NO
|
PERIBAHASA
|
MAKSUD
|
1
|
Q ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Q hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Q berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Q bagai aur dengan tebing
Q terapung sama hanyut, terenang sama basah
|
Persahabatan yang sangat karib kerana hidup saling
memerlukan dan bantu-membantu
|
2
|
Q Rambang mata
|
Tidak tahu barang yang hendak dipilih kerana semuanya cantik.
|
3
|
Q Sirih pulang ke gagang
Q setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
Q ikan pulang ke lubuk
Q belut pulang ke lumpur
|
Sesuatu (seperti pingat atau piala kemenangan) yang
berpindah milik, akhirnya pulang ke pemenang asal.
Kena pada tempatnya
pulang ke tempat asal
|
4
|
Q Menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak
|
Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
|
5
|
Q Usaha tangga kejayaan
Q di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Q kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Q genggam bara api, biar sampai jadi abu
Q hati hendak, semua jadi
|
Apabila seseorang itu mengkehendaki sesuatu, dia pasti
akan menemui cara untuk mendapatkannya.
|
6
|
Q ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk
|
semakin tinggi ilmu dan darjat seseorang, dia tetap merendah diri serta
tidak menyombong diri.
|
7
|
Q Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
|
Suka merendah diri dan tidak bersikap sombong walaupun
semakin berilmu atau berkedudukan tinggi adalah lebih baik daripada bersikap
tiada pendirian yang teguh
|
8
|
Q Seperti duduk di dalam duri
Q Seperti cacing kepanasan
|
sentiasa gelisah dan tidak tenteram
|
9
|
Q Keadilan tidak mengenali kawan
|
Dalam mengadili sesuatu perkara, kita mesti bersikap
adil; yang bersalah tetap bersalah walaupun dia kawan baik kita.
|
10
|
Q ada udang di sebalik batu
|
ada tujuan atau maksud tersembunyi di sebalik sesuatu
perbuatan.
|
11
|
Q Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
|
Generasi pelapis yang akan memikul tanggungjawab
terhadap negara pada masa depan dan masing-masing mempunyai peranan yang sama
penting
|
12
|
Q Batu loncatan
|
Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu
|
13
|
Q Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga
Q kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
|
Orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan
dimuliakan juga
|
14
|
Q Potong leher
|
Menjual barang dengan harga yang terlalu mahal
|
15
|
Q Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Q Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang jua
|
Orang yang baik (banyak berjasa) apabila meninggal dunia akan meninggalkan
nama yang baik dan jasanya tetap dikenang
|
16
|
Q bertangguh itu pencuri masa
|
Seseorang yang menangguhkan sesuatu kerja akan
merugikan diri sendiri.
|
17
|
Q Patah hati
|
sakit hati / perasaan terluka / emosi terganggu
|
18
|
Q Malu bertanya sesat jalan
|
Kalau segan bertanya, kita tidak akan sampai ke
destinasi yang ingin ditujui jika sesat jalan.
|
19
|
Q bagaimana ditanam, begitulah ditunai
Q bagaimana acuan, begitulah kuihnya
Q ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Q bapa borek anak rintik
Q ke mana tumpah hujan dari bubungan, kalau tidak ke cucuran atap
|
Sikap atau tingkah laku anak-anak bergantung pada
didikan yang diterima daripada ibu bapa atau penjaga.
|
20
|
Q Bermuafakat itu membawa berkat
Q Bersekutu bertambah mutu
|
sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan
sesuatu yang baik.
|
21
|
Q Bertanam tebu di bibir mulut
|
Mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk
membujuk dan sebagainya)
|
22
|
Q Biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati
|
Biar miskin asalkan mempunyai budi bahasa yang baik
|
23
|
Q di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Q masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
|
dalam kehidupan sehari-hari, kita harus menghormati
atau mematuhi adat istiadat atau peraturan serta kebudayaan di mana-mana
sahaja kita berada.
|
24
|
Q Alah bisa tegal biasa
|
Oleh sebab sudah biasa membuat kerja yang susah, kerja yang
lebih sukar pun tidak terasa sudah lagi
|
25
|
Q Mulut tempayan
|
Tidak dapat dilarang seseorang itu daripada berkata-kata
Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana
pembocor rahsia
|
26
|
Q seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
Q seperti burung diam dalam sangkar emas
|
Orang dalam jagaan orang lain sungguhpun dipelihara
dengan baik tetapi berasa susah dan tidak bebas.
|
27
|
Q membuka pekung di dada
Q menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
Q menconteng arang di muka
Q seperti meludah ke langit
|
perbuatan yang salah sehingga memalukan diri dan
keluarga
|
28
|
Q bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
|
Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja
yang melakukannya.
|
29
|
Q seperti kaca terhempas ke batu
Q bagai kaca retak seribu
|
berasa amat sedih dan perasaan hati hancur kecewa
|
30
|
Q Belakang parang, kalau diasah nescaya tajam
|
Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan
bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga.
|
31
|
Q Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian
Q Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang
kemudian
|
Untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu
|
32
|
Q yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang
|
Seseorang yang bertuah akan memperoleh keuntungan dari
mana-mana sahaja.
|
33
|
Q Rumah siap pahat berbunyi
|
Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara
diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan.
|
34
|
Q bagai mencurahkan air ke daun keladi
Q masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri
Q seperti hujan jatuh ke pasir
Q didengar ada, dipakai tiada
|
Nasihat yang tidak dihargai atau melakukan sesuatu
kerja yang sia-sia.
|
35
|
Q Kalah jadi abu, menang jadi arang
|
Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak
akan menguntungkan mana-mana pihak pun.
|
36
|
Q Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
|
Orang miskin yang harus bekerja setiap masa.
|
37
|
Q kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
|
Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada
orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda.
|
38
|
Q badan cergas, otak cerdas
Q otak yang cerdas datang daripada badan yang cergas
|
dengan memiliki kesihatan yang baik, seseorang itu
mampu mengemukakan pendapat bernas.
|
39
|
Q Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
|
Setiap orang tidak dapat mengelak daripada membuat kesilapan
risiko bahaya akan terjadi di mana-mana sahaja
|
40
|
Q jauh berjalan luas pandangan
Q jauh perjalanan luas pemandangan
|
Teruskan memberi perangsang, galakan dan sokongan kepada anak-anak, meniti jalan
yang masih jauh untuk mendapatkan pengalaman berharga.
|
41
|
Q bagai bersumur di tepi rawa
Q iri hati
|
Orang yang selalu cemburu.
|
42
|
Q Bagai tanduk diberkas
Q Bagai mengepal pasir kering
|
Sangat susah hendak menyatukan manusia yang
berbagai-bagai fikirannya.
|
43
|
Q Mata pena lebih tajam daripada mata pedang
|
Pendapat yang dikemukakan secara bertulis
kadangkala lebih berbisa daripada dipotong dengan pedang.
|
44
|
Q sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
|
Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya
jangan menyesal
|
45
|
Q Bahasa menunjukkan bangsa
Q bahasa jiwa bangsa
Q hilang bahasa lenyaplah bangsa
|
bahasa yang sempurna menunjukkan peradaban yang tinggi daripada bangsa
pemilik bahasa tersebut.
|
46
|
Q Bahasa melambangkan bangsa
|
Bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti bangsa.
|
47
|
Q Keadilan
|
berhati-hati atau berwaspada dalam setiap pekerjaan
agar tidak mendapat musibah
|
48
|
Q seperti rusa masuk kampung
|
tercengang-cengang kehairanan apabila pertama kali menjejakkan
kaki ke tempat baharu
|
49
|
Q Bersatu teguh, bercerai roboh
|
Semangat perpaduan akan menyebabkan sesuatu
masyarakat kukuh dan apabila berpecah belah pula, masyarakat itu akan hancur
|
50
|
Q Nasi sudah menjadi bubur
|
penyesalan yang sudah terlambat
|
51
|
Q Ilmu pelita hidup
|
Ilmu pengetahuan menjamin kehidupan seseorang
|
52
|
Q Bagai pinang dibelah dua
Q Bagai cincin dengan permata
Q Bagai bulan dengan matahari
|
pasangan yang secocok dan sepadan
|
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
15 July 2017
SENARAI PERIBAHASA POPULAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
terima kasih. tetapi, ada sedikit kesalahan pada peribahasa
cg tan,peribahasa yang sama dengan rendah diri ada ke?
Yang Mana salah
Ikut resmi padi,semakin berisi semakin tunduk
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing tu kan maknanya salu tolong menolong bukannya persahabtan yang karib sbb tlg menolong.
Nota-
Cikgu Tan tolong betulkan yg ni dan lain² juga ye��
Post a Comment