Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

19 March 2009

Peribahasa Melayu, adakah masih releven dalam kehidupan kita?

Adakah relevan masyarakat sekarang menggunakan peribahasa dalam kehidupan seharian mereka?
Peribahasa Melayu memang indah dan penuh dengan ilmu dan pedoman. Sebagai guru, saya memang bersetuju bahawa peribahasa Melayu sangat revelen dalam kehidupan masyarakat kini. Lihatlah beberapa peribahasa dan huraiannya.


1. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
Malaysia dan negara-negara serantau sedang mengalami kegawatan ekonomi yang agak membimbangkan. Ekoran itu, peribahasa ini memang sesuai untuk menggambarkan keperluan rakyat semasa. Sebagai konsumer, kita haruslah sedar bahawa setiap perbelanjaan yang kita buat mestilah dengan rasional dan tidak melampau kerana kita haruslah berjimat cermat sebelum "poket" kita kering.


2. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Anak-anak muda sekarang memang tidak berfikiran matang sebelum membuat sebarang keputusan dalam soal pergaulanl Hal ini dikatakan demikian kerana baru-baru ini, kita digemparkan dengan kejadian anak-anak gadis yang membuang janin bayi selepas melahirkannya. Bayi itu tidak berdosa, yang berdosa ialah mereka yang tidak berfikiran matang sebelum membuat keputusan. Nescaya, mereka akan menyesal atas perbuatan ini namun segala-galanya sudah terlambat.


3. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Anak-anak murid zaman sekarang lazimnya suka membuat persiapan pada saat-saat akhir peperiksaan menjelang. Daripada perspektif berbeza, mereka lupa bahawa persediaan dan berusaha sejak awal tahun merupakan formula kejayaan dalam pelajaran. Oleh sebab itu, pakar motivasi seyogianya menasihati pelajar agar membuat dan ulang kaji setiap hari agar topik-topik yang kita ulang kaji menjadi lebih banyak sekali gus meyakinkan kita apabila melangkah ke dewan peperiksaan. Oleh hal yang demikian, setiap langkah menuju ke dewan peperiksaan haruslah berbekalkan kesungguhan dan keyakinan, bukan ketakutan.


4. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Datuk Lee Chong Wei, wira badminton negara yang diuar-uarkan menjuarai kejohanan Terbuka Swiss baru-baru ini telah membawa sinar kepada skuab kebangsaan. Hal ini dikatakan demikian kerana seminggu sebelum itu, beliau terpaksa tunduk kepada "Mr Cool" dari negara tembok besar China, yakni Lin Dan. Lin Dan yang semangnya menang dengan bergaya pada pertandingan badminton All England terpaksa pula tunduk kepada pemain nombor satu negara kita. Saya percaya, Datuk Lee Chong Wei yang sentiasa bercita-cita berdiri megah di puncak tertinggi ranking dunia akhirnya berjaya apabila menjinakkan "Harimau Cina" yang maco dan gagah!


5. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Sejak akhir-akhir ini, kita digemparkan dengan kejadian yang amat menakutkan wanita dari seluruh negara, yakni kes rogol bersiri. Perogol bersiri yang juga seorang pemandu teksi sentiasa menjadikan pelanggannya sebagai mangsa. Walau bagaimanapun, kebijaksaaan seorang gadis Cina dari Taman Kosas, Cheras telah membantu pihak polis dengan memerangkap perogol bersiri yang licik itu. Akhirnya, perogol itu ditangkap dan dimasukkan ke penjara dengan hukuman 25 tahun berserta 20 sebatan. Oleh sebab itu, kejahatan yang selicik-licik manapun, pasti akan kecundang dan ditangkap juga.

3 comments:

Anonymous said...

Saya sangat bersetuju.

Anonymous said...

ye..sy juge bersetuju..
peribahasa melayu masih lg relevan utk diguna pakai pada era ini. it reflects real life events

Unknown said...

Saya juga bersetuju