Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

14 April 2021

KEAJAIBAN KATA BANTU

 KEAJAIBAN KATA BANTU

Kata bantu ialah kata tugas (kelompok kata prafrasa dan kata pascakata) yang sangat menarik. Hal ini dikatakan demikian kerana fungsi-fungsinya boleh menyebabkan sesuatu kelas kata itu dikenal pasti dan dikelirukan. Di sinilah pengganggu/ (distractor) dalam soalan tatabahasa dapat dijanakan.
Dalam halaman 258, Tatabahasa Dewan, kata bantu bertugas untuk membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu dan ragam. Oleh sebab itu, kata bantu dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek (berkenaan masa) dan kata bantu ragam.
(i) Kata bantu dengan kata kerja.
(a) Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.
(b) Ramai pemuda mahu bekerja sendiri.
(c) Kakak sudah balik dari pejabat.
(ii) Kata bantu dengan kata adjektif.
(a) Awak harus cepat supaya tidak ketinggalan bas.
(b) Kanak-kanak itu sudah sihat.
(c) Wanita itu patut bijak membuat keputusan.
(iii) kata bantu dengan kata sendi nama
(a) Ibu akan ke pejabat esok.
(b) Ayah masih di sekolah kerana bertugas.
(c) Guru itu hendak ke bilik pengetua.
Demikianlah indahnya kata bantu yang mampu memesrakan diri dengan pelbagai frasa. Banyak pengguna bahasa yang keliru apabila kata bantu ditulis dalam ayat yang digubal menjadi soalan sintaksis untuk pengenalpastian subjek dan predikat mahupun pola ayat. Ingat, kata bantu tidak boleh menerima disambut kata nama.

No comments: