28 May 2015

EJAAN MAKANAN - (SIRI 3)

INFORMASI BAHASA
EJAAN MAKANAN - (SIRI 3)
Hari Rabu biasanya saya akan menyajikan makanan yang popular di Malaysia tetapi disalah tulis oleh kedai makan waima restoran.
Sebenarnya, Malaysia ialah negara yang kaya dengan makanan. Makanan di negara kita terdiri daripada makanan tradisional pelbagai bangsa dari Timur waima dari Barat. Walau bagaimanapun, banyak pengguna bahasa yang mengeja makanan dengan salah. Oleh sebab itu, kita haruslah mengeja makanan dengan betul supaya semua restoran mahupun gerai di Malaysia menggunakan ejaan yang betul dan standard. Proses menstandardkan ejaan memakan masa berpuluh-puluh tahun walaupun Kamus Dewan sudah sedia menyajikan pedoman dan rujukan yang terbaik.
Akhir kata, eja dengan betul, makan dengan betul, barulah hidup dengan sihat!
Selamat menjamu selera!
(Sila klik pada gambar di bawah agar dapat dilihat dengan lebih jelas)

No comments: