21 October 2015

LATIH TUBI KESALAHAN EJAAN DAN SPM 2015 - Betulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan dalam ayat

Betulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan dalam ayat-ayat di bawah.
  1.  Kefisienan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa internasional perlu diberi pujian.
  2. Sultan Selangor yang berjiwa rakyat itu telah mencemarkan duli dengan mengagihkan bantuan ehsan kepada rakyat termiskin di negeri taklukan baginda.
  3. Saya terperanjat bila mana ayah masuk ke bilik saya tanpa berketuk pintu.
  4. Struktur pengbilan baharu akan diperkenalkan oleh Jabatan Kastam dan Eksaes Malaysia mulai 1 April 2015.
  5. Sempena dengan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong, istiadat penganugerahan pingat jasa akan diadakan di Istana Negara.
  6. Kawasan rezab di daerah terpencil itu dikhaskan untuk bertujuan projek pendidikan pada masa akan datang.
  7. Pelajar beragamakan Islam yang membukankan ajaran Nabi Muhamad itu ditegur oleh guru agama.
  8. Pekerja di hospital itu meng-Xray pesakit itu untuk mengetahui punca pesakitnya.
  9. Janganlah kita terasa was-was akan kebenaran kata guru yang berpengalaman itu.
  10. Kedatangan lelaki itu kadang kala menyebabkan ibu berasa tidak selesa kerana dia rokok di ruang tamu rumah kami.
  11. Calet yang dibuat daripada kayu itu ialah tempat penginapan pencuti di kawasan pantai.
  12. Ibu mendandan dan mengerintingkan rambutnya supaya nampak lebih cantik dan anggun.
  13. Pada Hari Raya Haji, kami sekeluarga mengunjungi rumah sanak-saudara yang berletak di Balik Pulau, Pulau Pinang.
  14. Pihak komunis yang menyebarkan dakyah di kawasan kampung itu telah tertangkap oleh penduduk yang pandai bersilat.
  15. Para penonton tidak sedar bahawa keurussetiaan dan kerja-kerja belakang takbir memainkan berperanan penting demi kelancaran sesuatu program televisyen.
  16. Kamus dwi-bahasa itu dibelikan oleh ayah untuk adik yang akan belajar di sekolah menengah.

Ingin mendapatkan jawapannya? Hantarlah e-mel kepada saya cikgutancl@hotmail.com dan beritahu saya (LATIH TUBI KESALAHAN EJAAN DAN SPM 2015)

Selamat Berjaya!

No comments: