20 October 2015

ANALISIS RUMUSAN PERCUBAAN BM SPM 2015 SE-MALAYSIA


NEGERI
SOALAN 1
(Rumusan)

PERLIS
Langkah-langkah mewujudkan tabiat pemakanan yang sihat dalam kalangan anak dan kepentingannya.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan usaha /cara / kaedah / strategi / tindakan mewujudkan tabiat pemakanan yang sihat dalam kalangan anak di negara ini/di Malaysia.


ISI TERSIRAT

1. Pembesaran anak-anak sempurna dari aspek fizikal
2. Membentuk vitamin yang cukup kepada badan
3. Mampu mengawal kadar obesiti/kegemukan
4. Perkembangan mental anak-anak tidak terganggu
5. Mengurangkan risiko penyakit berbahaya
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak / ibu bapa haruslah berusaha mengamalkan pemakanan yang sihat dalam kalangan anak supaya melahirkan generasi yang sihat dan sejahtera.



KEDAH
Kepentingan pokok dalam kehidupan manusia dan langkah-langkah menggalakkan masyarakat menanam pokok.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan kebaikan / kelebihan / faedah / manfaat pokok
dalam kehidupan manusia di muka bumi ini / di dunia ini / di Malaysia / di negara ini.    
ISI TERSIRAT
1.          Memberikan informasi / mengadakan ceramah / kempen “Hijaukan Bumi Kita”
2.          Mengadakan pertandingan landskap indah (peringkat komuniti)
3.          Mewajibkan pemaju perumahan menanam pokok
4.          Mendenda pihak yang menebang pokok secara
     sewenang-wenangnya Menyemai perasaan cinta akan suasana hijau dalam diri generasi muda
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak perlu menyedari kepentingan pokok dalam kehidupan manusia agar / supaya kualiti hidup dapat ditingkatkan.    




PULAU PINANG
soalan: Kelebihan permainan
tradisional dan kekangan yang dihadapi dalam usaha mempopularkannya.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan kebaikan / faedah / manfaat/ fungsi / peranan permainan tradisional di Malaysia / di negara ini / di negara kita.
ISI TERSIRAT
1.       Tiada tenaga pakar atau orang yang mewarisi kemahiran permainan tertentu.
2.       Masyarakat yang sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing.
3.       Ahli masyarakat tiada masa bersama/ kurang komunikasi antara satu sama lain.
4.       Saingan daripada permainan moden/elektronik /digital dan lain-lain.
5.       Sikap remaja yang kurang berminat dengan perkara/benda yang tradisi.
6.       Tiada pihak yang tampil untuk mencari alternatif memperkembangkannya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama untuk mempopularkan semula permainan tradisional agar warisan dan budaya bangsa dapat dikekalkan.




PERAK [SMK SUNGAI MANIK]
Langkah-langkah kerajaan meringankan  beban rakyat dalam  menghadapi  kegawatan ekonomi dan kesan-kesan pemulihan ekonomi kepada rakyat.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan usaha/ cara/ kaedah/ pendekatan/ formula kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomi yang semakin serius.
ISI TERSIRAT
1. peluang pekerjaan sentiasa wujud
2. kualiti kehidupan dapat dipertingkatkan
3.gejala pengangguran dalam dikurangkan
4.jenayah dan gejala sosial dapat diatasi segera
KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia haruslah berusaha untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara agar kehidupan rakyat tidak dihimpit kemiskinan dan kesusahan yang berpanjangan.

SELANGOR [SMK SHAHBANDARAYA]
Kaedah-kaedah membendung kenaikan harga barang dan punca-punca kenaikan harga barang.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan langkah-langkah / cara-cara/ prakarsa / strategi / tindakan /usaha membendung kenaikan harga barang dalam masyarakat di Malaysia.
ISI TERSIRAT

1. Orang tengah mengambil kesempatan untuk mengaut untung berlebihan.
2. Berlaku ketidakseimbangan bekalan dan permintaan dalam pasaran.
3. Peniaga menyorok/sembunyikan barangan untuk menaikkan harga
4. Penguatkuasaan lemah bahkan ada masa tidak berkesan sama sekali.
5. Masalah rasuah antara peniaga dengan pihak kerajaan.
6. Sikap degil peniaga tidak mematuhi syarat kerajaan atau kempen kerajaan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pengguna haruslah membantu pihak berkuasa membanteras kenaikan harga barang agar mereka tidak menjadi mangsa peniaga yang tamak.


MELAKA
Langkah-langkah penjimatan minyak dalam pemanduan dan kesan-kesannya kepada masyarakat.

PENDAHULUAN
Petikan membincangkan usaha / cara / kaedah penjimatan minyak dalam pemanduan di jalan raya oleh pengguna.

ISI TERSIRAT
1. mengurangkan pencemaran alam sekitar.
2. menjimatkan perbelanjaan harian dari segi pengisian petrol
3.kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan
4. kemalangan jalan raya dapat dikurangkan
5. konsep mesra alam dapat dipraktikkan dalam kalangan pengguna kenderaan



KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pengguna kenderaan mestilah menjimatkan penggunaan petrol demi kesejahteraan bumi dan kesihatan manusia.

NEGERI SEMBILAN
Usaha-usaha menyemarakkan budaya inovasi dan kreativiti dan kekangannya.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan usaha / cara / kaedah membudayakan inovasi dan kreativiti dalam kalangan rakyat di Malaysia.

ISI TERSIRAT
1. rakyat Malaysia tidak berani mencuba sesuatu yang baharu dan segar
2. rakyat Malaysia malas membuat kajian dan penyelidikan melalui pembacaan bahan media cetak
3. institusi kemahiran yang menawarkan kursus inovasi masih baharu dan belum berkembang
4. pereka cipta dan inovasi gagal bersaing kerana kekurangan ilmu dan pengetahuan
5. pertandingan yang bertemakan inovasi dan kreativiti kurang mendapat sambutan
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua rakyat Malaysia haruslah berfikiran kreatif dan inovatif agar dapat bersaing secara sihat.

JOHOR (MUAR)
Punca-punca berlakunya obesiti dan tindakan ibu bapa untuk mengatasinya.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor berlakunya obesiti dalam kalangan kanak-kanak di negara ini.                                                                                                                                         
ISI TERSIRAT
1 menggalakkan anak-anak bersenam/ memperbanyak aktiviti fizikal
2 Bawa anak-anak menjalani pemeriksaan doktor                                      
3 Ibu bapa tidak terlalu kerap (penting) membawa anak-anak makan di luar pada waktu malam.                                                                                                                   
4 Pengetahuan tentang kepentingan piramid makanan dimiliki oleh ibu bapa
5 Ibu bapa mengawal corak pemakanan anak-anak                          
6 Ibu bapa menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak ke sekolah

KESIMPULAN
Kesimpulannya, ibu bapa perlulah menangani masalah obesiti dalam kalangan anak-anak mereka supaya dapat memastikan kanak-kanak di negara ini kekal cergas dan sihat.


KELANTAN
Kepentingan menguasai pelbagai bahasa dan langkah-langkah untuk menggalakkannya.

PENDAHULUAN
Petikan membincangkan kelebihan / kebaikan / kemaslahatan menguasai pelbagai bahasa dalam kalangan rakyat di Malaysia.

ISI TERSIRAT
1. menubuhkan kelas pelbagai bahasa untuk dipelajari oleh umum
2. menayangkan rancangan berbentuk pelajaran bahasa asing
3. buku dan kemudahan mempelajari pelbagai bahasa haruslah dijual di negara kita
4. ibu bapa harus menggalakkan anak mereka mempelajari pelbagai bahasa dengan menyertai pameran dan ceramah bahasa

KESIMPULAN
Kesimpulannya, anak-anak zaman moden ini haruslah menguasai pelbagai bahasa agar dapat bersaing secara sihat di pentas antarabangsa.
TERENGGANU
Punca-punca berlakunya longgokan sampah dan kesan-kesan longgokan sampah.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor berlakunya longgokan sampah di kawasan perumahan di negara kita.

ISI TERSIRAT
1. longgokan sampah menjadi vektor penyakit seperti malaria dan denggi
2. longgokan sampah menjejaskan pemandangan sekali gus menjejaskan industri pelancongan
3. longgokan sampah menyebabkan bau yang tidak selesa sehingga memualkan penduduk sekitar
4. longgokan sampah juga mengakibatkan kawasan sekitar tidak selesa untuk dijadikan kawasan petempatan

KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua penduduk Malaysia haruslah bijak menguruskan sampah sarap agar kesihatan dan kesejahteraan hidup terjamin.
PAHANG
Langkah-langkah untuk mengelakkan tragedi anak lemas dan kesan-kesannya.

PENDAHULUAN
Petikan membincangkan usaha-usaha / kaedah / cara-cara untuk mengelakkan tragedi anak lemas ketika bermain di kawasan sungai dan air terjun
ISI TERSIRAT
1. keselamatan anak terjamin daripada bahaya
2. ibu bapa tidak bimbang akan keselamatan anak
3. anak dapat bergembira dan bermandi-manda dengan hati yang tenang
4. modal insan negara tidak mati secara sia-sia
5. anak-anak akan lebih berhati-hati dalam segala aktiviti yang dijalankan

KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka dapat menjaga keselamatan diri ketika berkelah agar dapat mengurangkan risiko kemalangan waima lemas.
SARAWAK
Kepentingan pendidikan kepada pembangunan dan cara menggalakkan remaja berminat untuk melanjutkan pelajaran.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan / faedah/kebaikan/manfaat pendidikan kepada pembangunan negara/ di Malaysia.


ISI TERSIRAT
1.kerajaan menyediakan kemudahan pinjaman/biasiswa.
2. memperuntukkan lebih banyak institusi yang diiktiraf kerajaan.
3. kurangkan jumlah yang perlu diambil untuk setiap semester kepada pelajar yang lemah/sederhana.
4. sediakan ruangan pertanyaan yang lebih banyak untuk pelajar mendapatkan maklumat potensi melanjutkan pelajaran.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pendidikan yang lebih mantap perlulah diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia agar negara membangun dengan pesat


SBP
Punca-punca jenayah pemerdagangan manusia dan kesan-kesan daripada permasalahan ini.

PENDAHULUAN
Petikan membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab/ yang mendorong jenayah pemerdagangan manusia di Malaysia/di negara ini.

ISI TERSIRAT
1. mencemarkan imej negara di mata dunia
2. mengancam keselamatan dan keamanan negara
3. menjejaskan hubungan diplomatik antara negara
4. peningkatan masalah sosial seperti penularan penyakit berjangkit dan sebagainya

KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menangani masalah pemerdagangan manusia agar masyarakat dunia/global/sejagat dapat hidup sejahtera/harmonis
MRSM
Usaha-usaha memerangi kejadian jenayah dan kekang-kekangan untuk memeranginya.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan cara-cara / kaedah / langkah-langkah / pendekatan memerangi jenayah dalam kalangan rakyat di negara kita.

ISI TERSIRAT
1 rasuah yang semakin menular seakan-akan menambah kegiatan jenayah di negara kita
2 kelonggaran undang-undang juga menyebabkan jenayah meningkat
3. kurangnya didikan agama dan moral juga menyebabkan jenayah meningkat
4. ajaran ibu bapa semakin dilupakan oleh anak-anak sehingga terjerumus dalam jenayah
5. pengaruh rakan sebaya dan media massa

KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama membanteras jenayah di negara kita agar keselamatan rakyat lebih terjamin.
YAYASAN ISLAM KELANTAN
Cara-cara penyediaan makanan yang selamat dan masalah-masalah yang dihadapinya.
PENDAHULUAN
Petikan membincangkan langkah-langkah / usaha-usaha / kaedah penyediaan makanan yang selamat dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
ISI TERSIRAT
1. sumber makanan yang tidak segar dan disimpan di dalam peti sejuk
2. pengaruh makanan segera turut menyebabkan penyediaan makanan terjejas
3. ibu bapa tiada masa terluang untuk menyediakan makanan kerana sibuk bekerja
4. masyarakat kurang berpengetahuan tentang cara penyediaan makanan yang selamat.
5. masyarakat masih suka menggunakan makanan di dalam tin dan daging sejuk beku
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua ibu bapa harus menyediakan makanan yang sihat untuk anak agar dapat menjamin kesihatan dan tumbesaran anak-anak mereka.

No comments: