4 July 2017

INFORMASI BAHASA - Penggunaan Kata Sendi Nama "di" dan "pada" yang mengelirukan pengguna bahasa

INFORMASI BAHASA
Penggunaan Kata  Sendi Nama "di" dan "pada" yang mengelirukan pengguna bahasa

Kata sendi nama "di" tidak patut digunakan untuk waktu, masa dan zaman kerana "di" dikhususkan untuk menunjukkan tempat sahaja. Kata sendi nama "di" juga tidak boleh digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat berlakunya perbuatan kerana yang tepat ialah perkataan "pada".

PRINSIP:
๐Ÿ“Œdi ๐Ÿ‘‰ salah jika digunakan untuk waktu, masa dan zaman๐Ÿ“Œ
๐Ÿ“Œdi  ๐Ÿ‘‰ menunjukkan tempat.๐Ÿ“Œ
๐Ÿ“Œpada ๐Ÿ‘‰ menunjukkan tempat berlakunya sesuatu perbuatan.๐Ÿ“Œ

Lihat contoh di bawah:
1. Beliau meraih pingat dalam Anugerah Nobel di ❌tahun 1990.
2. Perkhidmatan bas masih belum ada di ❌abad ke-19.
3. Mereka berlatih sepak takraw di ❌waktu malam.
4. Pakatan Asia Tenggara belum wujud di ❌kurun ke-19.
5. Banyak pelancong berkunjung ke Jepun di ❌musim bunga.
6. Cat di ❌ tangannya masih belum hilang.
7. Pemeriksaan di ❌kereta itu mendapati bahawa ada kesan darah pada tayar.
8. Notis itu ditampalkan di ❌papan kenyataan pejabat itu.
9. Ibu menyapu sampah pada ❌halaman rumah.
10. Harga rumah sekitar Perak semakin meningkat pada ❌ pasaran.

Pembetulannya:
1. Beliau meraih pingat dalam Anugerah Nobel pada ✅bad ke-19.
3. Mereka berlatih sepak takraw pada ✅waktu malam.
4. Pakatan Asia Tenggara belum wujud pada ✅kurun ke-19.
5. Banyak pelancong berkunjung ke Jepun pada ✅musim bunga.
6. Cat pada ✅tangannya masih belum hilang.
7. Pemeriksaan pada ✅kereta itu mendapati bahawa ada kesan darah pada tayar.
8. Notis itu ditampalkan pada ✅papan kenyataan pejabat itu.
9. Ibu menyapu sampah di ✅halaman rumah.
10. Harga rumah sekitar Perak semakin meningkat di ✅pasaran.

UJI BAHASA 1
Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai.

1. Jaringan oleh Safee Sali diperoleh juga _____ minit ke-90.
2. Dato’ Meganathan menubuhkan Koperasi Guru Malaya _____ bulan Ogos 1980.
3. Saham Telekom Nasional kekal _____ 50 sen manakala Matrix pula naik sebanyak 1.5 sen.
4. _____ pandangan saya, beliau mempunyai pengaruh yang hebat apabila berpidato.
5. Ucapan Menteri Besar Perak amat tepat _____ masa dan ketikanya, lebih-lebih lagi isu ini menjadi perbualan hangat oleh rakyat.
6. Murid yang hilang dari SK Kerdas ditemukan oleh Haji Samat _____ pukul 7.55 pagi di hujung kampung.
7. _____ awal Ramadan, kebanyakan surau dan masjid sentiasa dipenuhi oleh jemaah.
8. Penyanyi rok terkenal daripada kumpulan RASS mengatakan bahawa dia diperkenalkan dengan dunia muzik _____ usia remaja lagi.

UJI BAHASA 2
Nyatakan penggunaan kata sendi nama dalam ayat yang berikut, sama ada betul (✔️) ataupun salah (❌).

1. Novel yang romantis itu ada pada Puan Bungaros. (_____)
2. Kemasan granit hitam di permukaan meja besi itu bertujuan untuk menyeragamkan lapisan cat. (_____)
3. Bilangan kad sim Naddy yang dijual pada suku kedua tahun ini melebihi tahun lepas. (_____)
4. Mereka akan meninggalkan kepakaran masing-masing di usia emas untuk beribadat kepada Tuhan. (_____)
5. Hasil sinar-X menunjukkan bahawa tiada kecederaan, seperti keretakan, di rusuk mangsa. (_____)
6. Reka bentuk dan ukiran yang pelbagai di keris menunjukkan bahawa orang Melayu memiliki rahsia tersendiri. (_____)
7. Kita akan mengalami kecederaan di bila-bila masa jika tidak melakukan regangan awal. (_____)
8. Cadangan oleh Tengku Din supaya Maimon dikahwinkan dengan P. Ramlee pada mulanya ditolak oleh ayahnya kerana perbezaan darjat. (_____)

SUMBER:
RUMUS TATABAHASA BAHASA MELAYU (GOLONGAN KATA) DBP

1 comment:

Lady Mia said...
This comment has been removed by a blog administrator.