Latihan 1
SOALAN 4 (a)
Berdasarkan sebuah novel yang anda
pelajari, huraikan dua persoalan kasih
sayang berserta contoh sesuai seperti yang terdapat dalam novel tersebut.
JENDELA MENGHADAP JALAN TINGKATAN 4
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4
ialah Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin. Pengarang
mengemukakan persoalan kasih sayang dalam novel ini.
Antaranya, persoalan kasih sayang anak
terhadap ibunya. Contohnya, Lili amat menyayangi ibunya kerana dia
mempertahankan maruah ibunya apabila datuknya memperkatakan sesuatu yang kurang
baik tentang ibunya itu. Lili tidak setuju dengan ungkapan yang dikatakan oleh
datuknya lalu mempertahankan maruah ibunya.
Seterusnya, persoalan kasih sayang
seorang sahabat. Contohnya, Danel sayang akan Lili kerana dia sanggup bertindak
seorang diri untuk menyelamatkan Lili yang dikurung oleh Raik dan Haziq di
dalam sebuah pondok usang pada suatu malam. Danel sanggup menggadai nyawa untuk
menyelamatkan Lili daripada tahanan Rafik dan Haziq.
SONGKET BERBENANG EMAS TINGKATAN 5
Novel yang
saya kaji di Tingkatan 5 ialah Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin
Ayip. Pengarang mengemukakan persoalan kasih sayang dalam novel ini.
Antaranya,
persoalan kasih sayang seorang anak terhadap ibu. Contohnya, Dahlia amat
menyayangi ibunya kerana dia berusaha untuk mengunjungi ibunya, Saleha yang
sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru dengan sanggup
mengeluarkan wang biasiswanya untuk membeli tiket bas dan membayar tambang
teksi.
Seterusnya,
persoalan kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. Contohnya, Embong
sangat menyayangi isterinya, Saleha yang sedang menerima rawatan di Hospital
Permai, Johor Bahru, akibat penyakit kemurungan. Dia sentiasa berdoa agar isterinya
itu sihat dan kembali dengan segera ke pangkuan mereka sekeluarga.
SOALAN 4 (b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran berkaitan dengan semangat bekerjasama yang terdapat
dalam setiap novel tersebut.
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4
ialah Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin. Pengarang
mengemukakan pengajaran berkaitan dengan semangat bekerjasama dalam novel ini.
Antaranya, kita hendaklah bekerjsama untuk membantu masalah orang lain.
Contohnya, Lili bersimpati dengan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi
oleh jiran datuknya, Che Jah yang telah dipukul dan dicemuh oleh suaminya
Seman. Lili bersetuju untuk menjadi saksi untuk kes keganasan tersebut. Dia
bekerjsama dengan Kak Mimah untuk menyelesaikan masalah rumah tangga Che Jah.
Akhirnya, Seman telah ditangkap oleh polis.
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5
ialah Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin Ayip. Pengarang
mengemukakan pengajaran berkaitan dengan semangat bekerjasama dalam novel ini.
Antaranya, kita mestilah bekerjasama untuk menyelesaikan masalah di tempat
tinggal kita. Contohnya, rumah Embong musnah akibat dilanda banjir. Haji
Sulaiman dan penduduk kampung bekerjasama membina semula rumah Embong yang
roboh akibat dilanda banjir. Selain itu, penduduk kampung juga bekerjasama
mengumpulkan wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan
pelajaran. Haji Sulaiman bekerjasama dengan pihak Hospital Batu Pahat untuk
membawa Saleha ke hospital tersebut bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
Latihan 2
Jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan pengajaran tentang ketaatan dalam sebuah novel yang anda pelajari.
JENDELA MENGHADAP JALAN TINGKATAN 4
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela
Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin. Pengarang mengemukakan pengajaran
tentang ketaatan dalam novel ini.
Peristiwa
pertama yang berkaitan dengan pengajaran tentang ketaatan ialah ialah Lili taat
akan perintah ibunya pulang ke kampung. Pada mulanya, Lili bercadang untuk menghabiskan
cuti sekolah bersama dengan rakan sekelasnya. Dengan permintaan ibunya Lili
bersetuju untuk menghabiskan cuti sekolah di kampung kelahiran ibunya, di
Dungun Terengganu bagi menggembirakan hati ibunya. Pengajaran daripada
peristiwa ini ialah kita mestilah mentaati arahan ibu bapa.
Peristiwa
kedua yang berkaitan dengan pengajaran tentang ketaatan ialah Lili taat akan
perintah neneknya. Lili mahu pergi melawat Che Jah kerana bersimpati kepada
Haziq dan Rafik. Neneknya melarangnya dan tidak membenarkan Lili pergi ke rumah
Che Jah kerana risaukan keselamatannya. Nenek takut anak-anak Che Jah
mengapa-apakan Lili. Pengajaran daripada peristiwa ini ialah kita mestilah
mentaati arahan orang tua.
SONGKET BERBENANG EMAS TINGKATAN 5
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5
ialah Songket Berbenang Emas hasil karya Khairuddin Ayip. Pengarang
mengemukakan pengajaran tentang ketaatan dalam novel ini.
Peristiwa pertama yang berkaitan
dengan pengajaran tentang ketaatan ialah Dahlia taat akan perintah ibu bapanya.
Dahlia menunjukkan sifat taat akan suruhan ibu bapanya apabila Dahlia sanggup
mengetepikan kepentingan diri untuk memastikan adik-adiknya mendapat penjagaan
sempurna. Dahlia menjaga adiknya bongsunya Anggerik ketika ibunya terlantar di
hospital. Pengajaran daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah mentaati
arahan kedua-dua orang ibu bapanya.
Peristiwa kedua yang berkaitan
dengan pengajaran tentang ketaatan ialah Melati, Mawar dan Kiambang taat akan
suruhan bapa mereka dengan bergilir-gilir menjaga adik bongsunya, Anggerik
semasa ketiadaan ibu mereka yang sedang menerima rawatan di hospital akibat
penyakit kemurungan. Pengajaran daripada peristiwa ini ialah kita mestilah
mentaati permintaan ibu bapanya.
SOALAN
4 (b)
Jelaskan dua
latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
JENDELA MENGHADAP JALAN TINGKATAN 4
Novel yang
saya kaji di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini
Matdarin. Pengarang mengemukakan latar masyarakat dalam novel ini.
Antaranya,
masyarakat yang mengamalkan perubatan tradisional. Contohnya, Datuk Lili, Tuan
Haji Abdul Rahman merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Datuk
sedaya upaya membantu pesakit yang datang berubat dengannya menggunakan kaedah
perubatan tradisional yang berasaskan akar-akar kayu dan daun-daun herba.
Seterusnya,
masyarakat yang bersimpati atas penderitaan orang lain. Contohnya, Lili berasa simpati
dengan nasib Che Jah yang selalu didera dan dimaki hamun oleh suaminya, Seman
sehingga Lili mengambil keputusan untuk membuat laporan kepada Jabatan
Kebajikan Masyarakat. Lili bersetuju untuk menjadi saksi untuk kes keganasan
rumah tangga itu.
SONGKET BERBENANG EMAS TINGKATAN 5
Novel
yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Songket Berbenang Emas hasil karya
Khairuddin Ayip. Pengarang mengemukakan latar masyarakat dalam novel ini.
Antaranya,
masyarakat yang penyayang. Contohnya, Dahlia amat sayang akan ibunya kerana
Dahlia sanggup melawat ibunya yang sedang menerima rawatan di Hospital Permai,
Johor Bahru dengan mengeluarkan wang biasiswanya untuk membayar tambang bas dan
teksi.
Selain
itu, masyarakat yang tabah. Contohnya, Dahlia tabah berdepan dengan pelbagai
dugaan termasuklah ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke Hospital Batu Pahat
untuk menjalani rawatan pemulihan akibat menghidap penyakit kemurungan. Di
samping itu, Dahlia tabah menghadapi kerenah neneknya, Nek Kiah yang sentiasa
memandang serong terhadap Dahlia sekeluarga.
TERIMA KASIH CIKGU MEGANATHAN DARIPADA SMK SUNGAI KARANGAN, KULIM, KEDAH
TERIMA KASIH CIKGU MEGANATHAN DARIPADA SMK SUNGAI KARANGAN, KULIM, KEDAH
10 comments:
slm en tan..mohon skema jawapan bg rumusan 1 & 2...e-mel saya nizaisha86@gmail.com.
tq
Thanks a lots ❤ dpt laaa buat revision untk paper trial besokk ") doakan yg trbaik ya
Padu bhai...
Tq untuk tips nihh..doakan Saya jwb exam spm esok
Tq kerana bantu saya ulang kaji ya🥺
Time pkp pula
Hmm. Ni mmg berguna
assalam🙂,thx sbb share, brguna sangat2
Thanks a lot sir...this example of novel teach me a lot of knowledge from the novel form 4-5
Tq memang Bergman ulang kaji
Thanks a lot sir for tiz example its really helpful ......
Post a Comment