5 June 2015

INFORMASI BAHASA - KATA TANYA "DI MANA", KATA GANTI NAMA TIDAK TENTU "DI MANA-MANA" YANG SERING DISALAHGUNAKAN.

INFORMASI BAHASA
KATA TANYA "DI MANA", KATA GANTI NAMA TIDAK TENTU "DI MANA-MANA" YANG SERING DISALAHGUNAKAN.
"Di mana" ialah kata tanya yang mantap dan hanya boleh ditulis dalam ayat tanya. Jika ingin ditulis pada awal ayat, partikel "-kah" perlu digunakan.
Jika ingin ditulis pada akhir ayat, partikel "-kah" tidak perlu ditulis.
Banyak pengguna bahasa yang melakukan kesilapan seperti yang berikut:
1.
Di mana awak tinggal? (salah)
Awak tinggal di manakah? (salah)
Di manakah anda tinggal? (betul)
Anda tinggal di mana? (betul)
2.
Di mana guru itu mengajar? (salah)
Guru itu mengajar di manakah? (salah)
Di manakah guru itu mengajar? (betul)
Guru itu mengajar di mana? (betul)
"Di mana-mana" ialah kata ganti nama tidak tentu yang hanya boleh hadir dalam ayat yang menjelaskan maksud tempat atau lokasi yang tidak tentu. Oleh sebab itu, "di mana" tidak sesuai untuk menggantikan penggunaan tempat yang tidak tentu. Hal ini dikatakan demikian kerana "di mana" untuk ayat tanya sahaja.
Sebenarnya, perkataan "di mana" dalam ayat penyata banyak ditemukan dan ditulis oleh pengguna bahasa kerana mereka terpengaruh oleh bahasa Inggeris. Oleh hal yang demikian, frasa "di mana" dalam ayat penyata harus digugurkan kerana tidak mengganggu makna sebenar ayat tersebut.
Contoh 1:
School is a place where we study.(bahasa Inggeris)
Sekolah ialah tempat di mana kita belajar. (salah)
Sekolah ialah tempat kita belajar. (betul)
Contoh 2:
Keep the trophy at whichever place that you think is suitable. (bahasa Inggeris)
Simpan piala itu di mana tempat yang kamu rasa sesuai. (salah)
Simpan piala itu di tempat yang kamu rasa sesuai. (betul)
Simpan piala itu di mana-mana tempat yang kamu rasa sesuai. (betul)
3.
Sekolah ialah tempat di mana kita belajar. (salah)
Sekolah ialah tempat kita belajar. (betul)
4.
Musim kering di mana hujan tidak turun untuk masa yang lama. (salah)
Musim kering ialah tempoh hujan tidak turun untuk masa yang lama. (betul)
5.
Kita dapat tinggal di mana sahaja asalkan keperluan asas mencukupi. (salah)
Kita dapat tinggal di mana-mana sahaja asalkan keperluan asas mencukupi. (betul)
Konklusinya,
di mana? = where?
di mana-mana = wherever
Harus ingat, "di mana" hanya wujud dalam ayat tanya sahaja.

No comments: