19 May 2015

Kesalahan "ke kiri dan kanan" , "ke atas dan bawah" , dan "ke depan dan belakang"

INFO BAHASA
Kesalahan "ke kiri dan kanan" , "ke atas dan bawah" , dan "ke depan dan belakang"
Banyak pengguna bahasa, terutamanya murid sekolah rendah dan menengah suka membuat kesalahan ini. Soalan ini juga amat popular dalam peperiksaan, terutamanya dalam soalan tatabahasa.
Sebenarnya, arah yang berbeza harus dibahagikan dengan kata sendi nama yang berasingan. "kiri" dan "kanan" , "depan dan belakang" , "atas dan bawah" ialah arah yang berbezaa. Oleh sebab itu, kita harus menyendikan frasa tersebut dengan kata sendi untuk menjelaskan perbezaan arahnya.
1.
Ali berjalan dari kiri kanan pintu sekolah.(salah)
Ali berjalan dari kiri ke kanan pintu sekolah. (betul)
2.
Ibu melihat ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan. (salah)
Ibu melihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan. (betul)
3.
Adik memandang ke atas dan bawah bangunan itu.(salah)
Adik memandang ke atas dan ke bawah bangunan itu. (betul)
4.
Salleh melihat ke depan dan belakang kereta itu. (salah)
Salleh melihat ke depan dan ke belakang kereta itu. (betul)
Saya berharap pengguna bahasa menggunakan kata sendi nama dengan betul agar ayat yang dibina lebih gramatis dan kita dapat menjawab dengan betul dalam peperiksaan.
Sekian untuk hari ini.

No comments: