Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

5 July 2017

NFORMASI BAHASA - Penggunaan Kata Sendi Nama "di" dan "dalam" yang Mengelirukan Pengguna Bahasa

NFORMASI BAHASA
Penggunaan Kata  Sendi Nama "di" dan "dalam" yang Mengelirukan Pengguna Bahasa

Demi kelangsungan pemartabatan bahasa kebangsaan kita sebagai bahasa internasional, perjuangan untuk memperteguh dan mendaulatkan bahasa Melayu tidak mudah menemui titik noktah. Penzapinan pena bahasa di atas pentas pendidikan harus diikuti paluan rebana sokongan daripada pengguna bahasa juga. Dengan berbuat demikian, tarian ayat dan lenggok tatabahasa dapat difahami dengan mudah.

Topik pada hari ini masih berkait rapat dengan kata sendi nama. Maklumlah, bahasa itu sendi bangsa dan tiang negara. Oleh sebab itu, kesilapan umum seperti penggunaan "di" dan "dalam" merupakan masalah kecil yang tidak boleh diperlekeh. Kata sendi nama "di" tidak boleh digunakan untuk menunjukkan lingkungan atau bidang bagi menggantikan perkataan "dalam".

 PRINSIP:
๐Ÿ“Œdalam ๐Ÿ‘‰ menunjukkan lingkungan atau bidang.๐Ÿ“Œ
๐Ÿ“Œdi  ๐Ÿ‘‰ menunjukkan tempat.๐Ÿ“Œ

Lihat contoh di bawah:
1. Azila mempunyai kebolehan bercakap di dalam ❌banyak bahasa.
2. Kamu mesti membayar sewa itu di dalam ❌tempoh seminggu.
3. Cucu Pak Abdul Rahim memperoleh ijazah di dalam ❌bidang perubatan.
4. Halim Tee mengunyah gula-gula getah dalam ❌mulutnya.
5. Cincin pertunangan mereka dalam ❌kotak yang berwarna biru itu.

Pembetulannya:
1. Azila mempunyai kebolehan bercakap dalam ✅banyak bahasa.
2. Kamu mesti membayar sewa itu dalam ✅tempoh seminggu.
3. Cucu Pak Abdul Rahim memperoleh ijazah dalam ✅bidang perubatan.
4. Halim Tee mengunyah gula-gula getah di dalam ✅mulutnya.
5. Cincin pertunangan mereka di dalam ✅ kotak yang berwarna biru itu.

UJI BAHASA 1
Tandakan betul (✔️) dan salah (❌) bagi penggunaan kata sendi nama dalam ayat yang berikut.

1. Kata-kata azimat itu masih tengiang-ngiang di dalam ingatannya ketika dia sedang berbaring-baring. (_____)
2. Datuk Tony menafikan pembabitannya dalam isu menentang Akta Hasutan Negara. (_____)
3. Mereka berbuat demikian kerana tidak mahu terbabit di dalam penyelewengan syarikat itu. (_____)
4. Watak perempuan gila yang dilakonkan oleh Syarifah Nadia di dalam drama Cinta Sejati sangat mencabar. (_____)
5. Harapan beliau di dalam 20 tahun akan datang Malaysia menjadi tuan rumah Piala Dunia. (_____)
6. Profesor Dr. Nasreen menjelaskan bahawa proses kognitif itu berlaku di dalam teori interaksional. (_____)
7. Setelah puas mencari batu permata biru itu, Nur Hidayah duduk membatu dalam biliknya. (_____)
8. Encik Nur Azman dibesarkan di dalam keluarga yang meminati bidang penerokaan bumi dan angkasa. (_____)

SUMBER:
RUMUS TATABAHASA BAHASA MELAYU (GOLONGAN KATA) DBP

No comments: