Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

10 November 2022

Penggunaan “dalam” sebagai kata hubung dalam ayat majmuk.

 Penggunaan “dalam” sebagai kata hubung dalam ayat majmuk.

Pengguna bahasa semakin hari semakin merojakkan fungsi kata sendi nama dengan kata hubung. Oleh sebab itu, mereka menyalahgunakan “dalam” sebagai kata hubung dalam ayat. Sebagai contohnya, lihat ayat di bawah.
(1) Sharifah berjumpa dengan ibu bapa dalam mengatasi masalah keciciran murid. ❌
Ayat di atas menggunakan kata sendi “dalam” yang sebenarnya harus diikuti kata nama. Oleh sebab itu, penggunaan “dalam” dibenarkan dengan syarat diikuti kata nama seperti “usaha” seperti yang berikut.
(1a) Sharifah berjumpa dengan ibu bapa dalam usaha mengatasi masalah keciciran murid. ✅
Adakah kata sendi nama “dalam” boleh ditukar kepada kata hubung pancangan keterangan tujuan? Jawabannya tentu boleh. Lihat perubahannya di bawah.
(1b) Sharifah berjumpa dengan ibu bapa untuk mengatasi masalah keciciran murid. ✅
(1c) Sharifah berjumpa dengan ibu bapa bagi mengatasi masalah keciciran murid. ✅
(1d) Sharifah berjumpa dengan ibu bapa demi mengatasi masalah keciciran murid. ✅
Di samping kata hubung pancangan keterangan tujuan, kita juga boleh menggunakan kata hubung pancangan keterangan harapan untuk ayat di atas. Hal ini dikatakan demikian kerana kedua-dua kata hubung ini sesuai dengan konteks makna dan maksud ayat. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap tujuan ada harapannya. Lihat sampel ayat gramatis di bawah.
(1e) Sharifah berjumpa dengan ibu bapa agar dapat mengatasi masalah keciciran murid. ✅
(1f) Sharifah berjumpa dengan ibu bapa supaya dapat mengatasi masalah keciciran murid. ✅
Oleh sebab itu, banyak kata hubung yang lebih tepat dapat digunakan jika dibandingkan dengan kata sendi nama “dalam” yang diikuti kata kerja. Gunakan kata sendi nama “dalam” dalam konteks yang lebih sesuai, yakni diikuti kata nama. Lihat contoh ayat di bawah.
(2) Sharifah berjaya dalam temu duga kenaikan pangkat.
(3) Masalah sosial dalam kalangan murid semakin hari semakin serius.
(4) Dalam pertemuan itu, kedua-dua orang penjaga berjanji untuk berdamai.
“Dalam” juga mempunyai makna “arah” iaitu ditulis selepas kata sendi nama “di” atau “ke” yang membawa makna arah untuk sesuatu kawasan yang mempunyai ruang.
(5) Meganathan masuk ke dalam dewan peperiksaan.
(6) Rohaiza berada di dalam bilik pengarah urusan.
Sama-sama kita belajar.

2 comments:

Pedro said...

🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏🚏
TAKE A MINUTE OF YOUR TIME TO READ THIS.
This is my story and how one person changed my life for good. I lost my job and there was no hope for me. I suffered looking for a job and luckily I came across Mr Mark Toray on a review about Forex, NFT, Binary, and Crypto trade. I borrowed $1000 from a colleague to invest with Mr Mark, thank goodness I made a profit of $10,500 on the first week, reinvested $2000, and cashed out the remaining balance directly to my bank account. I was able to pay my friend, and convinced him to invest as well. all this happens within a week. I'm very grateful to him for helping me manage my trading account. I will advise all of you who want to invest for the future and a better tomorrow should start with Mr Mark Toray. Some might think this is a joke, but a trial won't hurt. Give this a try and come back to thank me after. Contact him via: Telegram: @Mark4toray_fx, Email: Marktoray8@gmail.com

J. S. Vila said...

Malasia is a very far country in the pacific ocean. But if one day you wants to visit the island of Mallorca in Spain https://turismomallorcae.blogspot.com. Gives you a good idea about what you can see and to have joy in the island.