Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

13 December 2017

CAKNA EJA CAKNA MAKNA CAKNA BAHASA (2)

CAKNA EJA CAKNA MAKNA CAKNA BAHASA (2)

karenah
(karénah) Ar alamat, bukti, tanda.

kerenah
(kerénah) ragam, tingkah laku, kemahuan: banyak benar ~nya budak ini; ~ birokrasi proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai formaliti, peringkat, peraturan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat diluluskan atau dilaksanakan.

SUMBER: KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT

Janganlah kita berkata bahawa ejaan "karenah" salah manakala ejaan "kerenah" betul. Sebaliknya, kita haruslah menjelaskan bahawa "karenah" dan "kerenah" mendukung makna yang berbeza. Dengan berbuat begitu, murid-murid akan mendapat pengetahuan dan informasi yang betul bahawa kedua-dua patah perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.

Banyak buku rujukan dalam pasaran yang melabelkan "karenah" sebagai kesalahan ejaan dan tidak mempunyai maknanya padahal definisi perkataan itu ada dalam Kamus Dewan. Rujuklah Kamus Dewan dengan telitinya sebelum kita membuat keputusan bahawa sesuatu perkataan itu tidak wujud atau salah dari segi ejaannya.

Kongsikan ilmu bahasa, sebarkan ilmu baharu, suburkan bahasa Melayu.

12 December 2017

CAKNA EJA CAKNA MAKNA CAKNA BAHASA (1)

CAKNA EJA CAKNA MAKNA CAKNA BAHASA (1)

ambulan
(Ubat) berupaya utk berjalan, bukan setakat terbaring sahaja (bkn pesakit).

ambulans
kenderaan yg digunakan khas utk membawa orang sakit atau cedera (ke hospital).

SUMBER: KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT

Janganlah kita berkata bahawa ejaan "ambulan" salah manakala ejaan "ambulans" betul. Sebaliknya, kita haruslah menjelaskan bahawa "ambulan" dan "ambulans" mendukung makna yang berbeza.

Banyak buku rujukan dalam pasaran yang melabelkan "ambulan" sebagai kesalahan ejaan padahal maknanya ada dalam Kamus Dewan.

Kongsikan ilmu bahasa, sebarkan ilmu baharu, suburkan bahasa Melayu.

22 November 2017

BENGKEL PEMBINAAN MODUL BM SPM - PERINGKAT DAERAH SANDAKAN, SABAH.

Pada 20 November 2017, Majlis Pengetua Sandakan dan SM ST MICHEAL telah mengundang saya untuk menyampaikan seminar bahasa dan teknik pembinaan modul BM SPM kepada 41 orang peserta daripada 20 buah sekolah di daerah Sandakan, Sabah. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua peserta kerana berjaya menunjukkan semangat yang tinggi dan berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan. Terima kasih juga kepada Cikgu Sim daripada SM ST MICHEAL yang merancang dan merealisasikan perancangan ini.

Hasil daripada perbengkelan kertas 2 itu, 20 rumusan, 20 set komsas, 20 set tatabahasa dan 20 set soalan novel telah berjaya disiapkan. Bahan-bahan tersebut akan dimurnikan dan dibukukan untuk kegunaan semua sekolah di daerah Sandakan. Di samping itu, saya juga telah menyampaikan seminar bahasa tentang istilah semasa keluaran DBP yang dapat memanfaatkan guru-guru di se-Sandakan di samping beberapa petua tatabahasa.

Hubungi saya pada talian 0122099440 atau cikgutancl@hotmail.com jika ada sekolah atau daerah yang ingin menjalankan bengkel pembinaan modul BM SPM atau BM PT3.