Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

22 December 2020

BIAR CERITA BERBAHASA

Adik saya sudah lama tinggal di Jepun. Oleh sebab itu, dia sudah biasa memakai selipar jepun di dalam rumah. Hal ini dikatakan demikian kerana dia takut akan lipas jerman yang pernah dipijaknya secara tidak sengaja walaupun dia mempunyai teman wanita dari Jerman yang amat mengutamakan kebersihan. Walaupun tinggal di Jepun, dia masih rindu akan nasi goreng kampung dan nasi goreng cina serta kuetiau basah yang dijual di gerai makan di depan rumah kami di Malaysia. Penjajanya berbangsa Melayu tetapi pelanggannya terdiri daripada orang Cina, India, Sikh, dan Kadazan yang hidup harmoni.

Faham tak? Suka dak? Seronok dapat ilmu?

MURID atau PELAJAR?

 MURID atau PELAJAR?

Banyak yang masih keliru dan tidak pasti sama ada kedua-dua kata ini ada beza atau tidak. Tanyalah diri sendiri:
Saya ada anak murid.
Saya ada anak pelajar.
Jika anda guru, anda ada anak murid, maka muridlah mereka. “Anak pelajar” pula merujuk anak yang dipunyai oleh pelajar seseorang guru. Lihat ayat di bawah:
Banyak pelajar saya sudah berkahwin. Ada juga anak pelajar saya yang sudah belajar di prasekolah.
Di sekolah rendah dan di sekolah menengah ada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Maka, sesuailah digelar murid.
Di institusi pengajian tinggi pula ada Pejabat Hal Ehsan Pelajar. Maka, sesuailah digelar pelajar universiti, bukan murid universiti.
Dalam penulisan, yang belajar juga digelar pelajar. Yang diajar juga digelar pelajar. Yang menjadi anak murid juga digelar murid, dan yang berguru tetap digelar murid. Jangan menghukum murid yang menyalahgunakan istilah “murid” mahupun “pelajar” kerana konsep asasnya sama, iaitu menuntut ilmu.
Belajarlah menjadi murid yang mahir berbahasa agar kita dapat belajar menjadi insan yang terpelajar. Ilmu ada di mana-mana, pengetahuan boleh ditimba pada bila-bila dan belajarlah daripada siapa-siapa agar masa depan terjamin sampai bila-bila dan dapat digunakan di mana-mana apabila kita menghadapi siapa-siapa ataupun apa-apa cabaran sekalipun.

13 December 2020

KERJA, KERJAYA, BEKERJA, DAN BEKERJASAMA

KERJA, KERJAYA, BEKERJA, DAN BEKERJASAMA

Perkataan “berkerja” dan “berkerjasama” serta “perkerjaan” ialah kesilapan paling umum dalam kalangan murid dan pengguna bahasa. Mereka tidak sedar bahawa ejaan betul ialah “bekerja” dan “bekerjasama”. Hal ini berbeza dengan “kerjaya” yang seakan-akan akronim daripada “kerja jaya” sekali gus menerbitkan perkataan “berkerjaya”. 

Pendek kata, “kerjaya” ialah karier manakala “kerja” ialah tugas atau “job” dan “bekerjasama” ialah bekerja sama-sama atau “work together”. Dengan kerjasama paling kolaboratif dengan pihak majikan sewaktu bekerja, pekerja dapat memberikan kerjasama kepada semua pihak dan kerja yang kita lakukan akan dapat membina kerjaya yang baik agar kita dapat bekerjasama dengan siapa-siapa sahaja. Apabila mengerjakan sesuatu, janganlah kita memikirkan balasan tetapi jadilah pengerja yang dapat berjaya dalam pengerjayaan tersebut.

kerja - bekerja - pekerjaan - pekerja - berpekerjaan

kerja sama -  bekerjasama

kerjaya - berkerjaya

kerja - mengerjakan - pengerjayaan - pengerja

JIMAT CERMAT dan JIMAT-JIMAT

Perkataan “jimat” dan “cermat” muncul dalam setiap karangan murid yang bertemakan kewangan dan ekonomi. Walau bagaimanapun, mereka selalunya menulis “berjimat-cermat” dan “jimat-cermat” dan kebanyakan guru juga tidak membetulkan kesilapan ini sewaktu menanda/menyemak karangan/penulisan murid semata-mata kerana ejaan tidak ditolak markah atau guru tersebut juga tidak sedar bahawa ejaan yang tepat ialah “berjimat cermat” atau “jimat cermat”. Silap tidak apa-apa, kita belajar sama-sama. Jangan ambil hati akan teguran ini ya, cikgu. Janganlah kerana bunyi “mat”...”mat”, kita menganggapnya kata ganda pula.

Oleh sebab “jimat” dan “cermat” mempunyai makna yang berbeza tetapi ada kesamaannya dan kedua-dua patah perkataan ini dapat berdiri sendiri, maka kita tidak perlu menulisnya sebagai kata ganda dengan menulis tanda sempang pada frasa itu. Jika benar-benar mahu menggandakannya dan suka akan tanda sempang, tulislah “berjimat-jimat”. 

Ingat:

“jimat” boleh “berjimat-jimat” dan “jimat cermat” serta “berjimat cermat”

“cermat” boleh membentuk frasa “berjimat cermat” 

Kesimpulannya, 

berjimat-cermat❌ 

berjimat cermat ✅

berjimat-jimat✅

Antara HINGAR-BANGAR dengan HINGAR BINGAR

 HINGAR-BANGAR dengan HINGAR BINGAR

Ada murid yang menulis “hingar bingar” dan ada juga yang menulis “hingar-bingar”. Yang manakah tepat? Sebelum mengetahui ejaannya, kenali maksudnya. “Hingar-bangar” pula jarang-jarang digunakan oleh pengguna bahasa kerana dominasi “bingar”. Walau bagaimanapun, “bangar” pula dikhuatiri membawa makna berlainan. Silapnya satu huruf akan menyebabkan maknanya amat berbeza.
“Hingar” dan “bingar” mendukung makna yang sama, iaitu bising. Konsepnya sama seperti cantik molek, tinggi lampai, muda remaja dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, “bangar” ada makna yang lain, iaitu “busuk (bau longkang)”. Maka, terbitlah “busuk bangar” yang bermaksud sangat busuk.
Mengapakah “hingar-bangar” memerlukan tanda sempang manakala “hingar bingar” tidak memerlukan tanda sempang? Nak tahu tak?
Dalam konteks ini, tanda sempang diperlukan di antara “hingar” dengan “bangar” supaya makna sebenar “bangar” lebur dengan cara menumpang makna “hingar” sekali gus membawa maksud sangat bising. Peleburan ini hanya dapat dilakukan penggunaan tanda sempang agar pertumpangan makna berlaku untuk membentuk penggandaan berentak.
Oleh sebab itu, perhatikan perbezaan perkataan di bawah:
hingar-bingar ❌ (kesalahan tanda baca)
hingar bingar ✅ (sangar bising)
hingar-bangar ✅ (sangat bising)
busuk bangar ✅ (sangat busuk)
Tanda baca sangat penting kepada sesuatu bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana tanda baca boleh mengubah makna dan bentuk kata tersebut. Janganlah kita mengabaikan tanda baca dan kecaknaan terhadap tanda baca menjadikan kita pengguna bahasa yang bertanggungjawab dan berketerampilan.
Dapat ilmu tak? Seronok tak? Sudi tak kongsikan kepada rakan guru yang lain? Sudi tak sebarkan kepada anak-anak murid anda?
Tepuklah sikit!
Terima kasih.

28 September 2020

MODUL MESRA KSSM BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 (100% FORMAT BAHARU BM SPM 2021)

 Terima kasih atas sokongan rakan guru terhadap buku ini. Yang sudah membeli dan mendapat buku itu, anda pasti berpuas hati. Yang belum dapat, jangan bersusah hati. Buku dalam perjalanan ke destinasimu.

Setiap soalan digubal dengan telitinya mengikut DSKP dan Tema dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4. Bahagian soalan menepati kehendak dan kriteria dalam pembinaan item. Hampir setiap malam bersengkang mata untuk menyelesaikan penulisannya. Kini, buku sudah ada di pasaran untuk menemui kalian sebagai bingkisan ilmu daripada saya dan Puan
Rohaiza Omar
.
Buku utama di pasaran untuk KSSM & BM SPM 2021.




10 September 2020

BUNTU BANTU MURID LEMAH MENJAWAB IDEA TERSIRAT DALAM RUMUSAN DAN MENULIS IDEA YANG MANTAP DALAM PENULISAN?

Banyak guru yang buntu dalam usaha membantu anak murid yang lemah dalam penulisan idea tersirat walaupun mereka dapat membaca, memahami petikan, dan mampu menulis ayat dengan baik. Dalam soal ini, saya ada 5 idea yang boleh digunakan untuk membantu anak-anak murid kalian.

(1) Majalah dalam Kelas.
Majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa perlu dijadikan bahan utama kerana artikelnya relevan dengan isu semasa. Gunakanlah artikel yang diterbitkan pada tahun 2017-2019 kerana biasanya artikel 2-3 tahun itu menjadi pilihan utama penggubal soalan. Setelah memilih artikel itu, pastikan artikel itu sesuai dengan tema buku teks juga. Pecahkan murid kepada 5-7 kumpulan mengikut jumlah tugasan yang ingin dicari. Mintalah mereka membaca artikel itu lalu menyenaraikan perkara yang berikut:
(1) Penanda wacana
(2) ungkapan menarik (jika ada)
(3) punca/faktor/sebab
(4) kesan/impak/natijah
(5) langkah/usaha/cara
(6) kebaikan/kepentingan
(7) peranan/tugas/fungsi
Dengan membaca artikel, mencari maklumat, menggariskan maklumat, dan menyalin maklumat penting ini, murid dapat menguasai pelbagai kemahiran. Kemahiran membaca, menulis, dan menganalisis dapat dikuasai oleh murid. Aktiviti ini boleh dijalankan dengan penggunaan artikel 2 halaman atau 1 halaman. Hal ini dikatakan demikian kerana murid pada zaman ini mudah berasa bosan dan ingin berjalan ke hulu dan ke hilir kelas. Selepas mencari maklumat, murid perlu membentangkannya dan sesi soal jawab boleh dijalankan dengan konsep PAK21. Sesi soal jawab ini boleh dipanaskan oleh guru sebagai moderator dengan isu semasa dan perkara yang berlaku di sekeliling mereka.
5 minit kata alu-aluan dan nyatakan objektif
10 minit membaca bahan
10 minit menggaris dan menyenaraikan isi
10 minit membuat pembentangan
10 minit soal jawab
Cara kedua....nantikan catatan seterusnya.
Gunalah jika sesuai, abaikan jika sudah diamalkan.

12 August 2020

MODUL MUDAH MENGARANG



Pautan untuk pembelian:
20 naskhah
https://shopee.com.my/product/53741750/4447575806/

50 naskhah
https://shopee.com.my/product/53741750/4346426049/

Ikhlas menulis buku membantu murid.

Cikgu Tan CL
0122099440

7 August 2020

7 July 2020

KEINDAHAN DAN KEUNIKAN ANTARA KATA SENDI NAMA "DENGAN" DENGAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN "DENGAN".

KEINDAHAN DAN KEUNIKAN ANTARA KATA SENDI NAMA "DENGAN" DENGAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN "DENGAN".
Perkara umum yang perlu diketahui sebagai maklumat asas ialah kata sendi nama "dengan" hendaklah dibezakan dengan kata hubung pancangan keterangan cara, "dengan".
Dalam ayat yang gramatis, kata sendi nama "dengan" menjadi kepala frasa sendi nama, manakala kata hubung pancangan keterangan cara "dengan" menjadi kepala klausa.
Jika anda keliru antara klausa dengan frasa, baca dan perhatikan beberapa ayat contoh di bawah:
1(a) Ibu pergi ke pejabat dengan bas. (dengan berfungsi sebagai frasa sendi nama)
1(b) Ibu pergi ke pejabat dengan menaiki bas (dengan berfungsi sebagai kepala klausa)
2(a) Adik menulis karangan dengan pensel. (dengan berfungsi sebagai frasa sendi nama)
2(b) Adik menulis karangan dengan menggunakan pensel. (dengan berfungsi sebagai kepala klausa)
PERHATIAN!
Kata sendi nama "dengan" perlu diikuti oleh kata nama. Jika perkataan yang mengikutinya bukan kata nama, kata pembenda -nya perlu diletakkan untuk menjadikan kata yang bukan kata nama supaya terbentuk menjadi kata nama.
3(a) Ibu menulis surat dengan cepat. (salah)
3(b) Ibu menulis surat dengan cepatnya. (betul)
Kata sendi nama "dengan" digunakan untuk ayat dengan cara yang berikut:
(a) Kata sendi nama "dengan" digunakan untuk menyatakan makna bersama-sama.
(i) Datuk ke kebun dengan bapa.
(ii) Ibu membeli-belah di pusat beli-belah dengan adik.
(b) Kata sendi nama "dengan" digunakan untuk menunjukkan bandingan setara.
(i) Wajah gadis itu tidak sama dengan wajah ibunya.
(ii) Wajah lelaki itu sama dengan pelakon Korea.
(c) Kata sendi nama "dengan" digunakan untuk menunjukkan keterangan cara.
(i) Kakak berusaha dengan gigihnya.
(ii) Hikmah mengemas rumah dengan bersihnya.
(d) Kata sendi nama "dengan" digunakan untuk menunjukkan penggunaan sesuatu sebagai alat.
(i) Dahlia memotong kek itu dengan sebilah pisau.
(ii) Irfan mengarang cerpen dengan komputer riba lama.
JANGAN LUPA!
Kata sendi nama "dengan" tidak boleh digunakan untuk menggantikan makna dan fungsi kata sendi nama "oleh" dan "akan".
Contoh:
4(a) Siti terpesona dengan keindahan Pulau Langkawi.
4(b) Siti terpesona akan keindahan Pulau Langkawi.
4(c) Siti terpesona oleh keindahan Pulau Langkawi.
4(a) Imran terpikat dengan kecantikan wanita itu.
4(b) Imran terpikat akan kecantikan wanita itu.
4(c) Imran terpikat oleh kecantikan wanita itu.


BETULKAN YANG SALAH, BIASAN YANG BETUL
Kata sendi nama "dengan" digunakan secara berpasangan dengan kata sendi nama "antara" untuk menunjukkan perbandingan. Dalam konteks ini, kata hubung gabungan "dan" tidak boleh menggantikan kata sendi nama dengan.
Antara Ashikin dan Rohaiza, Ashikin lebih tua. 
Antara Ashikin dengan Rohaiza, Ashikin lebih tua. 

27 June 2020

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN - FAEDAHNYA JIKA MURID MEMBAWA BEKALAN MAKANAN KE SEKOLAH

         Makanan merupakan keperluan murid-murid untuk membesar dengan sihat. Walau bagaimanapun, murid-murid pada hari ini malas membawa bekalan makanan dari rumah kerana mereka lebih suka akan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Sebagai contohnya, mereka lebih suka membawa piza dan kerepek kentang berjenama Mister Potato dan Pringles. Selain itu, murid-murid tidak mengetahui hakikat bahawa bekalan makanan yang dibawa dari rumah juga ada faedahnya kerana tak kenal maka tak cinta. Marilah kita mengkaji faedahnya jika murid membawa bekalan makanan dari rumah. 
          Bekalan makanan yang dibawa dari rumah dijamin bersih dan lebih sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa kita akan menyediakan makanan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa akan menyediakan makanan yang seimbang berpandukan piramid makanan seperti sandwic, mihun goreng dan nasi berlauk. Kesannya, murid tidak terdedah kepada kes keracunan makanan dan masalah obesiti. Hal ini merupakan bukti ibu bapa menjaga anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Tegasnya, kebersihan makanan yang dibawa dari rumah menjamin kesihatan murid. 
          Selain itu, isi yang tidak boleh dikesampingkan ialah murid-murid dapat menjimatkan masa mereka beratur di kantin sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak perlu beratur dalam barisan yang amat panjang untuk membeli makanan mereka. Murid-murid terus menikmati bekalan makanan mereka yang dibawa sambil membaca buku mereka. Impaknya, murid-murid mendapat faedah berganda daripada amalan yang sihat ini. Usaha murid menjimatkan masa ini dikatakan sambil menyelam minum air kerana mereka bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan mereka, malahan memantapkan pengetahuan yang diajarkan oleh guru-guru mereka. Tuntasnya, murid yang membawa bekalan makanan dapat menjimatkan masa dan memanfaatkan masa dengan perkara yang berfaedah. 
          Ditinjau dari kaca mata yang berbeza pula, perbelanjaan murid dapat dijimatkan dengan membawa bekalan makanan. Hal ini dikatakan demikian lantaran murid-murid tidak perlu membelanjakan wang saku mereka untuk membeli makanan-makanan tambahan. Hal ini dapat menggalakkan murid-murid menabungkan wang ke dalam tabung secara tidak langsung mereka juga dapat mengurangkan beban ibu bapa mereka. Cara ini dapat mendidik murid menghargai titik peluh dan pengorbanan ibu bapa untuk mencari sesuap nasi dan seteguk air. Selain itu, murid-murid juga akan sedar bahawa ibu bapa mereka telah bekerja keras untuk mengisi perut mereka. Deduksinya, bekalan makanan yang dibawa murid dapat menjimatkan perbelanjaan. 
          Sebagai penghias akhir bicara bagi segala isi yang telah saya huraikan di atas, jelaslah bahawa murid digalakkan membawa bekalan makanan kerana membawa banyak faedah. Ibu bapa haruslah menyediakan bekalan makanan yang sihat dan segar secara berterusan dari rumah supaya kebahagiaan dalam keluarga dapat dibina dan hubungan antara murid dan ibu bapa mereka dapat dirapatkan. Walakin begitu, semua usaha yang dilaksanakan oleh ibu bapa hanya akan tinggal angan-angan Mat Jenin seandainya anak-anak sendiri tiada inisiatif untuk menjaga kesihatan diri masing-masing. Para murid mestilah mula membawa bekalan makanan sendiri dari rumah kerana murid-murid dapat mendisiplinkan diri dengan amalan yang bermanfaat ini. Sebagai intiha, saya ingin menegaskan bekalan makanan yang dibawa dari rumah ternyata banyak kebaikannya. 

13 June 2020

KARANGAN UMUM SPM : Peningkatan kos pendidikan, kos rawatan dan harga makanan telah menimbulkan masalah kewangan dalam keluarga. Bincangkan.

Peningkatan kos pendidikan, kos rawatan dan harga makanan telah menimbulkan masalah kewangan dalam keluarga. 
Bincangkan.
[100 markah]

     Dalam menongkah arus pemodenan ini, setiap keluarga perlulah mempunyai perancangan kewangan yang tersendiri. Setiap keluarga tidak patut berlumba-lumba dengan orang lain semasa berbelanja sebaliknya berbelanja mengikut kemampuan masing-masing ibarat ukur baju di badan sendiri. Amalan perbelanjaan secara berhemah sewajarnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan mulia ini mengelakkan diri kita daripada berhutang dan menjamin kelangsungan kehidupan kita yang sempurna. Dengan berbuat demikian, kita lebih bersedia untuk menghadapi masalah kenaikan harga barang yang sering kali dipolemikkan. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah diperkenalkan pada 1 April 2014 menjadi antara faktor kenaikan harga barangan. Dalam konteks ini, rakyat Malaysia menghadapi masalah apabila hampir semua barang kegunaan dinaikkan harga ekoran pengenalan cukai baharu. Tambahan pula, perkhidmatan juga mencatatkan peningkatan harga mendadak. Kewujudan pihak yang tidak berhati perut pula mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh apabila kerajaan mengumumkan pengutipan GST. Peningkatan kos pendidikan, kos rawatan dan makanan turut berlaku apabila banyak pihak meningkatkan harga sewenang-wenangnya. Kenaikan harga barang telah menimbulkan pelbagai masalah kewangan. Apakah masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga? Kita mestilah mengupas satu demi satu permasalahan yang dihadapi oleh keluarga apabila kos barangan dan perkhidmatan dinaikkan. Persoalan yang telah menerjah dan menerawang dalam minda kita ialah apakah impak yang paling utama kepada keluarga? 

           Pada pendapat saya, kos pendidikan yang meningkat telah menyebabkan keluarga terpaksa untuk melupakan hasrat untuk menyekolahkan anak di sekolah yang lebih baik. Ibu bapa terpaksa reda dengan peningkatan yuran persekolahan yang telah menyebabkan murid-murid terpaksa berpindah dari sekolah swasta ke sekolah harian biasa untuk menjimatkan kos pendidikan anak. Masalahnya, kos pendidikan yang meningkat dengan mendadaknya disebabkan oleh kos pengangkutan anak ke sekolah yang turut mengalami peningkatan yang memburukkan keadaan. Pada masa yang sama, kos pentadbiran dan penyelenggaraan sekolah meningkat. Seterusnya, kos pencetakan dan kos kertas juga meningkat. Dengan perkataan lain, peningkatan kos pengangkutan, kos pentadbiran dan penyelenggaraan sekolah dan kos pencetakan serta kos kertas telah menyebabkan kos pendidikan menerima kesannya. Sebagai contohnya, pada tahun 2004, sekolah swasta menawarkan pakej yuran RM12,000 setahun kepada ibu bapa tetapi pada tahun 2018, kos yuran sekolah dinaikkan sehingga RM25,000 setahun. Yuran sekolah meningkat lebih daripada 100 peratus telah menyebabkan beban yang sangat berat ini tidak mampu ditanggung oleh ibu bapa yang membanting tulang. Impaknya, anak-anak terpaksa menerima kesan kenaikan kos pendidikan seperti berpisah dengan kawan-kawan di sekolah lama, berpindah ke sekolah harian dan terpaksa menyesuaikan diri dalam keadaan yang lebih sesak dan kurang selesa. Anak-anak mula menghadapi masalah hilang semangat dan motivasi untuk belajar akibat kenaikan kos yuran persekolahan. Jelaslah bahawa kenaikan kos pendidikan merupakan beban besar kepada ibu bapa. Kesannya, ibu bapa berasa malu untuk menghadapi anak-anak mereka kerana tidak dapat menyembunyikan masalah kewangan keluarga daripada anak. Mereka hanya mampu menitiskan air mata dalam setiap doa dan sembahyang yang didirikan tetapi tidak difahami anak-anak.

        Skop perbincangan akan diteruskan lagi dari aspek kos rawatan yang meningkat secara mendadak juga memberikan kesan kesihatan kepada keluarga. Peningkatan kos rawatan telah menyebabkan ahli keluarga yang berpenyakit bahaya terus berputus asa dan berhenti makan ubat yang semakin mahal dari sehari ke sehari. Dengan ini, harapan untuk hidup sihat dan sejahtera nampaknya sia-sia. Hal ini dikatakan demikian kerana harga ubat semakin mahal disebabkan kos pengimportan yang meningkat. Akibatnya, hampir setiap ubat yang diimport dikenakan GST. Kenaikan harga ubat membebankan rakyat yang berpendapatan sederhana. Adanya yang ahli keluarganya terpaksa mengikat perut untuk membolehkan ibu bapa mereka yang sakit untuk membeli ubat. Ada juga remaja yang bekerja untuk menambahkan pendapatan keluarga kerana mereka tidak diberikan makanan langsung. Kehidupan mereka yang hanya berpeluang untuk makan sekiranya bekerja ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Senario ini merupakan kenyataan yang amat pahit kerana semua ahli keluarga terpaksa hidup dalam kesengsaraan. Biar kita ambil contoh, ubat darah tinggi yang naik 30% pada tahun 2015 hingga 2017 telah memberikan kesan yang mudarat kepada ahli keluarga yang menghidap penyakit ini. Ada juga yang terpaksa melupakan ubat, dan ada juga yang terpaksa beratur di hospital kerajaan untuk mendapatkan ubat percuma. Mereka terpaksa menunggu lama di hospital hanya untuk mendapatkan ubat semata-mata. Kos rawatan yang meningkat telah menjejaskan kualiti kesihatan rakyat. Mereka terpaksa mendaftarkan diri sebagai pesakit di hospital kerajaan. Hal ini telah menyebabkan lambakan pesakit berlaku di hospital kerajaan. Akibatnya, jururawat terpaksa melayan lautan manusia yang ingin mendapatkan rawatan. Pesakit-pesakit terpaksa menunggu lama untuk berubat. Kesannya, keluarga pada masa ini menjadi kurang sihat. Kualiti kesihatan ahli keluarga akan terus merosot akibat terpaksa melupakan hasrat untuk membeli suplemen yang mahal. Secara tidak langsung, kehidupan mereka menjadi tidak bahagia kerana terpaksa menghadapi kos rawatan yang semakin hari semakin mahal.

        Memang tidak dapat dinafikan bahawa makanan merupakan sumber tenaga manusia. Manusia terus menjadi mangsa kenaikan kos makanan dan telah menyebabkan ahli keluarga menjimatkan kos penyediaan makanan. Ada juga keluarga yang terpaksa berlapar dan makan dua kali sehari sahaja akibat kekurangan wang. Hal ini merupakan impak daripada kenaikan kos makanan di negara kita, Malaysia. Kenaikan kos makanan disebabkan bahan mentah yang semakin mahal. Hal ini berlaku demikian kerana kawasan pertanian juga semakin kurang aktif menghasilkan makanan. Apabila perkara ini berlaku, rakyat Malaysia terpaksa mengimport makanan dari luar negara pula. Keadaan ini membawa konotasi bahawa rakyat menjadi mangsa kos kenaikan harga makanan. Merekalah yang terpaksa menanggung pelbagai beban kos makanan. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah minyak masak yang telah menghadapi kenaikan lebih 20% sejak GST diperkenalkan. Kenaikan ini menyebabkan ahli keluarga menghadapi masalah untuk menyediakan masakan yang sesuai. Keadaan ini telah menyebabkan ahli keluarga terpaksa membeli sayur paling murah akibat peningkatan kos buah-buahan dan sayur-sayuran. Anak-anak pada masa ini akan berasa bosan akan makanan yang sama tetapi mereka tidak mengetahui bahawa peningkatan kos buah-buahan dan sayur-sayuran telah menyebabkan ibu bapa mereka tiada pilihan lain. Dalam keadaan ini, anak-anak terpaksa makan apa-apa sahaja yang disediakan oleh ibu bapa. Pada masa yang sama, ahli keluarga juga dikatakan kehilangan selera makan. Hubungan anak-anak dengan ibu bapa juga menerima kesan yang negatif akibat peningkatan kos makanan. Impaknya, kenaikan harga makanan hanya memberikan kesan kepada keluarga. Mereka juga terpaksa melupakan hasrat untuk meraikan majlis hari jadi di luar kerana makanan di restoran atau di hotel terlalu mahal sampai tahap tidak mampu dinikmati. Hal ini membuktikan bahawa taraf hidup keluarga merosot seiring kenaikan kos ini.

        Beralih pula pada perspektif yang lain, kos perkhidmatan telah menghadapi kenaikan yang amat mengecewakan. Apabila perkara ini berlaku, ahli keluarga terpaksa menghadapi kos kenaikan ini dengan hati terbuka. Kos sewaan rumah meningkat dan tuan rumah terpaksa menghalau mangsa kenaikan sewa akibat tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membiayai kos sewaan. Laporan akhbar ada menyatakan bahawa mangsa kenaikan sewa terpaksa tidur di dalam kereta. Kos sewaan yang meningkat telah menyebabkan ahli keluarga tidak mampu menyewa rumah. Janganlah kata menyewa rumah, membeli rumah baharu lagi tidak mampu. Hal ini menyebabkan ibu bapa melupakan hasrat untuk memberikan keselesaan dan kebahagiaan kepada anak-anak apabila menghadapi krisis kekeluargaan daripada ekonomi. Sebagai analoginya, laporan akhbar menyatakan bahawa kos isi rumah meningkat dan kadar sewa naik sebanyak 25% pada 2016 dan terus meningkat pada 2017 dan 2018. Persoalannya, siapakah yang bertanggungjawab dalam soal ini? Kesannya pula, kenapakah kenaikan kos perkhidmatan hanya ditanggung oleh ahli keluarga? Anak-anak terpaksa tinggal di rumah yang lebih kecil. Merekalah yang terpaksa tinggal di kawasan setinggan yang kurang selesa. Apabila anak-anak berasa bosan, mereka akan mencari hiburan di luar dan mudah terpengaruh oleh rakan sebaya yang kurang beradab. Apabila perkara ini berlaku, banyak masalah sosial yang dicatatkan di kawasan setinggan akan menyebabkan keluarga bersedih. Natijahnya, keluarga yang menerima kesan buruk daripada kos kehidupan terpaksa menghadapi anak-anak yang hilang kesabaran dan ketenangan. Impak daripada kenaikan kos perkhidmatan adalah amat besar, seperti kualiti kehidupan keluarga semakin hari semakin terjejas teruk. Jika keadaan ini berlaku secara berterusan, dalam jangka masa panjang, ibu bapa juga akan menghadapi masalah domestik pula.

          Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, kos kenaikan pendidikan, rawatan, dan harga makanan menyebabkan keluarga hilang keselesaan hidup dan lunturnya kebahagiaan. Mangsa kenaikan kos tidak dapat menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik kerana terpaksa memikirkan banyak faktor sebelum membelanjakan wang. Hal ini akan menyebabkan masa depan keluarga tidak bahagia pula. Oleh itu, urusan kewangan keluarga patutlah dirancang dengan bijaksananya dan diatur dengan sebaik-baik mungkin oleh ahli keluarga, terutamanya ibu bapa. Walau bagaimanapun, ada juga yang bersikap boros dan suka makan di luar. Mereka tidak mempunyai amalan menabung dan tidak memikirkan masa depan anak-anak dan keluarga. Perbelanjaan mereka lebih banyak daripada pendapatan persis kata peribahasa Melayu, “besar pasak daripada tiang”. Perbuatan sebegini akan menyebabkan ahli keluarga berasa kecewa terhadap mereka. Contoh ketara yang paling dekat dengan kita ialah ibu bapa terpaksa menjual kereta di rumah kerana tidak mampu menampung kos kenaikan perkhidmatan seperti insurans kereta dan petrol. Dengan ini, ibu bapa terpaksa untuk melupakan hasrat untuk memandu kereta sendiri ke tempat kerja. Lebih-lebih lagi, mereka bertambah penat kerana terpaksa bangun awal untuk menunggu bas dan LRT. Hal ini akan menyusahkan kehidupan mereka. Impaknya, ibu bapa yang kepenatan tidak dapat meluangkan masa bersama anak kerana pulang lewat dari pejabat. Selain itu, faktor cuaca seperti hujan pula menjejaskan kesihatan ibu bapa. Ibu bapa yang kehujanan mudah jatuh sakit. Apabila ibu bapa jatuh sakit, anak-anak bertambah risau akan ibu bapa dan kos rawatan tidak mampu ditanggung pula. Deduksinya, kesan jangka panjang akan menyebabkan Malaysia menjadi negara miskin dan kualiti hidup rakyat akan terus terjejas. Apabila situasi sebegini berlaku, rakyat akan menjadi golongan yang terjajah oleh harga barang yang meningkat, menjadi mangsa kenaikan harga barang dan kadangkala menghadapi senario dapur tidak berasap pula.

           Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan, keadaan kewangan keluarga mestilah dirancang dengan baiknya. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan kos atau biaya keluarga mencukupi. Anak-anak yang sudah remaja atau dewasa pula bolehlah mencari kerja sampingan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa bak kata peribahasa, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Kebahagiaan sesebuah keluarga bukan hanya diukur dari segi kewangan semata-mata. Ibu bapa harus mendidik anak dengan menggunakan kaedah nilai murni sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Ibu bapa patutlah mendidik anak supaya menabung sejak kecil kerana kita haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapi kecemasan semasa berlakunya kemelesetan ekonomi ibarat sediakan payung sebelum hujan. Saya berdoa agar setiap keluarga akan menikmati kebahagiaan di dunia dan di akhirat serta bebas daripada beban kewangan. Saya juga berharap agar masalah kenaikan harga barang tidak akan membebankan tanggungan ibu bapa. Didikan ibu bapa mampu melahirkan anak yang akan menjadi manusia yang bijak merancang kewangan demi menjanjikan kebahagiaan dan kesentosaan kepada keluarga agar merealisasikan konsep rumahku, syurgaku! 


11 June 2020

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN SPM - KEISTIMEWAAN MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN

Dalam meniti arus kemodenan ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keunikan dan keindahan alam yang terkenal sebagai destinasi pelancongan. Malaysia memang terkenal dengan banyak keistimewaan yang menjadi pilihan utama pelancong. Walaupun jarak Malaysia jauh dari Eropah, pelancong tetap memilih Malaysia sebagai destinasi ideal percutian utama sekeluarga. Walau betapa sukar sekalipun, keadaan ini bukan penghalang kepada pelancong bak peribahasa Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Persoalannya, apakah keistimewaan yang ada di Malaysia sebagai destinasi pelancongan?
           Sebagai mukadimah perbincangan, sememangnya Malaysia sangat istimewa sekali kerana memiliki beberapa pantai yang bersih, cantik dengan cuaca yang panas dan lembap. Hal ini dikatakan demikian kerana kedudukan Geografi Malaysia terletak pada Garisan Khatulistiwa dengan Iklim Tropika sepanjang tahun. Sebagai contohnya, Pantai Cenang di Langkawi dan pasir putih yang berkilauan di Pulau Redang merupakan antara destinasi pelancongan yang kerap dibanjiri oleh pelancong. Para pelancong teruja dan berpuas hati setelah melihat keindahan pantai tersebut dan bukanlah indah khabar daripada rupa. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa perniagaan kecil seperti menjual makanan dan buah tangan di persisiran pantai. Kesannya, keadaan ini dapat memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk Negara kita. Tegasnya, pantai yang bersih dan cantik serta dengan udara yang nyaman merupakan keistimewaan di Negara Malaysia.
          Selain itu, Malaysia dikurniakan dengan pelbagai jenis makanan tempatan yang sangat unik dan sajian istimewa tersebut dibuat daripada pelbagai air tangan bangsa dan kebudayaan. Para pelancong boleh menikmati pelbagai jenis juadah yang kaya dengan rempah-ratus bak kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Dengan itu para pelancong dapat mengenali dan menikmati makanan di Malaysia. Contohnya, nasi lemak, kuetiau goreng, sate, lemang dan sebagainya menjadi produk pelancongan yang utama, Bukan itu sahaja, media massa boleh menghiasi promo video pelancongan dengan pelbagai juadah yang lazat bagi menarik perhatian para pelancongan dan mencubainya. Izharnya, pelbagai jenis makanan tempatan menjadikan Malaysia sangat istimewa.
          Di samping itu, keistimewaan Malaysia yang seterusnya ialah kemudahan pengangkutan awam termoden dan kondusif. Kemudahan awam memang sangat penting bagi memudahkan perjalanan mereka ketika melancong ke mana-mana destinasi. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai system tren komuter, sistem tren elektronik, bas percuma, kemudahan e-panggilan “Grab Car” dan lain-lain lagi. Jika para pelancong ingin menjimatkan kos perbelanjaan mereka, kemudahan awam merupakan pilihan yang bijak kerana dapat menyenangkan pergerakan para pelancong persis kata orang tua-tua, ukur baju di badan sendiri, sewaktu memilih pengangkutan awam. Saya ingin menegaskan bahawa kemudahan awam yang berkualiti dan selesa makin istimewa di hati pelancong.
           Kesimpulannya, bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak daya tarikan di Malaysia sebagai destinasi pelancongan, Industri pelancongan perlu dimajukan dengan semua keistimewaan yang dirungkaikan seperti di atas kerana mampu memberikan pulangan yang lumayan terhadap ekonomi negara. Lantaran ini, semua pihak harus memberikan kerjasama menjaga kebersihan kawasan sekeliling, memelihara kebudayaan bangsa Malaysia dan menjaga kesopanan diri sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab. Semoga dengan adanya usaha sederap ini, Malaysia mampu menjadi pusat pelancongan utama di persada dunia agar dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara jiran kita. Jelaslah bahawa kita harus mengetahui semua keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN SPM - PRODUK PELANCONGAN ISTIMEWA DI MALAYSIA


Berdasarkan sumber berita daripada Pejabat Perdana Menteri Malaysia pada 5 *Jun* 2020, ucapan yang bertajuk Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin. Beliau mengatakan bahawa empat langkah untuk *mengaktifkan kegiatan industri pelancongan semula*. Sektor pelancongan dianggap sebagai satu industri yang menguntungkan negara dan bidang ini telah merupakan pendapatan utama kepada rakyat dan negara Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur kerana kita ada banyak produk pelancongan untuk menarik minat pelancong yang dari seluruh dunia. Walau bagaimanapun, sesetengah rakyat Malaysia tidak bersyukur dengan produk pelancongan negara kita, mereka sentiasa melancong ke luar negara. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak sedar bahawa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Negara kita mempunyai banyak produk pelancongan istimewa. Persoalannya, apakah produk pelancongan di Malaysia yang perlu diketahui oleh semua?

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa tempat-tempat menarik di Malaysia mampu menjadi produk pelancongan Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak tempat menarik negara kita telah menjadi mercu tanda yang utama *yang* melabelkan Malaysia di peta dunia. *Sebagai contohnya,* tempat menarik di Malaysia yang paling popular dan digemari oleh para pelancong termasuklah Menara Berkembar Petronas KLCC dan tapak-tapak bersejarah di Melaka. Kita mesti melihat sendiri keistimewaannya kerana tak kenal maka tak cinta. Oleh sebab itu, keistimewaan Malaysia seperti kemegahan bangunan pencakar langit dan keunikan bangunan bersejarah dapat diperhatikan oleh para pelancong. Keistimewaan-keistimewaan tempat menarik tersebut menjadi faktor pendorong kepada kedatangan pelancong ke negara kita. Seperti yang telah dinyatakan, produk pelancongan utama di negara ini ialah tempat-tempat menarik.
Pada masa yang sama, kebudayaan pelbagai kaum merupakan produk pelancongan Malaysia. Sektor pelancongan juga mempromosikan budaya amalan Malaysia yang unik kepada pelancong luar negara. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik yang unik dan menarik sekali antaranya Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Bajau dan Iban. Walau bagaimanapun, kita menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain, namun masyarakat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersatu padu dan bertolong-tolongan bagai aur dengan tebing. Setiap kaum mempunyai adat dan budaya yang berbeza-beza mampu menarik minat pelancong untuk turut menyertai aktiviti tradisional mereka. Sebagai contohnya, permainan tradisional , persembahan muzik tradisional, dan seni budaya. Persembahan kesenian tradisional seperti wayang kulit, dikir barat dan kuda kepang manakala permainan seperti sepak raga, congkak dan wau yang diamati oleh pelancong mendorong mereka untuk datang semula. Kesannya, para pelancong akan menghayati kebudayaan yang unik apabila melancong ke negara Malaysia. Tegasnya, produk pelancongan berasaskan kebudayaan mestilah kita utamakan.

Sementara itu, Malaysia terkenal sebagai syurga beli-belah juga sebagai produk pelancongan. *Hal ini terjadi demikian kerana* Malaysia mempunyai banyak pusat beli-belah dibuka termasuk yang tidak mengenakan cukai. Sebagai contohnya, Malaysia mempunyai pusat beli-belah yang popular seperti Genting Premium Outlet, Pusat Beli-belah Pavilion dan Midvalley Megamall selalu dikunjungi oleh pelancong domestik dan pelancong asing. Berdasarkan sumber daripada laman web Tourism Malaysia pada 15 Mac 2014, statistik menunjukkan Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai Bandar raya Beli-belah Ke-4 Terbaik dunia selepas New York, Tokyo dan London untuk dua tahun berturut-turut (2012-2013). Akibatnya, pelancong dapat berbelanja di Malaysia dan meningkatkan kadar mata wang . Dengan keadaan sedemikian, rakyat kita juga memperoleh peluang pekerjaan kerana ada gula ada semut. Tuntasnya, pusat beli-belah ialah produk pelancongan yang penting kepada Malaysia.
Secara keseluruhan, industri pelancongan menjadi satu projek atau program pembangunan yang menguntungkan negara daripada pelbagai sudut. Industri pelancongan mampu melestarikan warisan dan memajukan ekonomi negara kita. Industri ini masih perlu diterokai kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu, kita haruslah bersikap mesra dengan pelancong dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk menjaga imej baik Malaysia. Keseluruhan rakyat jelata harus menyelaraskan minda sebagai sebuah negara perkhidmatan setimpal dengan status sebagai sebuah negara maju. Saya berdoa semoga pelancong akan berpuas hati dan memberikan tanggapan baik kepada Malaysia. Produk pelancongan di Malaysia pasti menjadi buah mulut seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka. Kita mesti menjaga dan memelihara produk pelancongan yang ada di Malaysia.

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN - KEISTIMEWAAN MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN

         Negara Malaysia terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan yang sering menjadi pilihan utama pelancong seluruh dunia. Ramai pelancong memilih Malaysia sebagai destinasi percutian utama sekeluarga. Jarak Malaysia yang agak jauh dari benua Eropah tidak menjadi penghalang kepada pelancong yang ingin mengunjungi negara kita yang penuh dengan daya tarikan ini. Selaras dengan peribahasa Melayu hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, para pelancong sanggup menempuh penerbangan jauh semata-mata untuk menyaksikan keunikan Malaysia dengan mata kepala sendiri. Soalnya, apakah keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di negara Malaysia yang begitu menarik sehingga mengundang para pelancong?
Pertamanya, Malaysia istimewa sekali kerana memiliki pantai yang bersih lagi cantik. Pemandangan pantai yang indah digabungkan dengan cuaca yang panas dan lembap merupakan sebab utama pantai negara kita sering disenaraikan dalam katalog Pantai-pantai Tercantik di dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana Malaysia terletak di garisan khatulistiwa yang menjamin iklim tropikanya sepanjang tahun. Sebagai contohnya, Pantai Cenang di Langkawi yang popular dalam kalangan pelancong disebabkan oleh keindahan pemandangan matahari terbenam dan pasir putih yang berkilauan di Pulau Redang membuatkan para pelancong berasa teruja dan berpuas hati dengan destinasi pelancongan mereka kerana keunikannya memang terserlah serta bukanlah indah khabar daripada rupa sahaja. Kesannya, peningkatan jumlah pelancong yang bercuti di pantai-pantai Malaysia memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk kita. Tuntasnya, kita mengetahui bahawa pantai yang bersih dan cantik merupakan keistimewaan di negara Malaysia. 
Seterusnya, Malaysia bertuah kerana dikurniakan pelbagai jenis makanan tempatan yang sangat unik. Tarikannya terletak pada sajian istimewa daripada pelbagai air tangan bangsa dan kebudayaan yang diwarisi secara turun-temurun. Kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta, maka para pelancong yang menjejakkan kaki di tanah air kita mestilah mengenali makanan di Malaysia sebagai langkah pertama menghayati budaya negara kita yang berbilang bangsa. Misalnya, sate, lemang, mi goreng mamak, makanan laut, kuetiau goreng dan nasi lemak merupakan antara juadah seharian masyarakat tempatan yang digemari oleh ramai pelancong. Hasilnya, masakan tradisional menjadi produk pelancongan yang utama dan kerap menghiasi video pelancongan yang ditayangkan di pameran pelancongan pada peringkat antarabangsa. Pokoknya, jelaslah kepada kita bahawa pelbagai jenis makanan tempatan menjadikan Malaysia sangat istimewa di mata dunia. 
Di samping itu, kemudahan pengangkutan awam termoden ialah keistimewaan Malaysia yang sering kita terlepas pandang. Kemudahan tersebut memberikan kebebasan kepada pelancong untuk bergerak ke mana-mana tanpa memerlukan pihak hotel untuk mengaturkan pengangkutan khas untuk mereka. Sebagai contohnya, sistem tren komuter, sistem tren elektronik, kapal terbang, teksi dan bas merupakan antara pengangkutan awam yang sentiasa sedia untuk digunakan oleh para pelancong mahupun penduduk tempatan. Kemudahan tersebut turut memudahkan jurupandu pelancongan membawa pelancong ke pusat pelancongan malah menjimatkan perbelanjaan kerana kosnya rendah. Selaras dengan bajet percutian mereka, para pelancong dapat berbelanja mengikut kemampuan masing-masing persis kata mutiara ukur baju di badan sendiri sewaktu memilih sistem pengangkutan awam agar tidak melebihi perancangan perbelanjaan mereka. Sesungguhnya, sudah terbukti bahawa negara Malaysia makin istimewa di dalam hati pelancong kerana kemudahan pengangkutan awam yang disediakan ini. 
Akhirulkalam, industri pelancongan Malaysia perlu dimajukan dengan semua keistimewaan di atas agar potensi sektor pelancongan negara mampu dimaksimumkan untuk menguntungkan ekonomi tempatan. Rakyat negara disarankan agar menjaga kebersihan watan tercinta terutamanya di lokasi tumpuan pelancong, memelihara kebudayaan yang diwarisi daripada nenek moyang agar tidak lapuk ditelan zaman serta menjaga kesopanan antara satu sama lain khususnya apabila berhadapan dengan para pelancong. Dengan kerjasama antara pihak kerajaan dan para rakyat, diharapkan bahawa Malaysia pasti mampu menjadi pusat pelancongan utama di peta dunia dan dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara jiran kita. Tegasnya, semua pihak wajarlah mengetahui semua keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan supaya dapat membawa kepada peningkatan kemajuan dalam sektor pelancongan tempatan. 

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN - PRODUK PELANCONGAN DI MALAYSIA

Malaysia yang kupuja
Di desa juga di kota
Mari nikmati semua
Cuti-cuti Malaysia

Pohon pohon melambai
Terkenang desa nan permai
Keluarga sahabat handai
Mari beramai-ramai

      Lirik lagu di atas daripada lagu Cuti-cuti Malaysia, nyanyian Dato’ Seri Siti Nurhaliza menyeru kita sebagai rakyat Malaysia untuk melancong di watan tercinta. Umum mengetahui bahawa Malaysia mempunyai pelbagai keistimewaan yang mampu menggamit pelancong sama ada dari dalam negara ataupun dari luar negara. Suatu hakikat yang tidak dapat dikesampingkan ialah sektor pelancongan merupakan antara sektor terpenting di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana sektor pelancongan merupakan penyumbang utama kepada pendapatan rakyat dan negara Malaysia. Oleh hal yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia patutlah bersyukur kerana negara kita ada banyak produk pelancongan. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang tidak bersyukur dengan produk pelancongan yang istimewa ini. Mereka berpendapat bahawa negara lain semestinya lebih baik daripada negara kita. Pemikiran sebegini telah menyebabkan mereka asyik melancong ke luar negara kerana mereka tidak sedar bahawa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Sebenarnya, produk pelancongan di tanah air yang tercinta ini mampu bersaing dengan negara lain. Persoalan yang telah menerjah dan menerawang dalam minda kita ialah apakah produk pelancongan di Malaysia yang perlu diketahui oleh semua?

      Memang tidak dapat dinafikan bahawa tempat-tempat menarik di Malaysia mampu menjadi produk pelancongan. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat sesetengah lokasi yang terkenal boleh menjadi mercu tanda utama Malaysia. Lokasi-lokasi yang terkenal ini dapat melabelkan Malaysia di peta dunia dan menjadikan nama negara kita terkenal di seluruh pelosok dunia. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah Menara Berkembar Petronas KLCC yang merupakan menara berkembar yang tertinggi di dunia dan tapak-tapak bersejarah di Melaka. Apabila nama Menara Berkembar Petronas disebut, sudah pasti rakan-rakan kita dari negara luar akan mengenalinya. Situasi ini telah membuktikan bahawa lokasi-lokasi yang terdapat di ibu pertiwi mampu menarik pelancong asing kerana negara kita sudah mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Oleh itu, pelancong asing mesti melihat sendiri keistimewaan tempat-tempat ini kerana tak kenal maka tak cinta. Natijahnya, kemegahan bangunan pencakar langit dan keunikan bangunan bersejarah patutlah kita hargai sebagai rakyat Malaysia. Jelaslah bahawa produk pelancongan utama di negara ini ialah tempat-tempat menarik.

       Sebagaimana yang kita maklum, kebudayaan pelbagai kaum juga merupakan produk pelancongan Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik yang unik dan menarik sekali. Dengan perkataan lain, negara kita berbeza dengan kebanyakan negara yang lain yang hanya terdiri daripada satu kaum. Dengan ini, kewujudan masyarakat majmuk membolehkan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan bertolong-tolongan bagai aur dengan tebing. Semangat perpaduan yang utuh dapat dibentuk dalam kalangan rakyat yang mampu menjadi senjata yang ampuh untuk menangkis segala ancaman anasir luar. Pelancong asing akan tertarik untuk melawat negara kita kerana ingin memahami perbezaan budaya yang terdapat di watan tercinta. Sebagai contohnya, terdapat permainan tradisional, persembahan muzik tradisional, dan seni budaya yang berbagai-bagai jenisnya. Kebanyakan pelancong asing yang melancong di negara kita tertarik dengan keunikan dan kepelbagaian budaya kita. Mereka juga berasa kagum apabila ternampak negara kita yang berbilang kaum ini dapat menikmati kehidupan yang aman dan damai. Oleh sebab itu, mereka akan menghayati kebudayaan yang unik apabila melancong ke negara Malaysia. Deduksinya, produk pelancongan berasaskan kebudayaan mestilah kita utamakan.

        Beralih pula pada perspektif yang lain, Malaysia terkenal sebagai syurga beli-belah sebagai produk pelancongan. Hal ini berlaku demikian kerana terdapat banyak pusat beli-belah dibuka termasuk yang tidak mengenakan cukai. Biar kita ambil contoh, Genting Premium Outlet, Pusat Beli-belah Pavilion, Midvalley Megamall dan sebagainya merupakan antara pusat beli-belah yang sering dikunjungi oleh pelancong asing. Impaknya, pelancong dapat berbelanja di Malaysia dengan membeli barangan pada harga yang berpatutan. Selain itu, pelancong juga suka menikmati juadah-juadah dan makanan tradisional yang lazat dan didapati di pusat beli-belah. Secara tidak langsung, pelancong asing telah membantu negara kita meningkatkan kadar mata wang. Pengaliran masuk mata wang asing dapat memacu ekonomi Malaysia sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat ibarat sambil menyelam minum air. Lebih-lebih lagi, rakyat kita memperoleh peluang pekerjaan akibat kemajuan dalam sektor pelancongan kerana ada gula ada semut. Tegasnya, pusat beli-belah ialah produk pelancongan yang penting kepada Malaysia.

         Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan, industri pelancongan berpotensi melestarikan warisan dan memajukan ekonomi Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia patutlah bersikap mesra dengan pelancong dan memberikan perkhidmatan yang terbaik tanpa mengira status ekonomi mereka. Prakarsa yang diambil ini memerlukan komitmen yang padu daripada semua pihak, bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun melepaskan batuk di tangga sahaja. Saya berharap agar pelancong akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kita berikan. Dengan ini, pelancong asing akan memberikan tanggapan baik kepada Malaysia. Apabila kita bersikap mesra, produk pelancongan di Malaysia pasti menjadi buah mulut penduduk dunia. saya ingin menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia mesti menjaga dan memelihara produk pelancongan yang sedia ada supaya industri pelancongan dapat menggapai lonjakan pada masa depan.

10 June 2020

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN SPM - KEISTIMEWAAN MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN

KEISTIMEWAAN MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN

          Malaysia merupakan antara destinasi pelancongan yang terkenal di seantero dunia dan menjadi pilihan utama pelancong asing. Pelancong- pelancong memilih Malaysia kerana tempat ini ialah destinasi percutian utama sekeluarga. Walaupun Malaysia jauh dari Eropah, tetapi perkara ini tidak menjadi penghalang kepada pelancong yang hendak makan angin di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pelancong-pelancong tabah menempuh penerbangan jauh yang mengambil masa berbelas-belas jam. Persoalan yang berlegar-legar dalam gawang minda kita ialah apakah keistimewaan yang ada di Malaysia sehingga menjadi destinasi pelancongan yang terkenal di dunia?

          Sebagai bunga mukadimah, Malaysia sangat istimewa sekali kerana negara kita memiliki pantai yang bersih dan cantik. Hal ini dikatakan demikian kerana cuaca di Malaysia panas dan lembap. Bukan itu sahaja, Malaysia terletak di garisan khatulistiwa dengan iklim tropika. Sebagai contohnya, Pantai Cenang di Langkawi mempunyai pemandangan yang indah nian dan pasir putih yang berkilauan terdapat di Pulau Redang. Perkara ini menyebabkan pelancong teruja dan berpuas hati kerana tempat pelancongan di Malaysia bukanlah seperti indah khabar daripada serupa sebagaimana yang berlaku di negara pelancongan lain apabila ada pelancongnya berasa kecewa kerana kecantikan di negara tersebut bukanlah seindah khabar yang disampaikan dalam perkongsian dalam media sosial. Impaknya, lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan yang diberikan kepada penduduk kita. Dengan usaha ini, kadar pengangguran di negara kita dapat dikurangkan secara tidak langsung dari masa ke masa. Tegasnya, pantai yang bersih dan cantik merupakan keistimewaan di negara Malaysia.

          Jika ditinjau daripada perspektif lain, Malaysia dikurniakan pelbagai jenis makanan tempatan yang sangat unik. Hal ini dikatakan demikian kerana sajian istimewa itu muncul daripada pelbagai air tangan bangsa dan kebudayaan di negara kita. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Pelancong-pelancong yang melancong ke negara kita akan mengenali berbagai-bagai jenis makanan di Malaysia. Sebagai contohnya, sate, lemang, mi goreng mamak, makanan laut, kuetiau goreng, nasi lemak dan sebagainya merupakan antara hidangan yang enak sekali. Natijahnya, makanan tempatan telah menjadi produk pelancongan yang utama dan menghiasi video pelancongan Malaysia. Sesungguhnya, pelbagai jenis makanan tempatan di negara kita telah menjadikan Malaysia sangat istimewa di dunia sejagat.

          Sebagai cetusan idea yang seterusnya, kemudahan pengangkutan awam termoden ialah keistimewaan Malaysia. Kemudahan ini telah memudahkan pelancong-pelancong untuk bergerak ke mana-mana sahaja tanpa melengah- lengahkan masa yang terharga persis kata mutiara masa itu emas kerana masa yang dimiliki oleh mereka untuk melancong tidak lama. Sebagai contohnya, terdapat sistem tren komuter, sistem tren elektronik, kapal terbang, teksi, bas dan sebagainya. Dengan adanya kemudahan yang sedia ada di negara kita, pelancong dapat menjimatkan perbelanjaan mereka sekiranya mereka ukur baju di badan sendiri sewaktu memilih sistem pengangkutan awam agar bersesuaian dengan kemampuan dan perancangan ekonomi mereka. Saya ingin menegaskan bahawa Malaysia makin istimewa di dalam hati pelancong kerana kemudahan ini memudahkan pelancong-pelancong di negara kita. 

          Akhirulkalam, industri pelancongan perlu dimajukan dengan semua keistimewaan yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, kebersihan mesti dijaga oleh semua rakyat Malaysia kerana tindakan ini merupakan antara elemen penting dalam memikat hati pelancong untuk melancong di negara kita. Rakyat Malaysia juga perlu memelihara kebudayaan dan menjaga kesopanan agar nama Malaysia dapat diharumkan. Saya yakin bahawa Malaysia pasti mampu menjadi pusat pelancongan utama di peta dunia dan dapat setanding dengan negara maju lain persis kata aforisme, industri pelancongan mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara yang sudah kesohor dalam industri ini. Oleh hal yang demikian, semua rakyat patut mengetahui semua keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan agar industri pelancongan di negara kita semakin maju pada masa yang akan datang.


9 June 2020

KARANGAN UMUM SPM - PERANAN IBU BAPA MENGAWAL PENGGUNAAN TELEFON PINTAR DALAM KALANGAN ANAK MEREKA

          Pada zaman globalisasi ini , isu pengguna telefon pintar semakin meningkat dan tidak pernah menyusut malah kian membimbangkan. Menurut sumber daripada akhbar Utusan Malaysia, pengguna telefon pintar di Malaysia ialah 26 juta orang pada tahun 2016 kerana telefon pintar mempunyai banyak fungsi yang memudahkan kita. Walau bagaimanapun, statistik menunjukkan 80 peratus remaja menyalahgunakan telefon pintar. Dalam kalangan remaja ini, terdapat 90 peratus remaja menggunakan telefon pintar kerana perasaan mereka yang ingin cuba yang ada pada diri mereka. Antaranya, 70 peratus daripada mereka disebabkan oleh masalah gagal dikawal oleh ibu bapa mereka. Penyalahgunaan telefon pintar dalam kalangan remaja menyebabkan mereka mengabaikan tugasan harian dan tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Sehubungan dengan itu, prestasi mereka dalam pelajaran akan terjejas dan masalah ini semakin hari semakin serius. Fenomena ini bagai bisul menjadi nanah jika dibiarkan oleh ibu bapa yang gagal mengawal anak mereka Oleh sebab itu, masalah yang serius ini perlu diatasi sebelum nasi sudah menjadi bubur. Persoalan yang perlu kita bincangkan ialah apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak mereka?

          Peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon pintar dalam anak mereka ialah ibu bapa mestilah mengajar anak mereka cara betul menggunakan telefon pintar. Hal ini kerana anak-anak dapat dielakkan daripada menyalahgunakan telefon pintar yang dimiliki oleh mereka. Ibu bapa boleh memberikan pengetahuan kepada anak-anak tentang kes penyalahgunaan telefon pintar dan memastikan anak-anak mempunyai ilmu penggunaan telefon pintar yang betul. Ibu bapa mestilah mengajar dan mendidik anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Sebagai contohnya, ibu bapa haruslah mengajar anak cara yang betul pada hari pertama anak mereka dibelikan telefon pintar. Sumber daripada akhbar Berita Harian melaporkan 55% remaja mendedahkan maklumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali , termasuk memberikan gambar dan gambaran fizikal diri mereka. Oleh itu, anak tidak akan menjadi golongan nomofobia, iaitu fenomena yang menyebabkan seseorang terasa fobia tanpa telefon pintar. Sebaliknya, anak-anak mampu memanfaatkan telefon pintar untuk mencari maklumat yang penting dan berguna. Tambahan pula, anak-anak dapat membaca bahan-bahan yang berkualiti yang tidak menjejaskan pelajaran mereka. Ibu bapa harus sedar bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya dalam hal ini. Hal ini sudah jelas membuktikan bahawa anak-anak mestilah diajar oleh ibu bapa cara menggunakan telefon pintar mereka.

          Di samping itu, ibu bapa mestilah mendedahkan anak mereka kepada isu penyalahgunaan telefon pintar. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak remaja akan hilang kawalan terhadap telefon pintar dan mula ketagihan penggunaan telefon pintar. 29% remaja hari ini menjadi mangsa dihubungi dan dihendap oleh individu yang tidak dikenali oleh mereka. Lebih -lebih lagi, 29% remaja memuat naik maklumat yang salah dan palsu, gambar yang memalukan dan menyebarkan lawak tidak baik mengenai seseorang dalam media sosial. Perbuatan remaja ini akan terkena kembali kepada diri sendiri bagai menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri. Misal kata, ibu bapa harus membincangkan penyalahgunaan telefon pintar dengan anak-anak. Menurut Akhbar Berita Harian, laporan menunjukkan bahawa 24% ibu bapa memeriksa kandungan telefon pintar anak mereka. Akibatnya, anak-anak mereka tidak akan mengabaikan pelajaran walaupun memiliki telefon pintar sebaliknya mereka akan memanfaatkan telefon pintar untuk menyimpan nota dan maklumat peperiksaan. Anak-anak juga hanya menggunakan telefon pintar sekiranya selesai menjalankan tugas harian. Oleh itu, remaja begitu tidak akan membazirkan masa kerana bagi mereka masa itu emas. Tuntasnya, anak mestilah didedahkan oleh ibu bapa tentang penyalahgunaan telefon pintar agar dapat mengawal anak-anak daripada menyalahgunakan telefon bimbit.

          Seterusnya, ibu bapa mestilah memantau penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak. Hal ini berpunca daripada ibu bapa dapat mendisiplinkan anak-anak sebelum mereka terlibat dalam gejala sosial. Ibu bapa boleh mengehadkan jadual anak hanya menggunakan telefon pintar apabila mereka memerlukan fungsinya. Hal inilah dapat memastikan anak-anak tidak bergaul dengan mana-mana individu di luar sana. Remaja yang pintar dikatakan jauhari jua yang mengenal manikam dalam isu ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, penggunaan telefon pintar yang terlalu lama akan menjejaskan kesihatan remaja. Sebagai contohnya, mata remaja akan menjadi kering, penat dan mengalami kesakitan di batu dan di leher. Oleh hal yang demikian, anak tidak akan mengalami masalah kesihatan mata jika dipantau oleh ibu bapa. Dengan usaha yang diambil ini anak-anak dapat mengimbangi masa antara pelajaran dengan aktiviti bersosial. Anak juga akan menjadi lebih rapat dengan ibu bapa daripada rapat dengan telefon. Anak-anak akan menghargai ibu bapa yang menjaga mereka bagai menatang minyak yang penuh. Anak-anak mestilah dipantau oleh ibu bapa dalam penggunaan telefon pintar supaya mereka tidak akan bermanja-manja dan bermain-main dengan telefon pintar sehingga melupakan pelajaran.

          Selain itu, ibu bapa bolehlah membelikan anak mereka telefon pintar sekiranya anak matang. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak ibu bapa membelikan telefon pintar kepada anak mereka sewaktu usia anak belum matang lagi. Anak-anak akan mendapat gantian kasih sayang ibu bapa yang membeli telefon pintar yang mahal. Anak pula menyalahgunakan telefon pintar untuk menunjuk-nunjuk kepada kawan. Anak yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang perlu dijaga kerana mereka masih sangat muda dan belum berpengalaman. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh mendapatkan pandangan daripada kawan dan pakar dalam hal ini. Dalam temu ramah baru-baru ini dengan The Mirror, Bill Gates mengatakan bahawa remaja berusia 14 tahun baru sesuai memiliki telefon pintar sendiri. Impaknya, anak remaja itu dapat berfikir dengan matang dan membuat keputusan yang baik. Mereka tidak akan membazirkan masa bersembang kosong dengan aplikasi media sosial dan memanfaatkan telefon pintar secara optimum dalam pelajaran dan kehidupan. Anak remaja ini dapat membuat perbezaan yang mana kaca, yang mana permata. Sudah terang lagi bersuluh, telefon pintar mampu dibeli oleh ibu bapa jika anak cukup matang untuk menggunakannya agar kawasan dapat dilakukan terhadap anak-anak daripada terjerumus dalam ketagihan telefon pintar sehingga pelajaran terabai.

          Konklusinya, semua ibu bapa mestilah memainkan semua peranan di atas agar anak remaja tidak menyalahgunakan telefon pintar sehingga menjejaskan pelajaran yang lebih penting. Pada pendapat saya, ibu bapa harus menghadiri kursus keibubapaan dan peranannya dari masa ke masa. Ibu bapa juga mestilah memahami dan mengetahui kelemahan serta kekuatan anak-anak. Seterusnya, ibu bapa perlu prihatin dan cakna dalam hal yang berkaitan dengan telefon pintar yang boleh menjejaskan pelajaran anak mereka. Ibu bapa moden haruslah ingat bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Jangan sekali-kali membiarkan anak-anak remaja menyalahgunakan telefon pintar. Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka supaya anak remaja tidak akan mengabaikan pelajaran dan tugasan yang diamanahkan dan anak remaja akan membahagikan masa antara pelajaran dengan kehidupan. Anak remaja juga akan menggunakan telefon pintar dengan bijaksana dan penuh manfaat. Remaja ialah harapan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja kini akan menjadi bakal pemimpin yang bijak memanfaatkan telefon pintar dalam kehidupan. Peranan yang penting mesti dimainkan oleh ibu bapa agar anak-anak tidak menyalahgunakan telefon pintar hingga mengabaikan tugasan dan prestasi mereka.

MARKAH & KOMEN
73/100
(KESALAHAN STRUKTUR DALAM KARANGAN SEBENAR TELAH SAYA BAIKI)
Tema - menjawab tugasan
Idea - tepat dan masih dihuraikan dengan jelas
Bahasa - perlu dibaiki kelemahan walaupun ayat masih lancar
Pengolahan - wacana lengkap dan unsur keindahan ada tetapi boleh diperbaik

KEISTIMEWAAN MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN (KARANGAN BAHAN RANGSANGAN SPM)

          Menurut sumber daripada Berita Harian yang disiarkan pada 1 Januari 2020, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu seluruh rakyat menerima Tahun Melawat Malaysia 2020(TMM2020) sebagai misi nasional dan memainkan peranan masing-masing bagi menjayakannya. Malaysia dikatakan terkenal kerana Malaysia mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati. Malaysia telah menjadi pilihan utama pelancong bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. Kebanyakan pelancong lebih suka memilih Malaysia sebagai destinasi percutian utama sekeluarga. Walaupun jarak Malaysia jauh dari negara asing seperti Eropah namun hal ini juga tidak akan menjadi penghalang kepada pelancong. Walau bagaimanapun, kita yakin bahawa pelancong dapat menempuh penerbangan jauh untuk melancong di Malaysia bak pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Bersandarkan statistik semasa, prestasi industri pelancongan Malaysia untuk Januari hingga September 2019 menyaksikan kesan amat menggalakkan apabila ketibaan warga asing meningkat 3.7 peratus kepada 20.11 juta orang berbanding 19.39 juta orang bagi tempoh sama 2018. Malaysia merupakan  destinasi pelancongan yang mempunyai banyak keistimewaan tersendiri. Jika kita tepuk dada, tanya selera, kita akan mengetahui keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Apakah keistimewaannya?

          Malaysia sangat istimewa sekali kerana memiliki pantai yang bersih dan cantik. Perkembangan industri pelancongan di negara kita juga disebabkan oleh keadaan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun kerana kedudukan Malaysia terletak berhampiran dengan garisan khatulistiwa. Dengan itu, iklim tropika negara kita telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang popular terutama pelancong asing dari negara dengan empat musim. Misalnya, Pantai Cenang di Langkawi memiliki pantai dengan campuran pasir putih yang berkilauan, perairan biru kristal dan kawasan yang mendamaikan dengan udara yang nyaman. Antara pulau yang menjadi tumpuan para pelancong di negara kita termasuklah Pulau Langkawi, Pulau Redang dan Pulau Tioman. Para pelancong juga dapat merasai ”syurga dunia” dengan melakukan aktiviti selam skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Tioman. Para pelancong akan teruja dan berpuas hati kerana destinasi pelancongan Malaysia bukanlah indah khabar daripada rupa.Natijahnya, industri pelancongan akan memberikan pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk kita. Tuntasnya, pantai yang bersih dan cantik merupakan keistimewaan di negara Malaysia untuk menarik para pelancong.

          Lain daripada itu, Malaysia dikurniakan pelbagai jenis makanan tempatan yang sangat unik. Hal ini dikatakan demikian kerana sajian istimewa daripada pelbagai air tangan bangsa dan kebudayaan. menghiasi meja makan di restoran mahupun di kedai makan di bawah pokok yang rendang dibuai angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa Pelancong mesti mengenali dan menggemari makanan di Malaysia kerana tak kenal maka tak cinta. Negara kita yang mempunyai pelbagai kaum yang berlainan dan masakan yang berbeza seperti masakan Melayu, masakan Cina dan masakan India. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mengetahui beraneka jenis makanan seperti sate, lemang, mi goreng mamak, makanan laut, kuetiau goreng dan nasi lemak. Makanan tempatan menjadi produk pelancongan yang utama di Malaysia untuk menarik minat pelancong untuk mengunjungi negara kita. Kita juga boleh menghiasi video pelancongan dengan keistimewaan Malaysia. Tegasnya, pelbagai jenis makanan tempatan menjadikan Malaysia sangat istimewa di mata pelancong dari setiap pelosok dunia.

          Pada masa yang sama, kemudahan pengangkutan awam termoden juga ialah keistimewaan Malaysia yang melonjakkan industri pelancongan domesti dan antarabangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana kemudahan pengangkutan awam akan memberikan kemudahan kepada pelancong untuk bergerak ke mana-mana. Sistem pengangkutan yang efisien di negara kita memainkan peranan yang penting untuk menjanakan perkembangan industri pelancongan. Sebagai contohnya, kemudahan pengangkutan di Malaysia termasuklah sistem tren komuter, sistem tren leketronik, kapal terbang, teksi dan bas. Apabila pemandu pelancong membawa pelancong ke pusat pelancongan, pelancong mampu menjimatkan perbelanjaan mereka dengan menggunakan perkhidmatan kemudahan pengangkutan awam negara. Pelancong haruslah ukur baju di badan sendiri sewaktu memilih sistem pengangkutan awam. Keadaan ini dikatakan jelas bak peribahasa sudah terang lagi bersuluh bahawa Malaysia makin istimewa di dalam hati pelancong kerana kemudahan ini.

          Kesimpulannya, industri pelancongan perlu dimajukan dengan semua keistimewaan yang saya nyatakan di atas untuk menarik lebih banyak pelancong agar melancong ke negara kita. Di sebalik itu, kita perlulah menjaga kebersihan alam sekitar kita, memelihara kebudayaan kaum dan menjaga kesopanan diri sendiri. Sebagai contohnya, orang awam sekurang-kurangnya boleh memainkan peranan dengan cara bertegur sapa dengan para pelancong atau sekadar mengukir senyuman sebagai tanda persahabatan dan kemesraan kerana budi bahasa budauya kita. Saya berdoa semoga nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia ubtuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka melalui keprihatinan dan rasa bertanggungjawab rakyat Malaysia. Saya yakin bahawa Malaysia pasti mampu menjadi pusat pelancongan utama lalu mengukir nama indah di peta dunia. Pada masa akan datang, iaitu tidak lama lagi, negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara jiran kita yang sudah tersohor sebagai negara pelancongan di rantau ini. Tuntasnya, para pelancong mengetahui semua keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kerana keistimewaan ini lahir daripada usaha kerajaan dan kerjasama rakyat serta komitmen semua pihak.

markah 26/30
Tema - menjawab tugasan
Idea - matang dan jelas
Bahasa - masih boleh diperbaik dari segi struktur dan kosa kata
Pengolahan - menarik dan ada kemajuan!

Tahniah!