Baca petikan di bawah dengan teliti,
kemudian betulkan kesilapan bahasa yang terkandung dalam karangan di bawah:
Model karangan 1
Rakan
anda di negara jiran ingin mengetahui tentang pencemaran udara yang melanda
negara anda beberapa bulan yang lalu.
Balas surat rakan anda dari luar negara
itu.
No.116, Jalan Serindit
Kampung Bukit Pegoh,
25460 Terengganu,
Malaysia.
22 Februari 2010
Menemui sahabatku, Dayang Suhana Hamid
di Brunei Darul Salam. Semoga saudari sihat dan
ceria disamping keluarga dan rakan-rakan
tersayang. Saya di Malaysia sihat.
Saudari,
Maafkan saya kerana terlewat membalas
surat dari saudari. Sebenarnya, surat saudari
tiba ketika saya sedang menghadapi peperiksaan. Selepas itu, saya sibuk pula
dengan sambutan Jubli Perak Pasukan Pandu Puteri sekolah. Saya berharap agar supaya saudari memahami keadaan saya.
Dalam surat saudari tempoh hari, saudari
ada bertanya kepada saya akan masalah pencemaran
udara yang berlaku di sini. Memang benar, saudari. Beberapa bulan dulu,
Malaysia mengalami pencemaran udara yang agak teruk. Keadaan ini dikenalpasti sebagai “jerebu”. Punca utama berlakunya
jerebu ini adalah disebabkan oleh pembakaran hutan di Sumatera, Indonesia.
Kebakaran secara
besar-besaran untuk tujuan pertanian ini menyebabkan habuk yang terhasil dibawa
angin hingga ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Sebagai akibatnya, kawasan
tersebut mengalami masalah jerebu yang teruk. Demi
untuk keselamatan rakyat, beberapa buah kawasan akhirnya diisytiharkan
sebagai kawasan darurat jerebu setelah ukuran Indeks Pencemaran Udara (IPU)
mencapai status berbahaya. Mujurlah udara yang berjerebu itu tidak merebak
hingga ke Terengganu yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Saudari,
Untuk menyelesaikan masalah ini, pihak
kerajaan Malaysia telah menawarkan bantuan kepada kerajaan Indonesia. Anggota
bomba dan penyelamat daripada Malaysia telah
dihantar ke Indonesia untuk membantu pihak di Indonesia memadamkan kebakaran
hutan tersebut sebelum menular. Mujurlah masalah
jerebu ini melanda selama seminggu sahaja.
Walaupun saya di Terengganu tidak
terjejas oleh jerebu, namun apabila masalah jerebu selesai, saya turut berasa
lega. Manakan tidak, abang, kakak, dan beberapa orang sanak-saudara
serta rakan saya tinggal di kawasan Pantai Barat Semenanjung. Melalui
perbualan dengan mereka melalui telefon, saya mendapat tahu bahawa keadaan
jerebu tersebut amat melemaskan mereka. Udara yang disedut tercemar lalu banyak aktiviti-aktiviti luar terpaksa dilupakan buat
sementara. Malah, ada antara mereka yang mengalami pedih mata, gatal-gatal
kulit, sakit tekak, dan batuk-batuk.
Saya berharap agar saudari berpuas hati
dengan apa yang saya sampaikan. Akhir kata,
sambutlah salam ceria dari saya. Sekian, terima
kasih.
Sahabatmu,
Aina Sabrina
No comments:
Post a Comment