INFORMASI BAHASA
Kekeliruan antara Kata Sendi Nama "tentang" dengan "terhadap"
Kata sendi nama "terhadap" sepatutnya diikuti oleh kata nama konkrit manakala kata sendi nama "tentang" pula perlu diikuti oleh kata nama abstrak. Apakah maksudnya konkrit dan abstrak? Konkrit ialah sesuatu yang kita sentuh dan lihat. Abstrak ialah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera.
PRINSIP:
📌tentang 👉 diikuti kata nama abstrak📌
📌terhadap 👉 diikuti kata nama konkrit📌
Lihat contoh di bawah:
1. Aisyah dan Puan Sharifah berbincang terhadap ❌konflik politik di negara itu.
2. Puan Maimunah sentiasa curiga terhadap ❌ kejujuran suaminya.
3. Noorazman amat cakna terhadap ❌ kebajikan keluarganya.
4. Hakim menjatuhkan hukuman penjara dua bulan tentang ❌ pencuri itu.
5. Penentangan tentang ❌ pihak berhaluan kiri berlaku akibat daripada semangat nasionalisme.
Pembetulannya:
1. Aisyah dan Puan Sharifah berbincang tentang ✅konflik politik di negara itu.
2. Puan Maimunah sentiasa curiga tentang ✅ kejujuran suaminya.
3. Noorazman amat cakna tentang ✅ kebajikan keluarganya.
4. Hakim menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadap ✅ pencuri itu.
5. Penentangan terhadap ✅ pihak berhaluan kiri berlaku akibat daripada semangat nasionalisme.
UJI BAHASA 1
Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.
1. Peristiwa 13 Mei haruslah menjadi peringatan _____ tiada kesepakatan antara pelbagai kaum.
2. Pensyarah dari Jepun bertukar-tukar pendapat _____ kebudayaan dalam seminar itu.
3. Keunikan seni bina bangunan itu benar-benar mencabar persepsi para arkitek _____ struktur bangunan yang memiliki kekreatifan tersendiri.
4. Pungutan suara _____ penyatuan negeri tersebut diadakan di Itali pada 16 Jun 2017.
5. Sebagai ketua yang bersikap adil _____ anak buahnya, Encik Azizi sentiasa memberikan kerja yang sama rata.
6. Kerajaan Malaysia mengutuk keganasan negara itu yang menjadi ancaman _____ keselamatan rantau dan pencabulan persempadanan.
7. Kehadiran staf syarikat ke hospital untuk menyampaikan rasa simpati _____ pengarah berikutan kemalangan yang hampir meragut nyawanya.
8. Jabatan yang bertanggungjawab diminta untuk segera bertindak _____ kesilapan yang berlaku dalam projek lebuh raya itu.
SUMBER:
RUMUS TATABAHASA BAHASA MELAYU (GOLONGAN KATA) DBP
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment