kerana remaja telah dimomokkan dengan cara berbelanja, corak kehidupan, memilih kerja dan membina impian mereka. Segala perjalanan hidup mereka dipenuhi dengan nilai-nilai kebendaan semata-mata sehingga mereka berpegang kepada falsafah guna segala sumber alam yang ada dan jangan fikirkan apa yang perlu ditinggalkan untuk generasi yang akan datang. Oleh hal yang demikian, remaja perlu mengawal hawa nafsu mereka daripada bersikap materialistik yang mengaburi mata seseorang untuk bersifat lebih mengasihi dan menyayangi sesama makhluk.

Remaja abad ke-21 tidak dapat lari daripada berhadapan cabaran untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Alam pekerjaan merupakan destinasi yang terakhir kepada kebanyakan pelajar yang telah menamatkan pengajian sama ada di peringkat sijil, diploma mahupun peringkat ijazah. Mereka mula mencongak-congak untuk mencari peluang pekerjaan yang bakal diceburi. Walau bagaimanapun, dalam persaingan untuk memasuki pasaran pekerjaan, kelulusan akademik sahaja belum tentu menjanjikan seseorang itu menjawat jawatan yang diimpikan. Sebaliknya, individu yang memiliki pelbagai kemahiran di samping akademik yang baik sudah pasti dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh majikan. Satu perkara yang tidak boleh dikesampingkan ialah remaja juga perlu bersaing dengan buruh asing yang kian membanjiri bumi bertuah ini. Buruh asing yang mencari rezeki di negara kita tidak boleh dipandang remeh. Walaupun hanya sebagai buruh kasar atau operator kilang, mereka mempunyai pelbagai kelulusan yang standing dengan lepasan graduan tempatan. Berbekalkan sikap rajin dan ingin membela nasib keluarga yang ditinggalkan jauh di tanah air, mereka sanggup melakukan apa-apa pekerjaan yang ada walaupun gaji yang ditawarkan itu tidak setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan. Jelaslah bahawa remaja wajar memperlengkap diri mereka dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan sebelum melamar sebarang pekerjaan di samping membuka minda mereka supaya tidak memilih pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka.

Perbincangan tentang mauduk cabaran remaja telah meniti puncaknya. Sebagai kesimpulan, remaja merupakan aset negara yang amat penting dan bakal memimpin negara pada masa hadapan. Oleh itu, perubahan tingkah laku dan pemikiran ke arah yang positif amat penting dalam memberi hala tuju yang betul dan baik dalam kehidupan mereka. Selaras dengan perkembangan dunia moden  hari ini, banyak cabaran telah memberi implikasi dalam hidup mereka termasuklah aspek sosiologi dan psikologi. Keadaan ini memberi impak secara menyeluruh dalam hidup remaja. Kerjasama semua pihak terutama ibu bapa  amat diperlukan dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh remaja abad ke-21. Kegagalan untuk menghadapi polemik ini secara rasional dan efektif akan menjadikan masyarakat kita pada masa hadapan sebagai masyarakat yang lemah dan tidak mampu bersaing dalam arus persada globalisasi kini.


31 October 2017

PROGRAM BUAL BICARA ILMU Titisan Ilmu Taburan Budi 5/2017 - SIRI EKSTRAVAGANZA

💐Salam hormat Admin dan guru2 budiman..Saya ingin mengundang semua guru BM ke program santai ilmu pada cuti sekolah akan datang ke :👇
🌷PROGRAM BUAL BICARA ILMU Titisan Ilmu Taburan Budi 5/2017 - SIRI EKSTRAVAGANZA
🌷Tarikh : 28/11/2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Auditorium 1, Tingkat 7, Asia Pasific University (APU), Kampus Baharu, Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur

🌷Penceramah jemputan :
1. Cikgu Azhar Salleh, Munsyi Dewan
(Penggunaan Imbuhan dalam Konteks Bahasa Melayu kontemporari)

2. Cikgu Tan CL
(Penguasaan dan Penggunaan Istilah Baharu Keluaran DBP dalam Pendidikan Abad ke-21)

3. Cikgu Khairuddin Ayip
(Penulisan Bestari Berimpak Hebat dan KBAT)

4. Cikgu Richard Lee
(Strategi Penguasaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Linus, Halus, dan Galus)

5. Bonda Mahaya Mohd Yassin, Munsyi Dewan
(Konsep Mestamu dalam Didik Hibur Alaf Baharu)

Kepada yang berminat,
☎️Sila hubungi :
Asyiqeen Amin : 0168332757
Bayaran : RM60 sahaja
Akaun Maybank : 1580 5185 4383

PEMBINAAN AYAT DENGAN PERIBAHASA

PEMBINAAN AYAT DENGAN PERIBAHASA

FORMULA A
Siapa + buat apa + peribahasa
contoh: Murid-murid kelas 5A bekerjasama membersihkan kelas bagai aur dengan tebing.

FORMULA B
Oleh sebab + peribahasa + siapa + buat apa
Contoh: Oleh sebab di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, Ali telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai keputusan SPM yang cemerlang.

FORMULA C
Siapa + berpegang pada prinsip + peribahasa + telah + buat apa
Contoh: Fauzi yang berpegang pada prinsip biar putih tulang, jangan putih mata telah menyertai pasukan tentera demi mempertahankan kedaulatan negara.

FORMULA D
Kita mestilah + buat apa + kerana + peribahasa
Contoh: Kita mestilah makan makanan yang seimbang untuk mengelakkan penyakit berbahaya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Banyak lagi tip dan formula penulisan karangan, rumusan, komsas, tatabahasa, dan novel dalam Buku Kerja Impak A+, keluaran NUSAMAS (Kegunaan 2018)

10 kesalahan tatabahasa dalam SPM yang popular

10 kesalahan tatabahasa dalam SPM yang popular

1. Kesalahan penggunaan kata sendi nama
(a) dari / daripada
(b) pada / kepada
(c) di / pada
(d) di dalam / dalam
(e) di antara / antara

2. Kelewahan bahasa
(a) ... demi untuk*...
(b) .... oleh kerana*...
(c) .... sejak dari*....
(e) .... jika sekiranya* ....
(f) .... banyak murid-murid*.....
(g) .... saling bantu-membantu*.....

3. Kesalahan kata hubung
(a) penggunaan "yang" dan "bahawa"
(b) penggunaan "kerana" dan "sebab"
(c) penggunaan "dan" dan "atau"

4. Kesalahan kata bilangan
(a) satu setengah jam*
(b) dua suku tahun*
(c) ketiga-tiga murid*
(d) kedua ibu bapa*
(e) setengah-tengah penduduk*

5. Kesalahan kata penguat
(a) sangat bijak-bijak*
(b) terbijak sekali*
(c) paling terbijak*
(d) teramat bijak sekali*

6. Kesalahan Hukum DM
(a) temu janji*
(b) kaji uji*
(c) mini bas*
(d) sawat ibu*

7. Kesalahan frasa kerja pasif
(a) ... dibaca oleh saya*
(b) ....diambil oleh kamu*
(c).... mereka baca*
(d) .... kami telah baca*
(e) .... telah diambil oleh kami*

8. Kesalahan perimbangan kata
(a) ...dari masa ke semasa
(b) ...dari sehari ke hari
(c) ...ke kiri dan kanan
(d) ... dari bulan ke sebulan

9. Kesalahan kata pemeri
(a) .... ialah untuk*....
(b) .... ialah merah*....
(c) .... adalah membaca*...
(d) .... adalah pengetua*....
(e) .... adalah Ali*...

10. Kesalahan frasa
(a) .... memasuki ke dewan*

10 kesalahan Ejaan yang popular dalam SPM

10 kesalahan Ejaan yang popular dalam SPM


1. kata majmuk berimbuhan
(a) berkuatkuasa❌ berkuat kuasa ✔️
(b) penguatkuasa ❌ penguat kuasa✔️
(c) dikuat kuasakan❌ dikuatkuasakan ✔️

2. kata majmuk
(a) kadang kala❌ kadangkala ✔️
(b) sampah-sarap❌ sampah sarap✔️
(c) berjimat-cermat❌ berjimat cermat✔️

3. Kesalahan 1k dan 2k
(a) kerosakkan❌ kerosakan ✔️
(b) kebanyakkan ❌ kebanyakan✔️
(c) kesuntukkan❌ kesuntukan ✔️

4. Kesalahan 1g dan 2g
(a) penguna❌ pengguna ✔️
(b) pingan ❌ pinggan✔️
(c) berangpan❌ beranggapan ✔️

5. Kesalahan imbuhan pinjaman
(a) anti-dadah❌ antidadah ✔️
(b) pra sekolah ❌ prasekolah✔️
(c) pro Amerika❌ pro-Amerika✔️

6. Kesalahan ejaan makanan
(a) koey tiau❌ kuetiau ✔️
(b) serunding ❌ serondeng✔️
(c) nasi impit❌ nasi himpit✔️

7. Kesalahan keselarasan vokal
(a) pelusuk❌ pelosok ✔️
(b) pelek❌ pelik✔️
(c) untok❌ untuk ✔️

8. ejaan bahasa Inggeris - bahasa Melayu
(a) stress❌ stres ✔️
(b) university ❌ universiti✔️
(c) experimen❌ eksperimen✔️

9. ejaan bahasa Arab - bahasa Melayu
(a) dakyah❌ diayah✔️
(b) istihar ❌ isytihar✔️
(c) taksub❌ taasub✔️

10. ejaan kata majmuk mantap
(a) setia usaha❌ setiausaha✔️
(b) jawatan kuasa ❌ jawatankuasa✔️
(c) pesuruh jaya❌ pesuruhjaya✔️