Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

6 July 2017

INFORMASI BAHASA - Penggunaan Kata Sendi Nama "di" dan "ke" yang Memerangkap Calon Peperiksaan dan Mengelirukan Pengguna Bahasa.

INFORMASI BAHASA
Penggunaan Kata  Sendi Nama "di" dan "ke" yang Memerangkap Calon Peperiksaan dan Mengelirukan Pengguna Bahasa.

Gerabak informasi bahasa masih belum berganjak dari landasan kata sendi nama. Koc kekeliruan kata sendi nama perlu dipenuhi. Tiket ilmu masih dijual dalam perkongsian dari stesen bahasa. Kapten kereta api bahasa yang bertugas pada hari ini ingin membawa kita menghayati penggunaan kata sendi nama "di" dan "ke" yang betul agar destinasi bahasa Melayu merentas buana. Usaha merakyatkan tatabahasa pasti dapat diapresiasi oleh pengguna bahasa tak kira di mana-mana.

Umumnya, kata sendi nama "di"  tidak boleh digunakan untuk menunjukkan keadaan yang masih bergerak. Seharusnya kata sendi nama "di" digunakan bagi menunjukkan keadaan yang sudah tiba atau tidak bergerak. Dari sudut kegramatisan bahasa, kata sendi nama "di" digunakan bagi menunjukkan keadaan masih bergerak.

PRINSIP:
πŸ“Œke πŸ‘‰ keadaan masih bergerak.πŸ“Œ
πŸ“Œdi  πŸ‘‰ sudah tiba atau tidak bergerak.πŸ“Œ

Lihat contoh di bawah:
1. Normizah telah sampai ke ❌Jepun semalam dengan menaiki kapal terbang.
1. Saiful dan Kasehmelati telah pergi di ❌Pulau Tioman pagi tadi.
2. Farsha Sanda berlari-lari anak di ❌padang apabila melihat Cikgu Azizi menunggunya.
3. Gerakan badan di ❌hadapan perlu dilakukan semasa aktiviti regangan.
4. Gadis yang berambut panjang itu tiba-tiba muncul ke ❌belakang saya.

Pembetulannya:
1. Normizah telah sampai di  ✅Jepun semalam dengan menaiki kapal terbang.
1. Saiful dan Kasehmelati telah pergi ke  ✅Pulau Tioman pagi tadi.
2. Farsha Sanda berlari-lari anak ke  ✅padang apabila melihat Cikgu Azizi menunggunya.
3. Gerakan badan ke  ✅hadapan perlu dilakukan semasa aktiviti regangan.
4. Gadis yang berambut panjang itu tiba-tiba muncul di  ✅ belakang saya.

UJI BAHASA 1
Tandakan betul (✔️) dan salah (❌) bagi penggunaan kata sendi nama dalam ayat yang berikut.

1. Pemilik kilang perabot itu  boleh didakwa ke mahkamah kerana memiliki dadah.
2. Fikiran Pak Khairuddin hanya satu, iaitu dia ingin cepat sampai di rumah.
3. Ketika Suhiri tiba ke klinik bersama-sama Azhar, Hanida langsung tidak bermaya.
4. Para graduan melambungkan topi masing-masing di udara sebagai tanda tamat belajar di universiti.
5. Guru pelatih opyen bahasa Melayu daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah menganjurkan ekspedisi ke Lata Kekabu, Lenggong, semalam.
6. Permohonan Nazri untuk bekerja ke Hospital Ipoh juga ditolak.
7. Mak Limah naik di rumah lalu ke dapur untuk menggoreng ayam.
8. Presiden syarikat itu telah membawa pemuda itu masuk ke pejabatnya sehingga dia boleh menjadi setiausaha khas.

SUMBER:
RUMUS TATABAHASA BAHASA MELAYU (GOLONGAN KATA) DBP

No comments: