Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

7 March 2009

Bahasa Malaysia, Bahasa Perdana!

“Patutlah bahasa Melayu dilayakkan dari selangkah ke selangkah lagi bagi penggunaan yang lebih maju, lebih besar dan lebih tinggi pula.”
Demikianlah petikan kata-kata mutiara Pendeta Za'ba. Bahasa Malaysiaku kini sudah menjadi bahasa antarabangsa dan ternyata penyebarluasannya ke seantero jagatraya. Hal ini dapat diyakini dengan adanya pertandingan bertaraf antarabangsa bertemakan bahasa Melayu seperti yang telah diadakan.
Semalam, pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2009 telah diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan disaksikan oleh penonton dari seluruh dunia apakala siaran ini disalurkan kepada penonton secara langsung. Saksikanlah wahai anak muridku, orang asing sedang berusaha mempelajari bahasa kita, kenapa tidak kita!
Tepuk dada, tanya selera.


Peserta bernama Ayleen O Hanlo (Nur) dari Australia

Peserta Shavira Alaydrus (Shafira) dari Belanda.

Sesungguhnya, harus diingat, bahasa itu jiwa bangsa. Dalam konteks negara Malaysia, penguasaan bahasa asing tidak seharusnya dilihat melunturkan kepentingan bahasa Melayu itu sendiri. Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab mengantarabangsakan dan mengangkasakan bahasa kita, bahasa Malaysia. Jika tidak, hilang bahasa, lenyaplah bangsa! Bahasa Melayu yang mementingkan kesopanan dan kesusilaana haruslah dicintai, dihargai, dan terus dikuasai. Hal ini berlaku demikian kerana bahasa menunjukkan bangsa!

3 comments:

Anonymous said...

seronok sungguh menonton pertandingan ini semalam! Saya paling suka peserta dari negara China (siti hajar), lebih-lebih lagi sewaktu dia menyanyi.

Anonymous said...

Ya, Ayleen O Hanlon menutur Bahasa Melayu Indonesia dengan begitu baik sekali.

Anonymous said...

boleh tak beri sedikit pendapat mengenai kajian binaan ayat persamaan dan perbezaan bi dan bm..email sy adikna87@yahoo.com..

harap beri tunjuk ajar