21 October 2015

LATIH TUBI SPM - KESALAHAN BAHASA DALAM AYAT

Baca ayat di bawah dengan teliti, betulkan kesalahan tatabahasa pada perkataan yang dihuruftebalkan. Senaraikan kesalahan tersebut dan berikan jawapan yang paling tepat.
  1. Kakak menerima sehelai surat daripada sahabatnya.
  2. Hamizan melilit tali kepada gasingnya sebelum melontar gasing itu ke tanah.
  3. Kejayaan Nicole di dalam kejohanan Skuasy Dunia baru-baru ini akan menjadi kenangan sepanjang hayatnya.
  4. Kejayaan Azali Azlan memperolehi 21A dalam SPM baru-baru ini disambut dengan perasaan gembira oleh keluarganya.
  5. Sumbangan para-para karyawan amat besar dalam memartabatkan bahasa Melayu di negara kita.
  6. Kakak memandu kereta dia dengan berhati-hati ketika melalui jalan yang berliku-liku itu.
  7. Mak Cik Leha meminta anak-anaknya memperbesarkan rumah pusaka itu.
  8. Para pemain bola sepak itu kebanyakannya berasal daripada kawasan pedalaman.
  9. Kami berasa kekok ketika menghadiri ke majlis perkahwinan anak majikan kami yang penuh istiadat dan dihadiri oleh orang kenamaan itu.
  10. Encik Musa dan isterinya masih berada di hospital kerana bedah siasat kepada jenazah anaknya masih belum selesai.
  11. Kami sekelas terkejut bila mendengar bunyi dentuman yang kuat dari arah jalan raya.
  12. Cikgu Hayati sedang menyemak buku latihan mata pelajaran bahasa Malaysia pelajar-pelajarnya.
  13. Buku kerja itu tidak sahaja sesuai kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan tetapi juga kepada guru-guru.
  14. Abang ke Putrajaya untuk menghadiri temu duga bagi untuk mendapatkan biasiswa pelajaran.
  15. Gambar berukuran pasport mesti dilekatkan oleh anda pada borang permohonan ini.
  16. Sejak kejadian semalam, Anita menyedari akan dia telah banyak berbuat salah terhadap adik tirinya.
  17. Di dalam diam-diam, Azlan dan Nana telah melangsungkan perkahwinan mereka.
  18. Ayah dan ibu sedang sibuk menyapu sampah di luar rumah, tetapi abang hanya duduk bermain mainan komputer.
  19. Kakak memerah kain yang dibilasnya itu setelah menyidai kain tersebut di ampaian.
  20. Pak Cik Uda turun angin apabila melihat pagar kebunnya roboh dirempuh oleh kerbau Pak Mail.
  21. Masalah yang berbangkit itu akhirnya selesai setelah pengarah memberikan penjelasan yang panjang luas.
  22. Jika dipandang seimbas pergi, pemuda itu mirip abang Atira.
  23. Mereka kelihatan tercungap-cungap ketika menaiki ke tangga Batu Caves itu.
  24. Masalah merokok di dalam kalangan pelajar perlu ditangani dengan segera.
  25. Apakah kamu pasti bahawa Farid telah mengambil buku saya itu?” tanya Aleeya kepada rakannya.
  26. Dayang-dayang itu sedang memetik bunga di taman rumah.
  27. Penulis esei yang baik biasanya akan memetik satu atau dua kata-kata hikmat untuk menjadikan penulisan mereka lebih menarik.
  28. Penyanyi ghazal itu sedang belajar memetik jari untuk persembahan telah datang.
  29. Warna rambut Azli kelihatan perang-perang setelah di mewarnakannya di salun.
  30. Walaupun perang Iran dengan tentera bersekutu telah tamat,tetapi rakyat negara itu masih menderita.


No comments: