1 June 2015

INFORMASI BAHASA - KESALAHAN UMUM DALAM AYAT AKTIF

INFORMASI BAHASA
KESALAHAN UMUM DALAM AYAT AKTIF

Banyak pengguna bahasa yang menulis ayat aktif dengan salah kerana mereka terbawa-bawa bahasa dialog dalam bahasa Melayu gramatis. Oleh sebab itu, kesalahan tersebut perlu diubah demi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita.

Kesalahan paling kritikal dalam ayat aktif ialah pengguna bahasa mengabaikan objek dalam ayat aktif dengan menulisnya di tempat yang salah dalam ayat.
Lihat contoh di bawah ini:

(a)
Pihak polis telah menembak mati penjenayah itu. (salah)
Pihak polis telah menembak penjenayah itu sehingga mati. (betul)

(b)
Kamal pergi memancing di Sungai Jan. (salah)
Kamal pergi memancing ikan di Sungai Jan. (betul)

(c)
Syarifah memulangkan semula buku kepada pustakawan. (salah)
syarifah memulangkan buku kepada pustakawan semula (betul)

(d)
Beng Shan memulangkan kembali wang baki kepada ayah. (salah)
Bengs Shan memulangkan wang baki kepada ayah kembali. (betul)

(e)
Nik Soriah mengembalikan semula ingatannya semasa berada di London. (salah)
Nik Soriah mengembalikan ingatannya semasa berada di London semula. (betul)

Ingatlah bahawa kata kerja aktif harus diikuti objek, bukan penerang objek.

No comments: