Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

14 October 2022

ISI TEMPAT KOSONG DALAM KARANGAN

 

Baca petikan di bawah kemudian, isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai berdasarkan perkataan di dalam kotak di bawah.

 

perbincangan

menarik

produk

pengangkutan

kebudayaan

merupakan

Khatulistiwa

tren

kedudukan

keistimewaan

bertanggungjawab

menyenangkan

terkenal

mengenali

kerjasama

persisiran

destinasi

kesopanan

memilih

keindahan

 

Dalam meniti arus kemodenan ini, Malaysia _________________ sebuah negara yang mempunyai keunikan dan keindahan alam yang _________________ sebagai destinasi pelancongan. Malaysia memang terkenal dengan banyak keistimewaan yang menjadi pilihan utama pelancong. Walaupun jarak Malaysia jauh dari Eropah, pelancong tetap _________________ Malaysia sebagai destinasi ideal percutian utama sekeluarga. Walau betapa sukar sekalipun, keadaan ini bukan penghalang kepada pelancong bak peribahasa Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Persoalannya, apakah _________________ yang ada di Malaysia sebagai destinasi pelancongan?

           Sebagai mukadimah _________________, sememangnya Malaysia sangat istimewa sekali kerana memiliki beberapa pantai yang bersih, cantik dengan cuaca yang panas dan lembap. Hal ini dikatakan demikian kerana _________________ Geografi Malaysia terletak pada Garisan _________________ dengan Iklim Tropika sepanjang tahun. Sebagai contohnya, Pantai Cenang di Langkawi dan pasir putih yang berkilauan di Pulau Redang merupakan antara _________________ pelancongan yang kerap dibanjiri oleh pelancong. Para pelancong teruja dan berpuas hati setelah melihat _________________ pantai tersebut dan bukanlah indah khabar daripada rupa. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa perniagaan kecil seperti menjual makanan dan buah tangan di _________________ pantai. Kesannya, keadaan ini dapat memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk Negara kita. Tegasnya, pantai yang bersih dan cantik serta dengan udara yang nyaman merupakan keistimewaan di Negara Malaysia.

          Selain itu, Malaysia dikurniakan dengan pelbagai jenis makanan tempatan yang sangat unik dan sajian istimewa tersebut dibuat daripada pelbagai air tangan bangsa dan _________________. Para pelancong boleh menikmati pelbagai jenis juadah yang kaya dengan rempah-ratus bak kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Dengan itu para pelancong dapat _________________ dan menikmati makanan di Malaysia. Contohnya, nasi lemak, kuetiau goreng, sate, lemang dan sebagainya menjadi _________________ pelancongan yang utama, Bukan itu sahaja, media massa boleh menghiasi promo video pelancongan dengan pelbagai juadah yang lazat bagi _________________ perhatian para pelancongan dan mencubainya. Izharnya, pelbagai jenis makanan tempatan menjadikan Malaysia sangat istimewa.

          Di samping itu, keistimewaan Malaysia yang seterusnya ialah kemudahan _________________ awam termoden dan kondusif. Kemudahan awam memang sangat penting bagi memudahkan perjalanan mereka ketika melancong ke mana-mana destinasi. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai system tren komuter, sistem _________________ elektronik, bas percuma, kemudahan e-panggilan “Grab Car” dan lain-lain lagi. Jika para pelancong ingin menjimatkan kos perbelanjaan mereka, kemudahan awam merupakan pilihan yang bijak kerana dapat _________________ pergerakan para pelancong persis kata orang tua-tua, ukur baju di badan sendiri, sewaktu memilih pengangkutan awam. Saya ingin menegaskan bahawa kemudahan awam yang berkualiti dan selesa makin istimewa di hati pelancong.

           Kesimpulannya, bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak daya tarikan di Malaysia sebagai destinasi pelancongan, Industri pelancongan perlu dimajukan dengan semua keistimewaan yang dirungkaikan seperti di atas kerana mampu memberikan pulangan yang lumayan terhadap ekonomi negara. Lantaran ini, semua pihak harus memberikan _________________ menjaga kebersihan kawasan sekeliling, memelihara kebudayaan bangsa Malaysia dan menjaga _________________ diri sebagai seorang rakyat yang _________________. Semoga dengan adanya usaha sederap ini, Malaysia mampu menjadi pusat pelancongan utama di persada dunia agar dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara jiran kita. Jelaslah bahawa kita harus mengetahui semua keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

1 comment:

CIKGU TAN CL said...

HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.