Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

6 January 2022

Imbuhan pinjaman pasca-

Poster, iklan, tajuk akhbar, siaran media dan siaran seumpamanya sering kali menggunakan imbuhan pinjaman “pasca-“ dengan ejaan yang salah, iaitu memisahkannya dengan perkataan selepas imbuhan pinjaman itu. Secara asasnya, imbuhan tidak dapat berdiri sendiri. Imbuhan memerlukan kata nama, kata kerj, dan kata adjektif untuk menerbitkan maknanya. Contoh yang paling mudah ialah imbuhan “mem-“ tidak boleh boleh dipisahkan daripada kata kerja “baca”. Maka, “mem baca” atau “mem-baca” tidak tepat. Yang tepat ialah “membaca”.

Hal ini sama seperti imbuhan asing yang lain seperti pra-, poli-, tata- dan banyak lagi. Oleh sebab itu, ejaan yang betul ialah prabayar, bukan “pra-bayar” atau “pra bayar”. Oleh hal yang demikian, “pasca banjir” dan “pasca-banjir” perlu dieja dan ditulis “pascabanjir”. Imbuhan pinjaman “pasca” berlawanan dengan “pra-“. Lihat contoh di bawah.
prabayar X pascabayar (bahasa Melayu)
prepaid X postpaid (bahasa Inggeris)
pramatang X pascamatang
praperhimpunan X pascaperhimpunan
pramerdeka X pascamerdeka
pramajlis X pascamajlis
prapelancaran X pascapelancaran
Petunjuk: Tanda “X” membawa makna “berlawanan dengan”.
Pada masa yang sama, istilah “pascanilai” juga disamaertikan dengan istilah “post-mortem”. Oleh sebab itu, pengguna bahasa harus menggunakan konsep dan mengaplikasikan tatabahasa yang sama pada setiap perkataan yang menerima imbuhan pinjaman. Dengan berbuat begitu, kesalahan ejaan dapat dielakkan. Pembetulan perlu dibuat demi memartabatkan bahasa kebangsaan. Jika anda berasa malu apakala tersilap mengeja perkataan berbahasa Inggeris, malu lagilah kita sebagai rakyat Malaysia kerana gagal menguasai bahasa kebangsaan.

No comments: