18 May 2015

"JUSTERU ITU" YANG DISALAH GUNA KERANA DIANGGAP "OLEH ITU"

INFO BAHASA
18.5.2015
“JUSTERU ITU” YANG DISALAH GUNA KERANA DIANGGAP “OLEH ITU”
"Justeru" membawa dua makna.
1. Justeru bermakna kebetulan, tepat, kena benar.
Contohnya: Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi?
2. Makna kedua ialah malahan, bahkan.
Contoh: "Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia".
Penggunaan "justeru" yang membawa maksud "oleh itu" tidak boleh digunakan.
Contohnya dalam ayat:
"Saya tidak bersetuju dengan pandangannya. Justeru, saya tidak menyokong cadangannya."
Penggunaan “justeru” dalam ayat di atas tidak sama dengan dua makna yang dihuraikan di atas.
Kesimpulannya, “justeru itu” tidak gramatis dan menyalahi maknanya dan kegunaannya dalam ayat. Mulai hari ini, janganlah kita tulis “Justeru itu”, tulislah penanda wacana seperti yang berikut:
1. Oleh sebab itu,
2. Oleh hal yang demikian,
3. Oleh itu,
Sekian, terima kasih.

No comments: