UJANA SINTAKSIS 1
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat
tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).
1.
Aishah anak sulung guru
Matematik sekolah kami.
POLA AYAT: (FN+FN)
2.
Saya yakin bahawa
rakan-rakan sekelas saya sangat rajin.
POLA AYAT: (FN+FA)
3.
Rombongan yang
akan menyertai ekspedisi berkayak telah
bertolak.
POLA AYAT: (FN+FK)
4.
Yang belum ke
sekolah lagi ialah adik
kerana baru berusia tiga tahun.
POLA AYAT: (FN+FN)
5.
Seorang pelajar akan ke Kuala
Lumpur bersama-sama rombongan itu.
POLA AYAT: (FN+FS)
6.
Semua lapan orang
anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas.
POLA AYAT: (FN+FA)
7.
Beberapa ekor
burung merpati sedang makan padi di
jemuran Mak Teh.
POLA AYAT: (FN+FK)
8.
Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari
kampungnya.
POLA AYAT: (FN+FS)
9.
Pelajar baharu kelas itu
bernama Ariana Zafirah.
POLA AYAT: (FN+FK)
10. Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya.
POLA AYAT: (FN+FN)
11. Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda.
POLA AYAT: (FN+FS)
12. Dari negara Jepun kebanyakan pengunjung ke pameran itu.
POLA AYAT: (FN+FS)
13. Semua pemain sepak takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia.
POLA AYAT: (FN+FS)
14. Pelumba basikal yang sedang kami tunggu itu
amat gigih.
POLA AYAT: (FN+FA)
15. Guru yang sedang berkursus di Kuala Lumpur
ialah Cikgu Zakaria.
POLA AYAT: (FN+FN)
16. Amat terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini.
POLA AYAT: (FN+FA)
17. Penuntut yang terlibat dalam kemalangan
itu seorang pelajar Cina.
POLA AYAT: (FN+FN)
18. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai
pengembara yang hebat.
POLA AYAT: (FN+FK)
19. Askar Melayu
yang membuat tasik
di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin.
POLA AYAT: (FN+FA)
20. Kapal Phinisi itu daripada hasil tangan
kaum Banjar di Bulukumba.
POLA AYAT: (FN+FS)
21. Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu
cantik sungguh.
POLA AYAT: (FN+FA)
22. Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah
gugur.
POLA AYAT: (FN+FK)
23. Semua perkakas di dalam bilik darjah
sekolah kami daripada kayu jati.
POLA AYAT: (FN+FS)
24. Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat
Rashid.
POLA AYAT: (FN+FN)
25. Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.
POLA AYAT: (FN+FA)
26. Dua sisir sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal.
POLA AYAT: (FN+FK)
27. Basikal pam angin yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis Raleigh.
POLA AYAT: (FN+FN)
28. Pengawal
peribadi menteri yang baru
bersara itu dari kampung saya.
POLA AYAT: (FN+FS)
29. Kayu
pembaris kepunyaan abang
Foo Ying dipinjamkan kepada cikgu.
POLA AYAT: (FN+FK)
30. Kereta lama yang tidak boleh bergerak
lagi kerana kehabisan minyak pelincir itu
kepunyaan abang David.
POLA AYAT: (FN+FN)
31. Ayah Hafiz ke kedai membeli getah pemadam untuk anaknya.
POLA AYAT: (FN+FS)
32. Umur batu penanda di jalan raya itu cukup tua.
POLA AYAT: (FN+FA)
33. Lebah betina
yang menyengat
budak kecil itu akhirnya telah mati dipukul.
POLA AYAT: (FN+FK)
34. Mereka ke kampung itu untuk melihat kambing jantan Pak Manaf yang berkaki lima.
POLA AYAT: (FN+FS)
35. Gerabak kereta api untuk penumpang perempuan sahaja itu
sungguh cantik.
POLA AYAT: (FN+FA)
36. Penduduk rumah pangsa yang berhijrah ke
bandar untuk mencari kerja kaum lelaki
belaka.
POLA AYAT: (FN+FN)
37. Bantuan ini untuk orang kampung yang menjadi mangsa
banjir.
POLA AYAT: (FN+FS)
38. Ketua negara itu sentiasa mengingatkan penghuni kota supaya berdikari.
POLA AYAT: (FN+FK)
39. Bilangan anak bandar yang tidak mengetahui nama pokok itu sedikit sekali.
POLA AYAT: (FN+FA)
40. Yang bergotong-royong membersihkan kawasan pinggiran itu orang Kampung
Sentosa.
POLA AYAT: (FN+FN)
41. Keluarga yang baru sampai petang tadi
dari Pantai Timur.
POLA AYAT: (FN+FS)
42. Api itu sukar dipadamkan kerana angin barat daya sedang melanda
ketika itu.
POLA AYAT: (FN+FK)
43. Penduduk kampung itu mulai risau kerana
air sungai simpang kiri terus
menurun.
POLA AYAT: (FN+FA)
44. Jalan
belakang rumah kampung yang
gelap sentiasa itu ialah jalan mati.
POLA AYAT: (FN+FN)
45. Jam tangan yang baru dibelinya untuk isterinya.
POLA AYAT: (FN+FS)
46. Wanita India zaman dahulu menggemari gelang kaki.
POLA AYAT: (FN+FK)
47. Pemuda yang meragut rantai leher wanita tersebut amat
ganas.
POLA AYAT: (FN+FA)
48. Lelaki yang tidak lagi kelihatan batang hidungnya itu ialah adik
Othman.
POLA AYAT: (FN+FN)
49. Sejak menggunakan motor diesel, penggunaan minyak
kereta Azman amat kurang.
POLA AYAT: (FN+FA)
50. Keluarga yang tinggal di pangsapuri itu
masih menggunakan dapur gas
apabila memasak.
POLA AYAT: (FN+FK)
51. Mereka yang suka belayar di lautan
dengan hanya menggunakan perahu layar ialah
pedagang dari seberang.
POLA AYAT: (FN+FN)
52. Enjin kereta api Senandung Malam antara yang dibaik pulih.
POLA AYAT: (FN+FS)
53. Waktu hari keramaian, ramai orang kampung akan ke bandar.
POLA AYAT: (FN+FS)
54. Menara gading yang diisi borang permohonannya oleh mereka
ialah Universiti Malaya.
POLA AYAT: (FN+FN)
55. Majlis
perkahwinan anak gadis
penghulu yang sedang diadakan itu amatlah meriah.
POLA AYAT: (FN+FA)
56. Kedua-dua buah negara itu sedang
menandatangani surat perjanjian kerjasama
ekonomi dan keselamatan serantau.
POLA AYAT: (FN+FK)
57. Pakaian ibu yang baharu itu daripada butik ternama
bandar ini.
POLA AYAT: (FN+FS)
58. “Jagalah baik-baik buku kamu itu,” kata ibu Asmah kepada
anak bongsunya.
POLA AYAT: (FN+FK)
59. Dalam sejarah Islam memang amat
terkenal tentang harta Raja Sulaiman.
POLA AYAT: (FN+FA)
60. Kedua-dua orang adik-beradik yang tidak
pulang kerana akan menghadiri mesyuarat kelab
sekolah pada petang tersebut ialah Hassan dan Hussein.
POLA AYAT: (FN+FN)
61. Bandar Sri Aman bukan ibu kota negeri Sarawak.
POLA AYAT: (FN+FN)
62. Taman haiwan di bandar itu bersih
seperti Taman Baiduri.
POLA AYAT: (FN+FA)
63. Gunung
Kinabalu yang tertinggi di
Asia Tenggara itu di Sabah.
POLA AYAT: (FN+FS)
64. Pegawai hutan itu tidak membenarkan
sesiapa pun memancing di sepanjang Sungai
Pahang.
POLA AYAT: (FN+FK)
65. Usahawan yang baru tiba, iaitu Tengku Ariff, dari negara Pahang.
POLA AYAT: (FN+FS)
66. Syed Othman sentiasa termenung kerana memikirkan
masa depan anak-anaknya. POLA AYAT: (FN+FK)
67. Hasmadi yang akan menunaikan ibadah
umrah pada tahun ini anak angakat Dr.
Haji Maulud.
POLA AYAT: (FN+FN)
68. Mereka cukup gembira apabila Profesor Tan Sri Balong dilantik
sebagai Naib Canselor universiti tersebut.
POLA AYAT: (FN+FA)
69. Gemuk sungguh keempat-empat ekor lembu belaan Selvam.
POLA AYAT: (FN+FA)
70. Tiga buah
rumah ranap akibat
banjir yang melanda minggu lalu.
POLA AYAT: (FN+FK)
71. Kesemua
pegawai kanan di pejabat tersebut ialah orang
tempatan.
POLA AYAT: (FN+FN)
72. Ibu tua yang mewakafkan dua bidang tanah daripada keluarga
hartawan.
POLA AYAT: (FN+FS)
73. Kereta
Proton berwarna biru muda
ini buatan Malaysia.
POLA AYAT: (FN+FN)
74. Daripada kain sutera warna kehijauan pakaian permaisuri ini.
POLA AYAT: (FN+FS)
75. Menara Kuala
Lumpur yang berdiri
megah ini menjadi kebanggaan negara.
POLA AYAT: (FN+FK)
76. Kejadian rusuhan yang berlaku di negara tersebut amat membimbangkan.
POLA AYAT: (FN+FA)
77. Wad bersalin
di tingkat bawah
Blok B.
POLA AYAT: (FN+FS)
78. Setiap pagi Puspa mengemas bilik tidurnya.
POLA AYAT: (FN+FK)
79. Tuala mandi merah itu kepunyaan perenang negara.
POLA AYAT: (FN+FN)
80. Anak-anak Encik Mahbub gembira sekali
apabila berada di kedai gunting
Samy.
POLA AYAT: (FN+FA)
81. Aliran air sungai tohor sangat deras setelah hujan lebat.
POLA AYAT: (FN+FA)
82. Lembaga yang kelihatan samar itu orang muda yang kami kenal.
POLA AYAT: (FN+FN)
83. Kenderaan mula bergerak apabila lampu berwarna hijau menyala.
POLA AYAT: (FN+FK)
84. Pasukan pengakap ke rumah usang itu untuk berteduh
daripada hujan.
POLA AYAT: (FN+FS)
85. Taktik perlawanan hoki cara demikian strategi pasukan
sekolah kami.
POLA AYAT: (FN+FN)
86. Pelajar sentiasa memberikan jawapan serentak apabila ditanya oleh
guru mereka.
POLA AYAT: (FN+FK)
87. Ketibaannya
tadi secara mendadak
sungguh memeranjatkan anggota kumpulan kami.
POLA AYAT: (FN+FA)
88. Peserta yang tiba-tiba pengsan dalam pertandingan semalam sekarang di
hospital.
POLA AYAT: (FN+FS)
89. Sekayu kain daripada benang sutera itu di rak yang paling atas.
POLA AYAT: (FN+FS)
90. Kiriman
untuk tentera pada hari raya
tahun ini ialah kuih-muih tradisional.
POLA AYAT: (FN+FN)
91. Akibat angin kencang, pondok di lembah yang berdekatan
rumah telah roboh.
POLA AYAT: (FN+FK)
92. Kejayaan kehidupan pada masa ini amat canggih disebabkan kemajuan
teknologi.
POLA AYAT: (FN+FA)
93. Pengunjung keseribu yang mendapat
hadiah pada malam itu jiran Vatilingam.
POLA AYAT: (FN+FN)
94. Cabaran kehidupan kurun kedua puluh
amat sengit bagi orang yang tidak berilmu.
POLA AYAT: (FN+FA)
95. Pelumba lari pecut dari negara kami
mendapat tempat pertama dalam perlumbaan tersebut.
POLA AYAT: (FN+FK)
96. Pemuda yang terjun dengan tergesa-gesa
untuk mengelakkan polis itu dari blok ketujuh rumah pangsa.
POLA AYAT: (FN+FS)
97. Pinggan
mangkuk yang disusun rapi
oleh kakak sentiasa bersih.
POLA AYAT: (FN+FA)
98. Beliau ke Indonesia dengan hanya
sedikit wang ringgit di
sakunya.
POLA AYAT: (FN+FS)
99. Sahabat
taulan pada majlis hari
lahirnya datang dari jauh dan dekat.
POLA AYAT: (FN+FK)
100. Ribut taufan
yang telah melanda
bahagian tenggara Amerika Syarikat ialah Katrina.
POLA AYAT: (FN+FN)
101. Ibu bapa Sumirah bagai rusa masuk kampung di
bandar itu.
POLA AYAT: (FN+FS)
102. Pada hari raya, semua orang miskin kaya bermaaf-maafan.
POLA AYAT: (FN+FK)
103. Teruna dara yang berkunjung ke kafe siber itu riang
sahaja.
POLA AYAT: (FN+FA)
104. Mereka yang berada di dewan mesyuarat
itu datuk nenek belaka.
POLA AYAT: (FN+FN)
105. Cikgu Lim ialah guru Sains di kelas kami.
POLA AYAT: (FN+FN)
106. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak.
POLA AYAT: (FN+FS)
107. Bulu burung gagak yang hinggap di pekan itu hitam sungguh
POLA AYAT: (FN+FA)
108. Perniagaan cara ali baba tidak patut diamalkan di negara ini.
POLA AYAT: (FN+FK)
109. Pembantu
penyelidik baharu itu berasal
dari Kedah.
POLA AYAT: (FN+FK)
110. Selama ini pemantauan pegawai kanan itu
dari ibu pejabat sahaja.
POLA AYAT: (FN+FS)
111. Timbalan
pengerusi yang baru
memulakan tugas bulan ini amat pendiam.
POLA AYAT: (FN+FA)
112. Bangunan yang tersergam di Putrajaya
itu pejabat Perdana Menteri.
POLA AYAT: (FN+FN)
113. Tiga ekor burung helang sedang terbang
berlegar-legar di angkasa.
POLA AYAT: (FN+FK)
114. Semua peserta seminar yang sedang
khusyuk mendengar pembentangan kertas kerja tersebut dari Kementerian
Pendidikan.
POLA AYAT: (FN+FS)
115. Ibu yang akhirnya membeli juga
kedua-dua helai kain itu ialah Mak Siti.
POLA AYAT: (FN+FN)
116. Apabila segala peralatan telah
tersedia, kami cukup gembira untuk memulakan pendakian.
POLA AYAT: (FN+FA)
117. Guru yang sedang mengajar di kelas itu
ialah Encik Jonathan.
POLA AYAT: (FN+FN)
118. Tuan Guru Suradi memang cukup petah
apabila berceramah.
POLA AYAT: (FN+FA)
119. Harimau yang garang itu mudah diperdaya
oleh Sang Kancil yang bijaksana.
POLA AYAT: (FN+FK)
120. Yang Berbahagia Tan Sri Temenggung
Jugah anak Bariang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang parlimen.
POLA AYAT: (FN+FS)
Permintaan - ucaplah "terima kasih" di ruang komen di bawah jika anda menggunakan bahan saya.
Terima kasih!
Permintaan - ucaplah "terima kasih" di ruang komen di bawah jika anda menggunakan bahan saya.
Terima kasih!

401 comments:
«Oldest ‹Older 401 – 401 of 401Terima kasih Cikgu...izinkan saya guna bahan tersebut.
Post a Comment