26 May 2015

INFORMASI BAHASA - Perihal "lain-lain" dan "lain".

INFORMASI BAHASA Perihal "lain-lain" dan "lain".
Banyak pengguna bahasa yang menyalahgunakan perkataan "lain-lain" dan "lain" dalam penulisan mereka.
Contohnya, penggunaan frasa yang tidak gramatis seperti "lain-lain hal" dan "hal lain-lain" banyak digunakan dalam penulisan minit mesyuarat, karangan, ayat dan sebagainya.
Hukum DM ialah rumus dalam tatabahasa yang telah ditetapkan oleh ahli bahasa. Dalam Tatabahasa Melayu, yang diterangkan disebut atau ditulis dahulu sebelum yang menerangkan, contoh rumah baharu, kereta besar dan lain-lain.Yang betul ialah "hal-hal lain", tidak ada frasa lain-lain hal kerana ini menyalahi hukum DM dalam tatabahasa bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun, "lain-lain" hanya boleh menerima kata hubung "dan" dan "yang" sahaja untuk menghasilkan frasa "dan lain-lain" dan "yang lain-lain" kerana kata hubung tidak boleh digandakan.
Oleh sebab itu, eloklah kita mempelajari beberapa kesilapan di bawah, kemudian biasakan penggunaan yang betul:
1.
hal lain-lain (salah)
lain-lain hal (salah)
hal-hal lain (betul)
2.
perkara lain-lain (salah)
lain-lain perkara (salah)
perkara-perkara lain (betul)
3.
kawasan lain-lain (salah)
lain-lain kawasan (salah)
kawasan-kawasan lain (betul)
4.
sekolah lain-lain (salah)
lain-lain sekolah (salah)
sekolah-sekolah lain (betul)
5.
guru lain-lain (salah)
lain-lain guru (salah)
guru-guru lain (betul)
6.
permainan lain-lain (salah)
lain-lain permainan (salah)
permainan-permainan lain (betul)
Untuk kemudahan ingatan kita, ingatlah bahawa "dan lain-lain" dan "yang lain-lain" sahaja yang boleh menggunakan kata ganda "lain-lain". Yang lain perlu digandakan sebelum menerima kata nama "lain".
Selamat belajar!

No comments: