Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian betulkan 10 kesalahan
ejaan dan 10 kesalahan imbuhan dalam petikan di bawah. Anda tidak perlu menyalin
petikan di bawah ini,
Dalam pengertian biasa, darurat ialah keadaan luarbiasa yang
membenarkan hal yang melarang dalam keadaan biasa atau normal. Dari sisi
undang-undang, termasuk juga dari sisi hukum islam, itulah juga konsep dan
mengerti darurat
Dari segi prinsip, kuasa atau harus yang berpunca daripada darurat adalah
bertentangan dengan intisari dan tuntutan perlembagaan. Hal ini dikatakan
demikian kerana perlembagaan menekankan dan menuntut kuasa yang berhad,
manakala darurat mengijinkan kuasa yang tidak terbatas. Hal ini termasoklah
bergantung perlembagaan itu sendiri.
Pertentangan itu dengan sendirinya menekankan bahawa darurat merupakan
sesuatu yang tersifat sementara, iaitu berfungsi menangani keadaan yang
keritikal dan tidak terkawal oleh undang-undang biasa. Tegasnya, perlembagaan
membenarkan kuasa darurat atas alasan untuk menyelamatkan demokerasi dan bukan
berbaliknya
Kuasa darurat terkandung bawah Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara
150. Di bawah peruntukan ini, kuasa diisytiharkan darurat diletakkan di tangan
Yang Dipertuan Agong. Sama ada kuasa ini boleh digunakan melalui budi-bicara baginda
sendiri atau atas nasihat kerajaan, merupakan sesuatu yang tertarik untuk
dibincangkan. Meski pun begitu, dalam keadaan biasa kuasa darurat itu difahami
dalam konteks baginda bertindak atas nasihat beraja.
NO
|
KESALAHAN EJAAN
|
KESALAHAN IMBUHAN
|
1
|
luarbiasa àluar biasa
|
melarang àdilarang
|
2
|
islam àIslam
|
mengerti àpengertian
|
3
|
intisari àinti sari
|
harus àkeharusan
|
4
|
mengijinkan àmengizinkan
|
berhad àterhad
|
5
|
termasoklah àtermasuklah
|
bergantung àmenggantung
|
6
|
keritikal àkritikal
|
tersifat àbersifat
|
7
|
demokerasi àdemokrasi
|
berbaliknya àsebaliknya
|
8
|
Dipertuan àdi-Pertuan
|
diisytiharkan àmengisytiharkan
|
9
|
budi-bicara àbudi bicara
|
tertarik àmenarik
|
10
|
Meski pun àMeskipun
|
beraja àkerajaan
|
Jika anda berminat untuk mendapatkan jawapannya, hantarkan e-mel kepada saya (cikgutancl@hotmail.com)
No comments:
Post a Comment