Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

15 June 2015

INFORMASI BAHASA - PERIHAL "DIBUAT DARIPADA" DAN "DIPERBUAT DARIPADA"


"Diperbuat" dan "dibuat" ialah bentuk pasif bagi kata kerja aktif "memperbuat" dan "membuat". Kamus Dewan hanya memasukkan kata terbitan daripada kata kerja aktif sahaja.
Jika kita meneliti Kamus Dewan, "memperbuat" sama makna dengan "membuat", iaitu membentuk, mencipta waima membikin sesuatu. 
Sebaliknya, "membuat" pula mempunyai banyak makna, antaranya ialah "membikin, membentuk, mencipta, mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan, menyebabkan, mendatangkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan dan banyak lagi.

Menurut catatan dalam Tatabahasa Dewan, sebagaimana yang berlaku pada awalan memper-, awalan diper- juga boleh digabungkan dengan kata kerja "buat" menjadi "diperbuat". Bentuk ini juga dianggap lewah bagi "dibuat".
1.
Beg itu dibuat daripada kulit buaya. (betul)
Beg itu diperbuat daripada kulit buaya. (tidak gramatis)
Dalam ayat-ayat di atas, kedua-dua frasa "dibuat daripada" dan "diperbuat daripada" betul tetapi yang gramatis ialah "dibuat daripada". Untuk maklumat anda, jika kita  merujuk Kamus Dewan dan lihat entri "buat", kata kerja "membuat" sama maksudnya dengan memperbuat kerana bentuk pasifnya "dibuat" dan "diperbuat". Rujukan ini terjadi demikian kerana "diperbuat" dianggap mantap kerana banyak digunakan oleh ahli masyarakat.
2.
Keputusan itu dibuat oleh Kak Zeti.
Keputusan itu diperbuat oleh Kak Zeti. 
3.
Kian Ling membuat keputusan untuk berhijrah.
Kian Ling memperbuat keputusan untuk berhijrah.
Jika kita meneliti maksud dalam Kamus Dewan, keempat-empat ayat di atas gramatis atau tidak gramatis?
Sila kemukakan pendapat anda.

No comments: