Modul nota dan latihan bulanan yang saya tulis saban tahun kembali menghiasi ruang belajar di rumah anda. Nota yang lengkap dan latihan yang pelbagai aras semestinya tidak akan mengecewakan anda. Jawaban juga disediakan dalam bentuk kod QR dengan video pengajaran dan penjelasan saya sebagai penulis buku. Setiap bahagian dalam pentaksiran disentuh dan diukir dalam pelbagai cara berpandukan buku teks dan dskp serta trend penggubalan terkini untuk memberikan pengetahuan dan pengalaman baharu kepada anak-anak. Buku ini sesuai untuk semua murid, guru, dan ibu bapa yang mahu mempraktikkan konsep pembelajaran sendiri dan menjalankan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Harganya RM10 sahaja senaskhah dan mampu milik serta dapat dimiliki segera melalui shopee dengan pautan di bawah:
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
No comments:
Post a Comment