SOALAN RAMALAN 2015
(KBAT)
Rakyat sesebuah
negara yang bersatu padu dapat membina negara yang maju dan moden. Huraikan
kepentingan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat di sesebuah negara.
[100 markah]
PENDAHULUAN
|
Sebatang kayu
– mudah dipatahkan – seberkas kayu – sukar dipatahkan – analogi ini
membuktikan kepentingan semangat bersatu padu – rakyat dan negara saling
memerlukan – memahami tugas membina negara yang maju dan moden dengan
semangat bersatu padu
|
ISI PENTING
|
1. Semangat
bersatu padu – mengelakkan tragedi hitam negara berulang – peristiwa 13 Mei
1969 berlaku kerana perpecahan kaum – rakyat berbilang kaum harus bersatu –
membina kefahaman bawah perlindungan payung kedaulatan – menjamin keamanan
dan kemajuan
2. rakyat yang
bersatu padu – membangunkan negara – tidak akan menyalurkan khidmat dan jaga
di negara orang lain – pulang ke tanah air dan bersatu dengan tenaga muda
tempatan – sama-sama membangunkan negara – berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing
3. penduduk
yang bersatu hati – mengelakkan persengketaan dan konflik – memahami
kebudayaan dan adat resam – tidak menghina agama orang lain sebaliknya
menghormati kebudayaan masing-masing – membina mentaliti yang unik demi
membangunkan bangsa
4. penduduk
mesti bersatu hati – membanteras jenayah di dalam negara – menangkap anasir
jahat yang cuba mengancam keselamatan negara – melaporkan kejadian jenayah
kepada pihak berkuasa – mengamalkan konsep rukun tetangga demi keamanan dan
keselesaan
5. penduduk
Malaysia – harus berpegang pada prinsip bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh – rakyat berpecah jika tidak bersatu – rakyat memiliki jati diri kukuh
juga bersatu hati – mementingkan agenda pembangunan negara daripada agenda
peribadi – cinta akan negara
|
PENUTUP
|
Negara – perlu
didiami rakyat yang bersatu hati – tidak mudah dipatahkan oleh pengaruh luar
– terus kukuh berdiri dan teguh berjalan di alur cabaran kehidupan –
mendepani masalah dengan hati yang tabah – membina bangsa yang bersatu demi
negara tercinta – negara kita akan terus makmur dan maju demi mencapai
kejayaan
|
(KBAT)
Kesesakan
lalu lintas di negara kita sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Huraikan
peranan pelbagai pihak untuk mengatasi kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.
[100 markah]
PENDAHULUAN
|
Jalan raya
yang sesak – menggusarkan nadi dan membimbangkan jiwa – lewat tiba ke suatu
destinasi – hati mula memberontak untuk memprotes kesesakan jalan raya –
sikap ini salah – harus sedar bahawa semua pihak berperanan untuk mengatasi
kesesakan lalu lintas pada waktu puncak
|
ISI PENTING
|
1. Kerajaan –
memperlebar jalan yang sesak – jumlah kenderaan meningkat – pemilikan lesen
semakin meningkat – jalan perlu lebar untuk mengatasi kesesakan pada awal
pagi dan lewat petang – mengurangkan tekanan hidup penghuni kota konkrit
2. Ibu bapa –
menggalakkan anak-anak mereka berbasikal ke sekolah – sesuai untuk jarak
sekolah yang dekat – mengurangkan kesesakan – mengurangkan jumlah kenderaan
di atas jalan raya pada waktu puncak – menjamin kelancaran jalan raya – usaha
yang sesuai dan pragmatik
3. Pihak
swasta – menarik minat pelabur asing ke negara kita – membina jaringan trend
dan sistem aliran ringan (LRT) – meningkatkan kesedaran rakyat tentang
kegunaan LRT – mengurangkan kesesakan jalan raya – masa dapat dijimatkan
4. Pihak
sekolah – mengadakan seminar tentang kempen di atas jalan raya – menyeru
murid dan guru berkongsi kereta jika berjiran – mengurangkan kesesakan di
jalan raya – mengurangkan tempat letak kereta di sekolah – mengurangkan
pencemaran udara dan bunyi
5. Media massa
– menyiarkan rancangan yang berkaitan dengan kesesakan jalan raya –
menyedarkan rakyat agar tidak memandu kenderaan jika tidak perlu –
mengurangkan kesan rumah hijau – menghijaukan bumi di samping mengurangkan
kesesakan lalu lintas
|
PENUTUP
|
Penduduk
Malaysia – dapat memainkan peranan masing-masing – memastikan perjalanan kita
lancar – kesesakan lintas hanya menjejaskan kualiti kehidupan dan mengancam
kesejahteraan bumi – mula memainkan peranan masing-masing – mengurangkan
kesesakan lalu lintas pada waktu puncak – pergi dan pulang ke rumah tanpa
stres
|
(KBAT)
Industri
penerbangan di Malaysia mampu menggalakkan industri pelancongan negara.
Huraikan kebaikan daripada syarikat penerbangan tambang murah kepada rakyat dan
negara.
[100 markah]
PENDAHULUAN
|
Industri
pelancongan – periuk nasi negara kita – pendapatan utama negara sejak 1990 –
Kempen Tahun Melawat Malaysia – penubuhan syarikat penerbangan tambang murah
– AirAsia pada 1993 dan mula beroperasi pada 1996 – membawa kebaikan kepada
rakyat dan negara
|
ISI PENTING
|
1. Rakyat –
dapat melancong dengan kos yang rendah – sesuai dengan moto “Semua Orang
Boleh Terbang” – menikmati cuti dengan bermanfaat – mengurangkan stres dan
tekanan kehidupan – jauh perjalanan luas pemandangan – pengalaman dan
pengetahuan luas
2. rakyat –
dapat melancong ke mana-mana sahaja – jaringan penerbangan yang luas –
menghubungkan negara dengan negara dan benua dengan benua – rakyat didatangi
pelancong berbilang bangsa dan agama – mempelajari kebudayaan mereka – mesra
pelancong
3. rakyat –
mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan – menjadi pramugara dan pramugari –
AirAsia, Malindo Air, FireFlyz dan beberapa syarikat penerbangan tambang
murah di Asia – produk pelancongan juga dapat dijual – barangan tempatan
dijual di dalam penerbangan – nasi lemak dan sate – memajukan perusahaan
makanan
4. negara –
meningkatkan kemajuan dalam bidang penerbangan – industri yang semakin rancak
– melebarkan sayap ke negara jiran untuk membuka cawangan – bekerjasama
dengan syarikat tambang murah yang lain – menerima pendapatan daripada fi lapangan
terbang
5. negara –
menjadikan sektor pelancongan dan perhotelan di Malaysia – hotel dibina demi
menampung permintaan yang tinggi – menjamin imej Malaysia – mengharumkan nama
negara dari segi perkhidmatan baik dan mesra pelanggan – pilihan utama
pelancong
|
PENUTUP
|
Industri
penerbangan tambang murah – perlu memperluas jaringan – rakyat dapat makan
angin – negara dapat meraih keuntungan – membangunkan bidang penerbangan –
menjadi hab pengangkutan udara yang penting – sesuai dengan lokasi yang
strategik – memberikan faedah yang banyak kepada semua pihak
|
No comments:
Post a Comment