Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
17 February 2015
KESALAHAN TATABAHASA DALAM AYAT
Baca ayat di bawah dengan teliti, betulkan kesalahan tatabahasa pada perkataan yang dihuruftebalkan. Senaraikan kesalahan tersebut dan berikan jawapan yang paling tepat.
1. Kakak menerima sehelai surat daripada sahabatnya.
2. Hamizan melilit tali kepada gasingnya sebelum melontar
gasing itu ke tanah.
3. Kejayaan Nicole di dalam kejohanan Skuasy Dunia
baru-baru ini akan menjadi kenangan sepanjang hayatnya.
4. Kejayaan Azali Azlan memperolehi 21A dalam SPM baru-baru ini
disambut dengan perasaan gembira oleh keluarganya.
5. Sumbangan para-para karyawan amat besar dalam
memartabatkan bahasa Melayu di negara kita.
6. Kakak memandu kereta dia dengan berhati-hati ketika
melalui jalan yang berliku-liku itu.
7. Mak Cik Leha meminta
anak-anaknya memperbesarkan rumah
pusaka itu.
8. Para pemain bola sepak itu
kebanyakannya berasal daripada
kawasan pedalaman.
9. Kami berasa kekok ketika menghadiri ke majlis perkahwinan anak
majikan kami yang penuh istiadat dan dihadiri oleh orang kenamaan itu.
10. Encik Musa dan isterinya
masih berada di hospital kerana bedah siasat kepada jenazah anaknya masih belum selesai.
11. Kami sekelas terkejut bila mendengar bunyi dentuman yang kuat
dari arah jalan raya.
12. Cikgu Hayati sedang
menyemak buku latihan mata pelajaran bahasa
Malaysia pelajar-pelajarnya.
13. Buku kerja itu tidak sahaja sesuai kepada pelajar yang
akan menduduki peperiksaan tetapi juga kepada guru-guru.
14. Abang ke Putrajaya untuk
menghadiri temu duga bagi untuk mendapatkan
biasiswa pelajaran.
15. Gambar berukuran pasport
mesti dilekatkan oleh anda pada
borang permohonan ini.
16. Sejak kejadian semalam,
Anita menyedari akan dia telah
banyak berbuat salah terhadap adik tirinya.
17. Di dalam diam-diam, Azlan dan Nana telah melangsungkan perkahwinan
mereka.
18. Ayah dan ibu sedang sibuk
menyapu sampah di luar rumah, tetapi abang hanya duduk bermain mainan komputer.
19. Kakak memerah kain yang
dibilasnya itu setelah menyidai kain
tersebut di ampaian.
20. Pak Cik Uda turun angin apabila melihat pagar
kebunnya roboh dirempuh oleh kerbau Pak Mail.
21. Masalah yang berbangkit itu
akhirnya selesai setelah pengarah memberikan penjelasan yang panjang luas.
22. Jika dipandang seimbas pergi, pemuda itu mirip abang Atira.
23. Mereka kelihatan tercungap-cungap
ketika menaiki ke tangga Batu Caves
itu.
24. Masalah merokok di dalam kalangan pelajar perlu
ditangani dengan segera.
25. “Apakah kamu pasti bahawa Farid telah mengambil buku saya itu?”
tanya Aleeya kepada rakannya.
26. Dayang-dayang itu sedang
memetik bunga di taman rumah.
27. Penulis esei yang baik
biasanya akan memetik satu atau dua kata-kata
hikmat untuk menjadikan penulisan mereka lebih menarik.
28. Penyanyi ghazal itu sedang
belajar memetik jari untuk persembahan telah
datang.
29. Warna rambut Azli kelihatan
perang-perang setelah di
mewarnakannya di salun.
30. Walaupun perang Iran dengan
tentera bersekutu telah tamat, tetapi
rakyat negara itu masih menderita.
[30 markah]
Jika anda berminat untuk mendapatkan jawapannya, sila e-mel saya pada alamat cikgutancl@hotmail.com
11 February 2015
Latihan Kesalahan Ejan dan Imbuhan
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian betulkan 10 kesalahan
ejaan dan 10 kesalahan imbuhan dalam petikan di bawah. Anda tidak perlu menyalin
petikan di bawah ini,
Dalam pengertian biasa, darurat ialah keadaan luarbiasa yang
membenarkan hal yang melarang dalam keadaan biasa atau normal. Dari sisi
undang-undang, termasuk juga dari sisi hukum islam, itulah juga konsep dan
mengerti darurat
Dari segi prinsip, kuasa atau harus yang berpunca daripada darurat adalah
bertentangan dengan intisari dan tuntutan perlembagaan. Hal ini dikatakan
demikian kerana perlembagaan menekankan dan menuntut kuasa yang berhad,
manakala darurat mengijinkan kuasa yang tidak terbatas. Hal ini termasoklah
bergantung perlembagaan itu sendiri.
Pertentangan itu dengan sendirinya menekankan bahawa darurat merupakan
sesuatu yang tersifat sementara, iaitu berfungsi menangani keadaan yang
keritikal dan tidak terkawal oleh undang-undang biasa. Tegasnya, perlembagaan
membenarkan kuasa darurat atas alasan untuk menyelamatkan demokerasi dan bukan
berbaliknya
Kuasa darurat terkandung bawah Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara
150. Di bawah peruntukan ini, kuasa diisytiharkan darurat diletakkan di tangan
Yang Dipertuan Agong. Sama ada kuasa ini boleh digunakan melalui budi-bicara baginda
sendiri atau atas nasihat kerajaan, merupakan sesuatu yang tertarik untuk
dibincangkan. Meski pun begitu, dalam keadaan biasa kuasa darurat itu difahami
dalam konteks baginda bertindak atas nasihat beraja.
|
NO
|
KESALAHAN EJAAN
|
KESALAHAN IMBUHAN
|
|
1
|
luarbiasa àluar biasa
|
melarang àdilarang
|
|
2
|
islam àIslam
|
mengerti àpengertian
|
|
3
|
intisari àinti sari
|
harus àkeharusan
|
|
4
|
mengijinkan àmengizinkan
|
berhad àterhad
|
|
5
|
termasoklah àtermasuklah
|
bergantung àmenggantung
|
|
6
|
keritikal àkritikal
|
tersifat àbersifat
|
|
7
|
demokerasi àdemokrasi
|
berbaliknya àsebaliknya
|
|
8
|
Dipertuan àdi-Pertuan
|
diisytiharkan àmengisytiharkan
|
|
9
|
budi-bicara àbudi bicara
|
tertarik àmenarik
|
|
10
|
Meski pun àMeskipun
|
beraja àkerajaan
|
Jika anda berminat untuk mendapatkan jawapannya, hantarkan e-mel kepada saya (cikgutancl@hotmail.com)
21 January 2015
Kata "suci" yang perlu kita sucikan penggunaannya dalam bahasa Melayu.

suci
1. bersih (dr segi agama): makanan yg ~;
2.
tidak berdosa, tidak bernoda, kudus, nirmala, soleh: orang yg ~;
3.
bersifat keagamaan (ketuhanan): ayat ~; Kitab S~; Tanah S~ Mekah;
4.
bersih drpd sebarang kejahatan atau keburukan (niat, perasaan, dll), murni:
Tuhan hendak menyampaikan hajat hamba-Nya yg berniat ~ itu; hati yg ~;
5.
bersih atau bebas (drpd kotoran dll): wajib baginya menggantikan kembali puasa
yg tertinggal itu apabila ~ drpd haid;
6. sl
tidak kotor (semak), bersih;
bersuci
1.
membersihkan diri sebelum mengerjakan sembahyang, wuduk;
2.
membersihkan diri (drpd kekotoran): ~ drpd najis;
3.
hidup suci;
4. bp
berkhatan, bersunat;
menyucikan
1.
membersihkan diri (dr segi agama);
2. sl
membersihkan diri drpd kekotoran (semak samun dll): maka Bendahara dan
Laksamana pun menyuruh orang pergi ~ tanah itu;
3.
membersihkan drpd segala yg keji (hati, fikiran, perasaan), memurnikan, menguduskan:
hari ini orang meluhurkan jiwa, ~ hati selepas melalui percubaan Tuhan;
4.
menganggap suci (mulia): ada orang yg ~
anjing;
kesucian
perihal suci; persucian perihal
bersuci;
penyucian
perihal menyucikan, pembersihan; penyuci sesuatu yg digunakan ketika bersuci
atau utk menyucikan sesuatu.
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai dengan penggunaan imbuhannya.
Rumah ibadat ialah tempat yang ______________. Tempat ini merupakan titik pertemuan antara manusia yang sama agama dan ajaran-Nya. Walau bagaimanapun, ada segelintir masyarakat yang beranggapan bahawa mereka dapat _________________ diri apabila kerap berkunjung di rumah ibadat. Mereka juga beranggapan bahawa segala dosa mereka akan dapat dibersihkan dan amalan _______________ di rumah ibadat sudah disalahgunakan oleh mereka. Sebagai manusia, mereka tidak sedar bahawa kita hanya merancang, Tuhan yang menentukannya. Oleh sebab itu, ________________ seseorang bukan bergantung pada kekerapannya mengunjungi rumah ibadat, tetapi amal dan ibadahnya yang menentukan keimanannya untuk mengekang segala macam cabaran dan dosa dalam kehidupan. Oleh sebab itu, kita haruslah ___________ daripada segala najis dosa dan sentiasa ingat bahawa manusia ada asa, Tuhan ada kuasa.
Ingin akan jawapannya, e-mel saya cikgutancl@hotmail.com
Cikgu Tan CL
Ingin akan jawapannya, e-mel saya cikgutancl@hotmail.com
Cikgu Tan CL
15 January 2015
EJAAN INGGERIS "EX" KEPADA EJAAN BAHASA MELAYU "EKS"
Banyak calon peperiksaan di Malaysia dan pengguna bahasa sedar bahawa banyak perkataan yang kita pinjam daripada bahasa Inggeris. Antaranya ialah perkataan bahasa Inggeris yang berejaan awalan "ex". Antara seperti Exploration, Experiment, Extrem, Extra, Expedition, Exclusive dan banyak lagi.
Sebenarnya, perkataan-perkataan tersebut dalam ditulis dalam bahasa Melayu dengan mudah jika kita memahami konsepnya. Lihat contoh di bawah ini:
(1a) exploration (bahasa Inggeris)
(1b) eksplorasi (bahasa Melayu)
(2a) experiment (bahasa Inggeris)
(2b) eksperimen (bahasa Melayu)
(3a) extrem (bahasa Inggeris)
(3b) ekstrem (bahasa Melayu)
(4a) extra (bahasa Inggeris)
(4b) ekstra (bahasa Melayu)
(5a) expedition (bahasa Inggeris)
(5b) ekspedisi (bahasa Melayu)
(6a) exclusive (bahasa Inggeris)
(6b) eksklusif (bahasa Melayu)
Dengan penjelasan di atas, pengguna bahasa diharap agar tidak menghadapi masalah untuk mengeja perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris.
Bahasa Jiwa Bangsa!
Sebenarnya, perkataan-perkataan tersebut dalam ditulis dalam bahasa Melayu dengan mudah jika kita memahami konsepnya. Lihat contoh di bawah ini:
(1a) exploration (bahasa Inggeris)
(1b) eksplorasi (bahasa Melayu)
(2a) experiment (bahasa Inggeris)
(2b) eksperimen (bahasa Melayu)
(3a) extrem (bahasa Inggeris)
(3b) ekstrem (bahasa Melayu)
(4a) extra (bahasa Inggeris)
(4b) ekstra (bahasa Melayu)
(5a) expedition (bahasa Inggeris)
(5b) ekspedisi (bahasa Melayu)
(6a) exclusive (bahasa Inggeris)
(6b) eksklusif (bahasa Melayu)
Dengan penjelasan di atas, pengguna bahasa diharap agar tidak menghadapi masalah untuk mengeja perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris.
Bahasa Jiwa Bangsa!
26 November 2014
PEMBINAAN AYAT DENGAN PERIBAHASA - SPM
PEMBINAAN AYAT DENGAN PERIBAHASA
FORMULA A
Siapa + buat apa + peribahasa
contoh:
Murid-murid kelas 5A bekerjasama membersihkan kelas bagai aur dengan tebing.
FORMULA B
Oleh
sebab + peribahasa + siapa + buat apa
Contoh: Oleh sebab di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan, Ali telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk
mencapai keputusan SPM yang cemerlang.
FORMULA C
Siapa
+ berpegang pada prinsip + peribahasa + telah + buat apa
Contoh: Fauzi
yang berpegang pada prinsip biar putih tulang, jangan putih mata telah
menyertai pasukan tentera demi mempertahankan kedaulatan negara.
FORMULA D
Kita
mestilah + buat apa + kerana + peribahasa
Contoh: Kita
mestilah makan makanan yang seimbang untuk mengelakkan penyakit berbahaya
kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
6 October 2014
10 September 2014
SENARAI PERIBAHASA UNTUK SOALAN SPM SEBENAR 2005 - 2011
|
SENARAI PERIBAHASA UNTUK SOALAN SPM SEBENAR 2005 - 2011
|
||
|
NO
|
PERIBAHASA
|
MAKSUD
|
|
1
|
bagai aur dengan tebing
|
bekerjasama dan menjalin hubungan yang erat
|
|
2
|
a)
bagai dakwat
dengan kertas
b)
bagai isi dengan
kuku
|
hubungan yang rapat dan tidak dalam dipisahkan lagi
|
|
3
|
a)
bagai ikan pulang
ke lubuk
b)
bagai belut
pulang ke lumpur
c)
bagai sirih
pulang ke gagang
d)
bagai gagak
pulang ke benua
e)
setinggi-tinggi
terbangnya bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
|
orang yang merantau (pergi ke sesuatu tempat) akhirnya kembali ke tempat
asal
|
|
4
|
bagai menatang minyak yang penuh
|
menjaga anak dengan kasih sayang dan penuh perhatian
|
|
5
|
a)
bagai pinang
dibelah dua
b)
bagai cincin
dengan permata
|
pasangan yang sepadan dan secocok
|
|
6
|
a)
bahasa jiwa
bangsa
b)
bahasa
menunjukkan bangsa
c)
hilang bahasa lenyaplah
bangsa
|
bahasa merupakan identiti sesuatu bangsa yang harus digunakan dengan
betul
|
|
7
|
benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
|
seseorang yang berasal daripada keturunan yang baik, ke mana-mana pun
akan menjadi baik
|
|
8
|
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
|
hanya orang yang menanggung penderitaan tahu akan keperitannya
|
|
9
|
a)
bertepuk sebelah
tangan tidak akan berbunyi
b)
pokok tidak akan
bergoyang kalau angin tidak bertiup
|
sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya
|
|
10
|
a)
di mana bumi
dipijak, di situlah langit dijunjung
b)
masuk ke kandang
kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak
|
menghormati adat resam dan kebudayaan di tempat yang kita tujui
|
|
11
|
a)
hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah
b)
berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing
c)
ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni
d)
terendam sama
basah, terampai sama kering
|
sama-sama menghadapi kesusahan dan kesenangan
|
|
12
|
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
|
orang yang ingin membuat sesuatu akan berusaha untuk melakukannya
manakala orang yang tidak mahu membuat sesuatu akan memberikan alasan atau
berdolak-dalik apabila disuruh membuat sesuatu.
|
|
13
|
jauh perjalanan luas pemandangan
|
pengalaman dapat ditimba melalui pelancongan atau penjelajahan ke luar
negara
|
|
14
|
mata pena lebih tajam daripada mata pedang
|
kata-kata seseorang atau hasil tulisan dalam media memberikan kesan yang
lebih baik.
|
|
15
|
a)
muafakat membawa
berkat
b)
bersekutu
bertambah mutu
c)
bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat
|
Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh.
|
|
16
|
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
|
golongan muda merupakan tenaga muda yang penting untuk membangunkan
negara
|
|
17
|
seperti air dalam kolam
|
perasaan tenang
|
|
18
|
seperti burung di dalam sangkar emas
|
hidup mewah tetapi tidak mendapat kebebasan
|
|
19
|
ukur baju di badan sendiri
|
perbelanjaan haruslah bersesuaian dengan pendapatan kita
|
|
20
|
a)
usaha tangga
kejayaan
b)
asal ditugal
adalah benih
c)
rajin usaha
tangga kejayaan
|
manusia yang gigih berusaha akan mencapai kecemerlangan dan kejayaan
dalam bidang yang diceburinya.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)