Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

18 January 2023

KEISTIMEWAAN MALAYSIA

 Negara Malaysia terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan yang sering menjadi pilihan utama pelancong seluruh dunia. Ramai pelancong memilih Malaysia sebagai destinasi percutian utama sekeluarga. Jarak Malaysia yang agak jauh dari benua Eropah tidak menjadi penghalang kepada pelancong yang ingin mengunjungi negara kita yang penuh dengan daya tarikan ini. Selaras dengan peribahasa Melayu hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, para pelancong sanggup menempuh penerbangan jauh semata-mata untuk menyaksikan keunikan Malaysia dengan mata kepala sendiri. Soalnya, apakah keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di negara Malaysia yang begitu menarik sehingga mengundang para pelancong?

Pertamanya, Malaysia istimewa sekali kerana memiliki pantai yang bersih lagi cantik. Pemandangan pantai yang indah digabungkan dengan cuaca yang panas dan lembap merupakan sebab utama pantai negara kita sering disenaraikan dalam katalog Pantai-pantai Tercantik di dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana Malaysia terletak di garisan khatulistiwa yang menjamin iklim tropikanya sepanjang tahun. Sebagai contohnya, Pantai Cenang di Langkawi yang popular dalam kalangan pelancong disebabkan oleh keindahan pemandangan matahari terbenam dan pasir putih yang berkilauan di Pulau Redang membuatkan para pelancong berasa teruja dan berpuas hati dengan destinasi pelancongan mereka kerana keunikannya memang terserlah serta bukanlah indah khabar daripada rupa sahaja. Kesannya, peningkatan jumlah pelancong yang bercuti di pantai-pantai Malaysia memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk kita. Tuntasnya, kita mengetahui bahawa pantai yang bersih dan cantik merupakan keistimewaan di negara Malaysia. 
Seterusnya, Malaysia bertuah kerana dikurniakan pelbagai jenis makanan tempatan yang sangat unik. Tarikannya terletak pada sajian istimewa daripada pelbagai air tangan bangsa dan kebudayaan yang diwarisi secara turun-temurun. Kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta, maka para pelancong yang menjejakkan kaki di tanah air kita mestilah mengenali makanan di Malaysia sebagai langkah pertama menghayati budaya negara kita yang berbilang bangsa. Misalnya, sate, lemang, mi goreng mamak, makanan laut, kuetiau goreng dan nasi lemak merupakan antara juadah seharian masyarakat tempatan yang digemari oleh ramai pelancong. Hasilnya, masakan tradisional menjadi produk pelancongan yang utama dan kerap menghiasi video pelancongan yang ditayangkan di pameran pelancongan pada peringkat antarabangsa. Pokoknya, jelaslah kepada kita bahawa pelbagai jenis makanan tempatan menjadikan Malaysia sangat istimewa di mata dunia. 
Di samping itu, kemudahan pengangkutan awam termoden ialah keistimewaan Malaysia yang sering kita terlepas pandang. Kemudahan tersebut memberikan kebebasan kepada pelancong untuk bergerak ke mana-mana tanpa memerlukan pihak hotel untuk mengaturkan pengangkutan khas untuk mereka. Sebagai contohnya, sistem tren komuter, sistem tren elektronik, kapal terbang, teksi dan bas merupakan antara pengangkutan awam yang sentiasa sedia untuk digunakan oleh para pelancong mahupun penduduk tempatan. Kemudahan tersebut turut memudahkan jurupandu pelancongan membawa pelancong ke pusat pelancongan malah menjimatkan perbelanjaan kerana kosnya rendah. Selaras dengan bajet percutian mereka, para pelancong dapat berbelanja mengikut kemampuan masing-masing persis kata mutiara ukur baju di badan sendiri sewaktu memilih sistem pengangkutan awam agar tidak melebihi perancangan perbelanjaan mereka. Sesungguhnya, sudah terbukti bahawa negara Malaysia makin istimewa di dalam hati pelancong kerana kemudahan pengangkutan awam yang disediakan ini. 
Akhirulkalam, industri pelancongan Malaysia perlu dimajukan dengan semua keistimewaan di atas agar potensi sektor pelancongan negara mampu dimaksimumkan untuk menguntungkan ekonomi tempatan. Rakyat negara disarankan agar menjaga kebersihan watan tercinta terutamanya di lokasi tumpuan pelancong, memelihara kebudayaan yang diwarisi daripada nenek moyang agar tidak lapuk ditelan zaman serta menjaga kesopanan antara satu sama lain khususnya apabila berhadapan dengan para pelancong. Dengan kerjasama antara pihak kerajaan dan para rakyat, diharapkan bahawa Malaysia pasti mampu menjadi pusat pelancongan utama di peta dunia dan dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara jiran kita. Tegasnya, semua pihak wajarlah mengetahui semua keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan supaya dapat membawa kepada peningkatan kemajuan dalam sektor pelancongan tempatan. 

4 comments:

Ye Ke Begitu said...

Malaysia terbaik cikgu berbilang bahasa dan penuh dengan perpaduan

Signature
my blog
Ye Ke Begitu

Doakan saya selamat said...

Assalamualaikum...MOHON BANTUAN DATO, TUAN, PUAN DAN RAKYAT MALAYSIA.

SAYA MOHON KETUA PENJENAYAH KAWASAN LEMAL DI TAHAN DAN DIKENAKAN HUKUMAN.

NAMA: ERZAWANIE BINTI KAMARUZZAMAN
( NO.I/C: 840918-03-5728 ) DAN BEBERAPA KUMPULAN ORANG LAGI (RAKAN ERZAWANIE YANG DIBAYAR UPAH SETIAP BULAN) TINGGAL BERKUMPULAN, DI ALAMAT RUMAH W3/263 JALAN LEMAL, 17000 PASIR MAS, KELANTAN, DAN DI SEBUAH RUMAH LAGI.

DEMI ALLAH, SAYA MEMOHON BANTUAN TUAN, PUAN DAN RAKYAT MALAYSIA KERANA SAYA BERSEORANGAN BERHADAPAN DENGAN 2 KUMPULAN ERZAWANIE.

Dalam kumpulan 1 (ERZAWANIE, AIZAD, ERMIZAL, SUHAZLI, POK NIK, POK DANN, DIN, MIE DAN BEBERAPA ORANG LAGI TIADA DIDALAM GAMBAR) : Di arah melakukan santau bahagian luar badan, Mata,Hidung,Telinga,Muka, Mulut dan Rasukan berkumpulan 24 jam setiap hari, tuan puan.

Kumpulan 2 ( SYAIFUL,YATI DAN BEBERAPA ORANG LAGI YANG TIADA DI DALAM GAMBAR) : Di arah melakukan santau bahagian dalam badan menyebabkan paru-paru menjadi kempis sebelum batuk² dan bersin yang sangat pelik dan rasukan berkumpulan 24 jam setiap hari.

UNTUK PENGETAHUAN DATO TUAN PUAN, ADA ANGGOTA P*LIS YANG TERLIBAT DENGAN KUMPULAN INI.

BANTULAH DATO TUAN PUAN, SUPAYA ANGGOTA P*LIS YANG TERLIBAT DAN KUMPULAN PENJENAYAH ERZAWANIE DIKENAKAN HUKUMAN BERAT.

- ERZAWANIE DAN KUMPULANNYA MELETAKKAN 2 CAMERA CCTV YANG MEMPUNYAI SAMBUNGAN INTERNET, MENGHALA KE ARAH RUMAH SAYA.

-SAYA TERPAKSA MENYOROK SETIAP KALI UNTUK KELUAR RUMAH BAGI MENGELAKKAN GAMBAR SAYA DIRAKAM OLEH CCTV ERZAWANIE.

ERZAWANIE DAN KUMPULANNYA MENGUMPUL BANYAK GAMBAR DAN VIDEO UNTUK MELAKUKAN PERBUATAN YANG KEJAM INI.

DATO TUAN PUAN, SAYA DISEKSA OLEH ERZAWANIE DAN KUMPULANNYA MELEBIHI 15 TAHUN.
BERSAKSIKAN TUAN PUAN, JIKA BERLAKU SESUATU YANG BURUK KEATAS SAYA, ERZAWANIE DAN KUMPULAN ADALAH MANUSIA YANG PALING ZALIM DI MALAYSIA.

- ERMIZAL BIN KAMARUZAMAN, AIZAD BIN KAMARUZMAN DAN SUHAZLI BIN MUHAMAD, SELALU MENGHALANGI LALUAN JALAN, MEMBUAT BISING DAN BERGADUH.

- AHLI KELUARGA ERZAWANIE LAIN YANG TURUT TERLIBAT DENGAN KUMPULAN JENAYAH: (KAMARUZAMAN BIN OTHMAN - KG SUNGAI ULAR PAHANG ) ERMIZAL, AIZAD, SUHAZLI BIN MOHAMAD, AISYA RINI, SITI AMINAH, DANIEL BIN ROSHDI ,
( MEREKA MENIPU WANG JIRAN PULUHAN RIBU, BERGADUH DI SURAU DAN MELONTAR MERCUN KE DALAM RUMAH JIRAN)

JIKA TUAN PUAN MELALUI JALAN LEMAL PUKUL 12 MALAM KE 5 PAGI, TUAN PUAN AKAN MELIHAT LAMPU RUMAH ERZAWANIE BERTUKAR-TUKAR CERAH SETIAP HARI.

-ERZAWANIE DAN KUMPULANNYA AKAN BERGILIRAN MENYERANG SAYA, SETIAP HARI DENGAN CARA SANTAU KEMUDIAN RASUK BERKUMPULAN (KUNCI&TEBUK) SEHINGGA SAYA MENJERIT KESAKITAN (KELUAR DARAH, PAKU,JARUM,TULANG KECIL,BESI TAJAM,KUKU).

SAYA TIDAK DIBENARKAN BERBARING TIDUR, HANYA BOLEH DUDUK DIKERUSI DARI WAKTU MALAM SEHINGGA KE WAKTU PAGI PADA MASA TU ADA PERGERAKAN DAN CUCUKAN PADA BAHAGIAN MUKA. JIKA SAYA BARINGKAN BADAN, SAYA AKAN DISANTAU DIBAHAGIAAN PARU-PARU MENYEBABKAN SAYA BATUK YANG PANJANG SEHINGGA KEMPIS PARU-PARU, DARI WAKTU MALAM SEHINGGA KE PAGI. BERSEN SEHINGGA BERPELUH-PELUH PANAS.

KOORDINAT GOOGLE MAPS RUMAH ERZAWANIE = 6.035569,102.140852

KENDERAAN ERZAWANIE, ERMIZAL, SUHAZLI, AIZAD & GRP:
(HONDA CITY_SILVER_WNF 3084) (PROTON FLX_KELABU_DDQ1587)
(PERODUA AXIA_HITAM_DCY1137) (PERODUA VIVA_HITAM_DBA2538)
(HONDA EX5_WDC 1093) (YAMAYA Y150ZR_VEU1137)

SAYA BERSUJUD TOLONGLA YA ALLAH.
SAYA MOHON BELAS KASIHAN TUAN PUAN DAN RAKYAT MALAYSIA MEMBANTU MEMBEBASKAN SAYA KERANA TIDAK MAHU DIBUNUH OLEH ERZAWANIE DAN KUMPULAN.


Saya Sertakan Gambar Bukti*

https://drive.google.com/file/d/122eqLUq8QBxjvu7p62Y73YjbyjYnwVL3/view?usp=drivesdk

https://drive.google.com/file/d/12fYX09xnCkViooowcSUiwwa5vb40fZCC/view?usp=drivesdk

https://drive.google.com/file/d/12zq9f013N7cauDW3FudHDg7qoooE6CoA/view?usp=drivesdk

https://drive.google.com/file/d/12BFCTzPMvSmBNe6NzQisrpx7O89FF3Jw/view?usp=drivesdk

https://drive.google.com/file/d/12cxzTG8CTSBsemSZwfrGYtiysbs-tj4l/view?usp=drivesdk

https://drive.google.com/file/d/11zOIOfItdat7tjC_hK5xDAVOy8roeVrZ/view?usp=drivesdk

https://drive.google.com/file/d/11uoHofCi_G3sT_R590i3N32BBWTMPJOg/view?usp=drivesdk

Anonymous said...

Terima kasih cikgu

Yana said...

Malaysia adalah negara yang aman dan harmoni kerana hidup berbilang kaum dan bersepakat untuk menjaga negara daripada dijajah.