Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

19 October 2015

ANALISIS PERBANDINGAN SOALAN PERCUBAAN BM SPM & RAMALAN SOALAN KARANGAN SPM

ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 1 (DIMENSI DIRI)
NO
Negeri
Karangan B (Tema)
Soalan 1
1
MRSM
Kesan tabiat mementingkan jenama produk kepada remaja
2
SBP
Kemahiran oleh remaja hadapi cabaran globalisasi
3
Kedah
Implikasi  penggunaan  telefon bimbit kepada pelajar
4
Perlis
Cara remaja memanfaatkan laman sosial.
5
Perak
Kepentingan mengamalkan semangat kejiranan.
6
Pulau Pinang
Usaha menghargai jasa guru.
7
Melaka
Ciri sahabat yang baik dapat membantu anda menjadi pelajar cemerlang.
8
Negeri Sembilan
Laporan program Gotong-royong Perdana.
9
Johor
Usaha anda tangani tekanan atau stres.
10
Kelantan
Remaja bersahsiah mulia.
11
Terengganu
Laporan kejadian dan aktiviti misi bantuan bencana banjir.
12
Pahang
Cadangan cara menjaga kebersihan diri
13
YIK
Peranan Ketua Pengawas menangani masalah disiplin pelajar.
14.
Sabah
Persediaan anda menghadapi peperiksaan awam.
15
Sarawak
Kemahiran remaja hadapi cabaran era globalisasi.

SOALAN RAMALAN 2015

(KBAT)
Kemalangan di jalan raya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sebagai remaja, apakah peranan yang perlu anda mainkan untuk mengurangkan kemalangan di jalan raya.
[100 markah]
(KBAT)
Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja semakin leluasa. Walau bagaimanapun, remaja boleh memanfaatkan telefon bimbit untuk pelbagai tujuan yang baik.
Huraikan pernyataan di atas.
[100 markah]

(KBAT)
Remaja yang sihat dapat membina negara yang maju dan progresif pada masa depan. Sebagai remaja, jelaskan cara-cara anda mengamalkan gaya hidup sihat demi kesihatan yang optimum.
[100 markah]

ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 2 (KELUARGA)
NO
Negeri
Karangan B (Tema)
Soalan 2
1
MRSM
Tanggungjawab ahli keluarga menangani demam denggi
2
SBP
Peranan ibu bapa – gaya hidup sihat
3
Kedah
Peranan keluarga atas masalah penderaan kanak-kanak.
4
Perlis
Peranan ibu bapa lahirkan anak-anak yang mengenang budi.
5
Perak
Peranan ibu bapa pupuk sikap cintai alam sekitar.
6
Pulau Pinang
Peranan ibu bapa pupuk semangat patriotik
7
Melaka
Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak membantu meringankan bebanan kewangan keluarga.
8
Negeri Sembilan
Peranan pelbagai pihak menangani gejala sosial.
9
Johor
Pidato – langkah membentuk keluarga bahagia.
10
Kelantan
Amalan membaca.
11
Terengganu
Kos sara hidup memerlukan pengurusan kewangan yang bijak setiap ahli keluarga.
12
Pahang
Rencana jiran sepakat membawa berkat.
13
YIK
Peranan ibu bapa pupuk anak-anak minat membaca.
14.
Sabah
Rencana peranan ibu bapa memupuk semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
15
Sarawak
Peranan ibu bapa galakkan anak-anak terlibat dalam aktiviti sukan.

SOALAN RAMALAN 2015

(KBAT)
Semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan ahli masyarakat. Oleh sebab itu, huraikan peranan keluarga dalam pembentukan semangat kejiranan yang kukuh.
[100 markah]
(KBAT)
Kenaikan harga barang dalam pasaran merupakan masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat. Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal perbelanjaan keluarga.
[100 markah]

(KBAT)
Anda akan menyertai pertandingan pidato. Tajuk pidato tersebut ialah “Keluarga Bahagia Negara Berjaya”.
Tulis teks pidato tersebut selengkapnya.
[100 markah]



ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 3 (NEGARA)
NO
Negeri
Karangan B (Tema)
Soalan 3
1
MRSM
Punca-punca dan usaha menangani penyebaran berita melalui laman sembang
2
SBP
Implikasi TMK
3
Kedah
Langkah memupuk semangat kejiranan.
4
Perlis
Usaha masyarakat tangani demam denggi.
5
Perak
Langkah memupuk  semangat  patriotik.
6
Pulau Pinang
Langkah menyuburkan semangat kejiranan.
7
Melaka
Kepentingan majlis ilmu menjayakan Wawasan 2020.
8
Negeri Sembilan
Kepentingan perpaduan kepada negara kita.
9
Johor
Amalan permuafakatan penting menjamin keharmonian hidup.
10
Kelantan
Menjaga sumber air bersih.
11
Terengganu
Usaha pelbagai pihak mewujud dan mengekalkan perpaduan di negara ini.
12
Pahang
Sistem pengangkutan awam.
13
YIK
Kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.
14.
Sabah
Kesan kenaikan harga bahan mentah kepada rakyat dan langkah pelbagai pihak mengurangkan kesan itu.
15
Sarawak
Kebaikan Pusat Transformasi Bandar (UTC)

SOALAN RAMALAN 2015

(KBAT)
Rakyat sesebuah negara yang bersatu padu dapat membina negara yang maju dan moden. Huraikan kepentingan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat di sesebuah negara.
[100 markah]
(KBAT)
Kesesakan lalu lintas di negara kita sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk mengatasi kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.
[100 markah]

(KBAT)
Industri penerbangan di Malaysia mampu menggalakkan industri pelancongan negara. Huraikan kebaikan daripada syarikat penerbangan tambang murah kepada rakyat dan negara.
[100 markah]


ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 4 (ANTARABANGSA)
NO
Negeri
Karangan B (Tema)
Soalan 4
1
MRSM
Faktor tarikh minat pelajar luar negara belajar di negara ini.
2
SBP
Pendatang asing timbulkan pelbagai masalah
3
Kedah
Kesan negatif pemerdagangan manusia
4
Perlis
Pelaburan asing sumber pembangunan sesebuah negara.
5
Perak
Kerjasama Malaysia dan negara lain tangani pemerdagangan manusia.
6
Pulau Pinang
Kerjasama antara negara meningkatkan industri pelancongan.
7
Melaka
Masalah pendatang asing.
8
Negeri Sembilan
Keamanan dunia – Peranan negara anggota PBB.
9
Johor
Penglihatan Malaysia dalam pelbagai bidang menaikkan nama di peringkat antarabangsa.
10
Kelantan
Tenaga kerja berkemahiran
11
Terengganu
Manfaat kerjasama Malaysia dengan negara lain.
12
Pahang
Kesan keganasan antarabangsa kepada masyarakat dunia.
13
YIK
Impak buruk negara yang mengalami perubahan iklim.
14.
Sabah
Faktor dan usaha - Jenayah siber
15
Sarawak
Langkah bantu negara yang alami bencana alam.

SOALAN RAMALAN 2015

(KBAT)
Banyak institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) membuka cawangan di negara kita. Huraikan kesan pembukaan IPTS di negara kita.
[100 markah]
(KBAT)
Kejayaan atlet Malaysia dalam pertandingan sukan antarabangsa mampu melonjakkan nama negara dalam bidang tersebut pada peringkat antarabangsa.
Huraikan pernyataan di atas.
[100 markah]

(KBAT)
Negara-negara Asia merupakan negara pelancongan yang utama. Huraikan bentuk kerjasama yang boleh dijalankan oleh negara-negara serantau untuk menjadikan bidang pelancongan sebagai pendapatan utama.
[100 markah]


ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 5 (KOMPONEN SASTERA)
NO
Negeri
Karangan B (Tema)
Soalan 5
1
MRSM
Kepentingan sikap berwaspada sebelum ditimpa kesusahan
2
SBP
Kepentingan perpaduan dan semangat kerjasama
3
Kedah
Cerita – Berakit-rakit ke hulu...
4
Perlis
Kepentingan mempertahankan adat warisan.
5
Perak
Peranan pelbagai pihak menggalakkan remaja terlibat dalam penulisan kreatif.
6
Pulau Pinang
Faedah membaca kepada masyarakat.
7
Melaka
Aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk melahirkan penulis yang berjaya.
8
Negeri Sembilan
Cara belajar yang berkesan.
9
Johor
Langkah  menghargai sasterawan.
10
Kelantan
Usaha untuk menunjukkan rasa cinta akan negara.
11
Terengganu
Cerita berdasarkan peribahasa genggam bara api...
12
Pahang
Menarik minat pelajar mengunjungi perpustakaan sekolah.
13
YIK
Cerpen berdasarkan peribahasa ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.
14.
Sabah
Cerpen berkaitan menabung berdasarkan peribahasa melentur buluh...
15
Sarawak
Karangan berdasarkan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung.

SOALAN RAMALAN 2015

(KBAT)
Orang tua-tua pernah berkata bahawa “membaca itu jambatan ilmu”. Huraikan langkah-langkah untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah.
[100 markah]
(KBAT)
Anda akan menyertai pertandingan menulis cerpen yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tema cerpen yang diutarakan ialah perpaduan.
Tulis cerpen tersebut selengkapnya.
[100 markah]

(KBAT)
Peribahasa Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sebagai panduan dan pedoman. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk menghidupkan dan mempopularkan peribahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.
[100 markah]


1 comment:

Unknown said...

Contoh jawapan untuk Mrsm punya ada??