SOALAN
1
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda
kaji, huraikan tema novel tersebut.
JENDELA MENGHADAP JALAN
Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin, pengarang memaparkan tema kecekalan
seorang gadis dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.
Lili cekal menghadapi kerenah ibunya yang menyuruh dia
menghabiskan cuti persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya.
Lili akur akan cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya.
Lili juga cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah
keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu
dipukul dan dicemuh oleh suaminya, Seman. Akhirnya, Seman berjaya ditangkap dan
akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya itu.
Lili cekal menghadapi dugaan semasa dirinya dikurung dan
diikat oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok buruk yang terletak di dalam hutan
di Kampung Sentosa.
Lili cekal menghadapi kerenah penduduk
kampung yang tidak bersepakat dalam isu pemasangan kubah pada bumbung surau
lama kerana kekurangan nilai keagamaan. Akhirnya, penduduk kampung menerima
cadang Lili untuk membina masjid baharu.
SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 pula Songket Berbenang
Emas karya Khairuddin Ayip, pengarang memaparkan tema kegigihan seorang gadis dalam mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan
dalam kehidupannya.
Dahlia gigih menghadapi ujian dalam hidupnya serta tidak
pernah menjalankan nasib malang yang menimpa diri dan keluarganya. Sebaliknya
dia berusaha untuk menempuh semua ujian tersebut dengan jiwa dan semangat yang
kental.
Dahlia gigih menghadapi dugaan apabila ibunya, Saleha
terpaksa dihantar ke hospital Batu Pahat, kemudian dipindahkan ke Hospital
Permai, Johor Bahru untuk menjalani rawatan pemulihan akibat menghadapi penyakit
kemurungan.
Kegigihan Dahlia yang seterusnya dapat dilihat apabila dia
dapat menghadapi sikap prejudis neneknya, Nek Kiah terhadap mereka sekeluarga
dengan tenang. Dahlia juga mendepani cacian dan tohmahan Aton yang menuduhnya
membunuh Said dan menggelarnya perempuan murahan serta kenalan ramai lelakinya.
TERIMA KASIH CIKGU MEGANATHAN DARIPADA SMK SUNGAI KARANGAN, KULIM, KEDAH
No comments:
Post a Comment