SOALAN RAMALAN
2015
(KBAT)
Semangat
kejiranan semakin luntur dalam kalangan ahli masyarakat. Oleh sebab itu,
huraikan peranan keluarga dalam pembentukan semangat kejiranan yang kukuh.
[100 markah]
PENDAHULUAN
|
Jiran –
penduduk yang tinggal berdekatan – orang pertama yang dapat membantu kita –
semangat kejiranan semakin dipandang sepi – dikatakan kurang penting kerana
masing-masing bersikap kera sumbang – keluarga memainkan peranan dalam
pembentukan semangat kejiranan yang kukuh
|
ISI PENTING
|
1. Ibu –
menjadi suri teladan kepada anak – bertegur sapa dengan jiran tetangga –
berkenalan secara harmoni tanpa melihat warna kulit waima agama – anak akan
mengikut sikap ibu bapa – berkenalan dan beramah mesra dengan jiran – tak
kenal maka tak cinta
2. Bapa –
menghulurkan bantuan kepada jiran – membantu orang yang berada dalam
kesusahan – meringankan jiran – menghantar jiran yang sakit ke hospital –
menunjukkan keprihatinan – hari ini hari orang, esok mungkin hari kita –
dibantu jiran pula – bersyukur
3. anak –
menghormati jiran – bersalam dengan jiran – mengucapkan selamat pagi –
berkawan dengan anak jiran – pergi ke sekolah bersama-sama – belajar dalam
kumpulan di rumah – sama-sama menghadapi kesusahan dan kesenangan – berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing – membentuk semangat kejiranan sejak
kecil
4. keluarga –
mengajak jiran menyertai kegiatan kemasyarakatan – bersukan, gotong-royong,
dan aktiviti riadah yang lain – menjalin kemesraan dan membentuk gaya hidup
yang sihat – menjamin kerukunan jiran tetangga – jiran bermuafakat membawa
berkat
5. sebagai
serumpun kejiranan – saling membantu dalam kalangan jiran – menjayakan
majlis, kenduri, dan sambutan yang dianjurkan – berkongsi kos untuk
menjayakan sambutan perayaan – mengadakan rumah terbuka – hubungan pasti
menjadi erat bagai isi dengan kuku
|
PENUTUP
|
Jiran –
menghubung utama kita jika tiada di rumah – memerlukan jiran yang bersepakat
– muafakat itu berkat – memastikan hubungan kejiranan kekal kukuh dan kuat –
membina perpaduan nasional melalui semangat kejiranan – hidup berpecah jika
tidak bersatu hati – bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
|
(KBAT)
Kenaikan harga
barang dalam pasaran merupakan masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat.
Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal perbelanjaan keluarga.
[100 markah]
PENDAHULUAN
|
Ekonomi –
semakin gawat – harga barangan dalam pasaran semakin tinggi – perbelanjaan
dalam keluarga turut meningkat – ibu bapa harus memainkan peranan mereka dari
segi ekonomi – mengawal perbelanjaan keluarga
|
ISI PENTING
|
1. Ibu bapa
harus menjadi suri teladan kepada anak – merancang perbelanjaan keluarga –
menulis senarai barangan keperluan – membeli di pasar raya setelah membuat
perbandingan harga – tidak membazirkan wang – mengawal perbelanjaan keluarga
bersama anak
2. ibu bapa
perlu mendidik anak supaya berjimat cermat – bersiap sedia menghadapi segala
kemungkinan – tidak membeli barangan yang berjenama – mengutamakan barangan
buatan tempatan – mengawal perbelanjaan – lebih murah dan berkualiti –
patriotik
3. ibu bapa
perlu menyediakan makanan di rumah – mengurangkan perbelanjaan makan di luar
yang mahal – dimasak oleh ibu dengan kasih sayang – anak-anak mendapat
menikmati makanan yang sihat – menjalin hubungan kekeluargaan yang erat dan
kukuh
4. ibu bapa
bolehlah menanam sayur-sayuran dan buah-buahan sendiri – mengajak anak-anak
mengerjakan kebun – berbudi kepada tanah – mendapat hasil tanaman – berasa
puas hati dan bersyukur – tidak perlu membeli sayur – boleh dijual untuk
menambah pendapatan di samping menjimatkan perbelanjaan keluarga
5. ibu bapa
haruslah mendidik anak mengawal perbelanjaan melalui didikan agama – Nabi
Muhammed SAW seorang yang berhati-hati dalam perkara yang dilakukan – sikap
hati-hati dan bersabar harus diamalkan demi mengurangkan nafsu untuk memiliki
barangan yang mahal – berbelanja dengan berlandaskan keperluan, bukan
kemahuan
|
PENUTUP
|
Ibu bapa –
nakhoda utama dalam keluarga – mesti berbelanja dengan bijaksana – mengawal
perbelanjaan keluarga demi mengekalkan iklim ekonomi yang sihat – memastikan
keluarga bebas daripada masalah kewangan – ekonomi keluarga menjadi lebih
kukuh demi masa depan
|
(KBAT)
Anda akan
menyertai pertandingan pidato. Tajuk pidato tersebut ialah “Keluarga Bahagia
Negara Berjaya”.
Tulis teks
pidato tersebut selengkapnya.
[100 markah]
PENDAHULUAN
|
Kata alu-aluan
kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim, guru-guru, rakan seperjuangan,
dan penonton di dewan – mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang
untuk menyampaikan pidato – menyampaikan pidato yang bertajuk “Keluarga
Bahagia Negara Berjaya”
|
ISI PENTING
|
1. Keluarga –
unit kecil yang membentuk masyarakat – semua manusia berharap dapat membentuk
kebahagiaan selepas berkahwin dan berkeluarga – menjamin kerukunan – semangat
kerukunan tersebut dapat diamalkan dalam negara – sentiasa mengekalkan
kerukunan negara demi memastikan kemajuan negara – bebas daripada gejala
negatif
2. Keluarga –
kekal bahagia sampai bila-bila – anak-anak berasa disayangi oleh ibu bapa –
tidak akan menghampakan harapan ibu bapa – belajar dengan bersungguh-sungguh
– mencapai kejayaan diri, keluarga, dan negara – berjasa kepada negara –
memodenkan dan memajukan negara dengan acuan tersendiri – berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain
3. Setiap
anggota keluarga – bersikap toleransi dan hormat-menghormati – yang tua
menghormati yang muda dan sebaliknya – penghormatan itu dikekalkan apabila
anak menghadap pasaran kerja – menghormati pemimpin – bekerjasama dengan
pemimpin negara – menyokong dasar pembangunan kerajaan – memajukan bangsa dan
negara demi berdiri di pentas kejayaan
4. ibu bapa
dan anak-anak harus berpendidikan – dengan didikan yang baik kita dapat
berkhidmat kepada masyarakat – melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi
– membina kerjaya yang kukuh – membangunkan negara melalui pelbagai usaha –
membuat kerja dengan dedikasi – mencurahkan bakti dan jasa kepada negara yang
tercinta – membangunkan negara ke arah kejayaan
|
PENUTUP
|
Keluarga ialah
tunjung kejayaan negara – impak yang besar kepada negara tercinta –
memastikan keharmonian dan kemakmuran dinikmati bersama – melakar sejarah
yang tersendiri demi kecintaan terhadap negara – lahir daripada rasa sayang
akan keluarga – sesebuah keluarga yang bahagia dapat menjamin kejayaan
sesebuah negara
|
No comments:
Post a Comment