Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

10 July 2017

INFORMASI BAHASA - Kata Sendi Nama "ke" dan "kepada" yang Tidak Boleh bersilih Ganti

INFORMASI BAHASA
Kata Sendi Nama "ke" dan "kepada" yang Tidak Boleh bersilih Ganti

Bahasa ialah 🔫senjata yang paling bahaya di dunia🌎 ini. Dengan lontaran 💣peluru bahasa yang lancar dan baik, kita dapat menyampaikan hujah yang bernas lagi gramatis untuk memenangi perang perbahasan. Musuh pengguna bahasa yang baik ialah kesilapan dalam 📠📽📲media massa 📺📻🎥yang tidak habis-habis menyerang minda rakyat dengan racun bahasa dan toksik tatabahasa. Impaknya, kesilapan umum itu dengan mudahnya bertapak dalam otak benak mereka.

✍️Umumnya, kata sendi nama "ke" digunakan untuk tempat atau arah yang ditujui. Kata sendi nama ini tidak boleh bersilih ganti dengan kata sendi nama kepada.

PRINSIP:
📌ke 👉 bukan untuk manusia, haiwan atau institusi.📌

Lihat contoh di bawah:
1. Beliau menyerahkan borang itu ke ❌pengawal.
2. Makanan itu diberikan ke ❌arnab.
3. Sila serahkan borang itu ke ❌Tengku Zaril.
4. Kami akan menghantar surat rayuan itu ke ❌pihak universiti.
5. Kereta itu akan dihantar kepada ❌Chemor, Perak esok.

Pembetulannya:
1. Beliau menyerahkan borang itu kepada ✅pengawal.
2. Makanan itu diberikan kepada✅ arnab.
3. Sila serahkan borang itu kepada✅ Tengku Zaril.
4. Kami akan menghantar surat rayuan itu kepada pihak universiti.
5. Kereta itu akan dihantar ke✅ Chemor, Perak esok.

UJI BAHASA 1
Isi tempat kosong dengan kata sendi nama "ke" atau "kepada" dalam ayat yang berikut.

1. Kelima-lima pasang mata yang bersinar-sinar itu memandang __________ mukanya yang mulai basah dengan air mata.
2. Ahmad merenung __________ penjuru bilik sambil merenung sesuatu.
3. Suara teriakan guru itu menerpa __________ telinga pengetua yang kebetulan lalu di situ.
4. Norli Johari menyampaikan pesan __________ Nor Aishah bahawa dia pulang lewat pada hari ini.
5. Saham syarikat itu turun daripada 40 sen __________ 20 sen seunit.
6. Kurma yang dihidangkan __________ tetamu dari Mesir itu amat manis.
7. Pemain itu meluru laju __________ saya lalu kami pun terpelanting sebagai akibat rempuhan itu.
8. Khalil Razak menghayunkan beg pakaian __________ bahu perompak sebelum ia melarikan diri.

SUMBER:
RUMUS TATABAHASA BAHASA MELAYU (GOLONGAN KATA) DBP

No comments: