3
|
Kecekapan penggunaan sumber tenaga seperti elektrik, air dan bahan api
dalam kehidupan seharian dapat membantu masyarakat ke arah penjimatan.
Jelaskan langkah-langkah menjimatkan penggunaan sumber tersebut.
|
PENDAHULUAN
BIDANG
|
Sumber tenaga seperti elektrik, air, dan bahan api
-memainkan peranan yang penting sebagai nadi kehidupan pada zaman moden
-banyak yang tidak dapat hidup selesa tanpanya
-kebergantungan pada tenaga tersebut semakin meningkat
|
TEMA
|
Penjimatan penggunaan sumber tenaga
-penting untuk mengurangkan bil utiliti yang ditanggung oleh ibu bapa kita
-mengurangkan penggunaan sumber alam semula jadi
-dapat digunakan oleh generasi seterusnya jika
dimanfaatkan dengan baik
|
SOALAN
|
banyak langkah boleh diambil untuk menjimatkan penggunaan
sumber tenaga
|
ISI 1
ISI
(langkah)
|
-menggunakan tenaga solar untuk menggantikan tenaga
elektrik
-trend yang makin popular
|
HURAIAN
(sebab
langkah itu penting)
|
-menjimatkan tenaga elektrik
-menjana tenaga melalui tenaga sumber daripada sang
suria yang setia memancarkan cahaya
-mudah dipasang pada bumbung rumah dan kosnya rendah
|
CONTOH
|
-menggunakan tenaga solar untuk memanaskan air dan
memasang lampu
-tenaga berlebihan boleh dijual kepada Tenaga Nasional
Berhad (TNB)
-pelaburan bijak demi mengurangkan tenaga elektrik
|
HURAIAN
(kebaikan
jangka panjang)
|
-menjimatkan kos sekali gus menjana pendapatan
-pelaburan yang memerlukan kos yang rendah
-menjanjikan pulangan yang hebat di samping mesra alam
|
KESIMPULAN
|
-penggunaan tenaga elektrik dapat dikurangkan
-menjimatkan kos kehidupan dan menurunkan bil
-sumber tenaga elektrik dapat dikurangkan sehingga 60
peratus
|
ISI 2
ISI
(langkah)
|
-menggunakan alat elektronik dengan bijaksana
-mengurangkan penggunaan sumber tenaga elektrik
|
HURAIAN
(sebab
langkah itu penting)
|
-anak-anak perlu
diajar oleh ibu bapa sejak kecil kerana tatkala
lagi rebung tiada dipatah, ketika sudah jadi aur apa gunanya
-mendisiplinkan anak-anak tentang tatacara penjimatan
penggunaan sumber elektrik
-sama-sama menjimatkan bil elektrik
|
CONTOH
|
-plag bolehlah kita cabut jika tidak menggunakan alat
elektronik untuk mengurangkan penggunaan tenaga
-aliran elektrik dapat dikurangkan sekali gus voltan
berkurangan
-menggunakan mesin pencuci pakaian dengan muatan penuh
-penapis penyaman udara perlu dibersihkan agar sentiasa
sejuk dan suhu bolehlah ditetapkan pada 22°C hingga 24°C untuk mengurangkan
penggunaan tenaga kuda penyaman udara
|
HURAIAN
(kebaikan
jangka panjang)
|
-penjimatan sehingga 30% boleh dilihat dalam masa
sebulan
-amalan ini bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga
mengurangkan beban sumber tenaga di bumi
-teknik ini sudah diamalkan di negara maju seperti
Jepun, Amerika Syarikat, dan Jerman.
|
KESIMPULAN
|
-menjimatkan sumber tenaga dengan bijaksana demi bumi
yang sejahtera
|
ISI 3
ISI
(langkah)
|
-sumber air perlu dijimatkan demi kelangsungan hidup
pada masa depan
-ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
|
HURAIAN
(sebab
langkah itu penting)
|
-krisis air pernah melanda negara
-sumber air terpaksa dicatu sehingga menyulitkan aktiviti
kehidupan rakyat
-mesti cakna akan usaha penjimatan air
|
CONTOH
|
-membaiki paip yang rosak atau bocor agar 90 liter air
dapat dijimatkan sehari
-tutup air paip sewaktu memberus gigi atau bercukur
-menggunakan pancuran air daripada pencedok air kerana
dua pertiga daripada air kegunaan itu dapat dijimatkan
-air hujan boleh dikumpulkan untuk menyiram bunga
|
HURAIAN
(kebaikan
jangka panjang)
|
-jumlah air yang digunakan dapat dikurangkan
-bil air pasti menurun daripada kadar bil biasa
-melahirkan warga yang cinta akan sumber alam semula
jadi
|
KESIMPULAN
|
-membentuk penduduk dunia yang mampu menjadi suri
teladan kepada penduduk lain dalam soal penjimatan sumber tenaga
|
ISI 4
ISI
(langkah)
|
-penjimatan bahan api mesti dilakukan dengan pelbagai
kajian dan penyelidikan yang berterusan
-memastikan sumber bahan api tidak pupus pada suatu
hari nanti
|
HURAIAN
(sebab
langkah itu penting)
|
-petrol ialah bahan api yang paling banyak digunakan
oleh manusia
-kenderaan dan pengangkutan awam menggunakan bahan api
terbesar
-mesti dikurangkan sebelum
nasi sudah menjadi bubur agar kita tidak menyesal apabila bahan api
semakin mahal lantaran kekurangan stok di pasaran
|
CONTOH
|
-tidak berlumba-lumba atau memecut ketika memandu
kenderaan
-memeriksa tekanan angin pada tayar agar sentiasa
mencukupi
-mengelakkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan
jalan raya
-menggunakan tren komuter atau trend aliran ringan yang
lebih mesra alam
|
HURAIAN
(kebaikan
jangka panjang)
|
-kadar pembebasan asap karbon monoksida ke udara dapat dikurangkan
-penggunaan petrol dapat dikurangkan sekali gus
menjimatkan kos pengangkutan
-udara yang lebih bersih dan segar dapat kita hirup
|
KESIMPULAN
|
-menjimatkan bahan api sebagai sumber tenaga demi bumi yang lebih hijau dan kehidupan
yang lebih sejahtera.
|
PENUTUP
TEMA
|
Penjimatan sumber tenaga
-memerlukan ilmu pengetahuan dan disiplin yang tinggi
-kematangan pengguna bahan sumber tenaga haruslah
dipertingkatkan melalui pendidikan
-kerjasama daripada semua pihak bagai aur dengan tebing
mustahak untuk menjayakan matlamat penjimatan sumber tenaga
|
BIDANG
|
Sumber tenaga
-sentiasa mencukupi
-digunakan dengan penuh hemat dan hemat oleh penduduk
bumi
-menjamin keseimbangan ekologi di samping menyantuni
ekosistem
|
HARAPAN
|
-penjimatan sumber tenaga menjamin kehidupan yang
sejahtera dan harmoni bersama alam
-membantu masyarakat ke arah penjimatan demi
pengurangan kos kehidupan di bumi ini
|
No comments:
Post a Comment