28 May 2017

LATIHAN RUMUSAN SPM

Yang ingin mendapatkan skema jawpaan, sila tinggalkan alamat e-mel anda di ruang komen di bawah. Selamat Mencuba!

LATIHAN RUMUSAN SPM (1/2017)
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang manfaat pemakanan petai kepada kesihatan dan usaha-usaha untuk mempopularkan amalan pemakanan petai.   Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Mendengar saja perkataan petai, pasti ada yang terus memikirkan bau nafas yang kurang menyenangkan apabila kita menikmatinya. Oleh itu, berkemungkinan besar ada yang tidak menjamahnya sekiranya menjadi menu makanan pada siang hari ketika waktu bekerja. Petai merupakan sejenis tanaman yang berasal dari negara tropika, seperti di negara kita Malaysia dan juga Indonesia. Dengan nama saintifik parkia speciosa dan dimakan sebagai ulam ini, di sebalik ketidakenakan bau nafas, sebenarnya petai sejenis ulam yang banyak memberikan manfaat kesihatan kepada kita.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan, petai ialah sumber gizi penting terhadap kesihatan manusia. Penelitian menunjukkan bahawa buah petai memiliki kandungan sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Ketiga-tiga jenis zat ini ialah sumber gula semula jadi yang boleh menghasilkan tenaga segera bagi mereka yang memakannya. Bahkan, kandungan protein dalam petai empat kali lebih banyak daripada buah epal. Kandungan zat besi yang tinggi dalam petai sangat bermanfaat untuk mengurangkan masalah anemia dalam badan manusia. Petai memiliki kandungan kalium yang cukup tinggi untuk mengatasi stres dan depresi yang kita alami. Kalium dalam petai juga dapat meningkatkan konsentrasi dan kemampuan otak seterusnya berfungsi untuk meningkatkan daya ingatan semasa belajar.

Di samping kandungan kalium yang tinggi, ciri-ciri petai yang rendah garam mampu menstabilkan degupan jantung sekali gus mengurangkan penyakit kardiovaskular. Tekanan darah yang terjaga akan menurunkan risiko diserang sakit jantung dan merendahkan risiko gejala strok di samping mengurangkan masalah migrain. Dalam jurnal perubatan baharu edaran The New England Journal of Medicine, hasil penelitian turut mengatakan bahawa pemakanan petai secara teratur mampu melancarkan sistem pencernaan dalam usus. Serat yang banyak terkandung dalam petai berguna melancarkan proses penghadaman dan perkumuhan. Bagi yang sering mengalami gangguan pencernaan seperti sembelit, pemakanan petai akan dapat membantu mengurangkan penderitaan sembelit. Dengan amalan pemakanan petai, toksin tubuh yang mengganggu kesihatan dapat diatasi segera.

Petai juga memiliki manfaat yang pelbagai. Kementerian Kesihatan Malaysia harus menjalankan kajian yang lebih mendalam untuk mengenal pasti khasiat petai kepada kesihatan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana khasiat dalam petai yang mudah dicari di Malaysia mampu memberikan impak baharu kepada bidang perubatan tradisional. Amalan pemakanan yang sihat mampu memberikan nikmat kesihatan yang baik dan menyejahterakan kehidupan manusia.

(Dipetik dan diubah suai daripada
rencana Khasiat Petai kepada Manusia
dalam blog akademik  www.cikgutancl.blog.spot.com)

Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)                Berikan maksud rangkai kata toksin tubuh.                          
[2 markah]
(ii)             Pengarang mengemukakan beberapa kebaikan daripada penjagaan tekanan darah. Nyatakan kebaikan-kebaikantersebut.                                                                      
[3 markah]
(iii)           Anak-anak kecil kurang meminati makanan tradisional seperti petai, jering, ulam-ulaman, dan herba dalam amalan pemakanan mereka.

Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka mengamalkan pemakanan makanan tradisional?                                                                          
[4 markah]



 LATIHAN RUMUSAN SPM (2/2017)
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kerancuan bahasa berlaku dalam kalangan pengguna bahasa Melayu dan kesan-kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan kita. Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan di Malaysia, dipelajari oleh murid, dan dikembangkan oleh rakyat sekalipun dengan menggunakan dana awam. Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadamkan kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya Perkara 152 hendak dipinda. Walau bagaimanapun, kerancuan bahasa yang berlaku di negara kita makin hari makin mendukacitakan.
         Dalam kajian bahasa yang dilakukan terhadap pengguna bahasa Melayu di Malaysia, kesalahan ejaan dan bahasa daripada sari kata dalam siaran televisyen telah menjadi punca utama kerancuan bahasa berlaku. Pada masa yang sama, ketaasuban pengguna bahasa terhadap bahasa Inggeris juga mengeruhkan keadaan. Maklumlah, ibu bapa pada zaman ini semakin lama semakin mengagung-agungkan bahasa Inggeris daripada bahasa kebangsaan kita. Mereka yang kekurangan ilmu dan pengetahuan tentang bahasa Melayu juga mengeruhkan keadaan yang sudah parah menanti retak. Dalam era penjajahan bahasa asing ini, pengguna bahasa semakin tidak berminat untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Di sebalik itu, ada yang menyalahkan kesilapan daripada ajaran guru sekolah rendah hingga terbawa-bawa hingga ke peringkat sekolah menengah. Fenomena ini dikeruhkan lagi oleh pengguna bahasa yang mempercayai dan meyakini bahasa yang digunakan dalam majalah picisan yang banyak membuat kesalahan ejaan, frasa, imbuhan, dan struktur ayat. Akhbar arus perdana turut mencemarkan bahasa Melayu dengan kesalahan bahasa yang kritikal sehingga menggores hati dan mengecewakan pengkaji bahasa. Segelintir pengguna bahasa juga dikatakan kurang cakna akan perubahan dan pemantapan bahasa Melayu yang gramatis. Wartawan bukan graduan dalam bidang bahasa meracun bahasa Melayu.
Yang paling menyedihkan ialah pemimpin masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu tidak gramatis mencerminkan ketidakprihatinan mereka terhadap bahasa Melayu. Sikap pemimpin yang kurang peka akan kesilapan bahasa Melayu ini seolah-olah mencerminkan kurangnya semangat cinta akan negara dalam diri mereka. Janganlah kita berasa hairan sekiranya ejaan makanan yang betul seperti “kuetiau” dieja “koeytiao”, “martabak” pula dieja “murtabak”, dan “sate” dieja “satey” oleh pengguna bahasa Melayu. Akhir kata, bahasa jiwa bangsa. Hilang bahasa, lenyaplah bangsa. Janganlah kita lupa akan hakikat bahawa menunjukkan bangsa.

 (Dipetik dan diubah suai daripada
rencana Kadar Rancu Kita Berbahasa
dalam blog akademik www.cikgutancl.blogspot.com)


Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)                Berikan maksud rangkai kata kurang cakna.                       
[2 markah]

(ii)             Pengarang mengemukakan beberapa hak bahasa lain di negara kita.               
Nyatakan hak-hak tersebut.
[3 markah]

(iii)           Selain guru-guru sekolah yang harus mendidik anak murid supaya menggunakan bahasa Melayu dengan betul, peranan pelbagai pihak juga penting untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan kita agar dapat mengantarabangsakan bahasa Melayu.

Pada pendapat anda, apakah peranan kerajaan untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu?                                                                      
[4 markah]
  

12 comments:

Kim Fah Thoo said...

Dr Tan, minta skema jawapannya. Terima kasih

nitha wathy said...

Cigku Tan ,,,tolong mailkan jawapan,,nithawathy10@gmail.com

geemanika said...

Ck.tan, minta skema jawapan. Thx

CIKGU TAN CL said...

UNTUK MENDAPATKAN JAWABAN CATATAN INI, SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440

Kavinesh Ganesan said...

Selamat sejahtera cikgu tan.Tolong hantar skema jawapan.
kavinesh3710@gmail.com

Unknown said...

Selamat pagi cikgu tolong hantar skema jawapan mohdhuzirmohamed@gmail.com

DAVID WONG LEE KANG LEE KANG said...

Seelamat Petang cikgu Tan, boleh saya minta Jawapan untuk latihan rumusan (ramalan 1 dan 2 2017) ? Sila emailkan ke alamat davidwong1226@yahoo.com . Terima Kasih.

Qemek said...

Selamat Pagi cikgu Tan, boleh saya minta Jawapan untuk latihan rumusan (ramalan 1 dan 2 2017) ? Sila emailkan ke alamat qlurunhamka@gmail.com Terima Kasih.

sandra said...

Cikgu Tan, minta jawapan untuk latihan rumusan.
Email: aisze_85@yahoo.com

Anonymous said...

majingyi1314521@gmail.com

Nita said...

Salam sejahtera Dr.Tan. Mohon kongsi jawapan ke e-mel saya nita782002@yahoo.com

FizahRedlof said...

mohon hantar skema jawapan kepada saya juga cikgu

nhafiza83@gmail.com

terima kasih