Salam sejahtera, nak cari skemanya, hantarlah mesej kepada saya melalui whatsapps / telegram 0122099440.
Selamat mencuba!
SUMBER: MODUL PERKEMBANGAN NEGERI TERENGGANU 2018
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu
rumusan tentang usaha-usaha menggalakkan industri tumbuhan
herba dan kebaikan tumbuhan herba dalam bidang
perubatan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Pokok herba ialah
tumbuhan yang dikategorikan sebagai pokok renek berbatang lembut ataupun keras
dan mengandungi banyak air. Dahulu,
pokok herba ini biasanya dijadikan oleh masyarakat sebagai bahan ubat-ubatan
untuk merawat penyakit dan makanan tambahan untuk menguatkan tenaga. Tumbuhan
herba ini juga sering digunakan dalam masakan bagi menyedapkan rasa masakan.
Tumbuhan herba yang biasa digunakan dalam masakan seperti lengkuas, kunyit,
halia dan bawang putih sebenarnya mempunyai khasiat yang menakjubkan tetapi
telah dilupakan, sedangkan tumbuh-tumbuhan itu mudah diperoleh.
Kini, kecenderungan
orang ramai sebagai pengguna mula terarah kepada produk semula jadi, lalu
mereka memilih untuk menjadikan tumbuhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian.
Untuk itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil langkah
proaktif menjalankan penyelidikan mengenai tumbuhan herba bagi menggalakkan
penanaman tumbuhan herba ini. Kementerian ini juga mengadakan kempen secara
besar-besaran berkaitan penanaman tumbuhan herba untuk menyedarkan masyarakat
tentang industri ini. Kempen ini boleh dijalankan melalui pelbagai media massa
milik kerajaan atau pihak swasta agar masyarakat dapat membuka mata tentang
industri tumbuhan herba ini. Penyaluran maklumat melalui media massa
terutamanya media elektronik sebenarnya lebih efektif berbanding mengadakan
ceramah atau pameran.
Bagi menyokong
usaha kerajaan ini, agensi berkaitan pertanian sudah mengambil langkah dengan
mewujudkan taman-taman herba di agensi masing-masing. Kewujudan taman-taman ini
akan menarik minat para pekerja di agensi tersebut dan juga para pengunjung
untuk mendalami ilmu berkaitan tumbuhan herba. Selain itu, Universiti Putra
Malaysia (UPM) telah menubuhkan Taman Konservatif Pertanian yang menempatkan
lebih 500 spesies tumbuhan herba yang berfungsi sebagai ubat-ubatan. Usaha
tersebut yang digerakkan oleh Institut Biosains UPM telah berjaya menarik minat
para penyelidik tempatan dan luar negara untuk menjalankan kajian perubatan
bagi mengatasi pelbagai penyakit. Taman itu diusahakan di kawasan seluas dua
hektar yang dipenuhi dengan tumbuhan asli dan eksotik daripada spesies
tempatan. Kesemua pokok diatur dalam susunan landskap yang cukup menarik serta
dilengkapi dengan label yang memaparkan maklumat seperti nama
asal, nama saintifik dan kegunaannya. Dalam pada itu, untuk memastikan
perkembangan industri herba, UPM juga ada menjalankan kerjasama secara
komersial dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Sebagai contoh, sejak empat
tahun lalu, UPM bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) telah bekerjasama
menjalankan penyelidikan makmal secara klinikal untuk mencari penawar kepada
penyakit kanser.
Seterusnya, bagi
mendedahkan masyarakat kepada penggunaan, kaedah penanaman dan penjagaan
tumbuhan herba ini, UPM telah menganjurkan Bengkel Pengenalan Tumbuhan
Ubat-ubatan. Bengkel yang pertama kali diadakan itu juga bertujuan menimbulkan
kesedaran dan minat dalam kalangan peserta terhadap tumbuhan herba di samping
mengenal pasti potensinya dalam industri. Bagi merancakkan penanaman pokok
herba ini, semua kerajaan tempatan disarankan membuat landskap tanaman herba di
kawasan majlis perbandaraan masing-masing di samping menanam pokok-pokok
hiasan. Orang ramai juga digalakkan menanam tumbuhan herba di pekarangan rumah
mereka sebagai penghias halaman rumah. Bagi menggalakkan orang ramai menanam
tanaman herba ini, Jabatan Pertanian akan memberikan pendidikan secara
praktikal tentang proses-proses penanaman, penjagaan dan fungsi tumbuhan herba
dalam menyembuhkan penyakit.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Keajaiban
Tumbuhan Herba’
oleh Nazrul Azim Sharuddin
Utusan Malaysia, 10
Julai 2017)
Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2 (a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata memaparkan maklumat. [2
markah]
(ii)
Pengarang ada mengemukakan beberapa fungsi tumbuhan
herba dalam kalangan masyarakat dahulu.
Nyatakan fungsi-fungsi tersebut. [3 markah]
(iii)
Perubatan tradisional
kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat pada hari ini.
Pada pendapat anda, mengapakah
hal ini berlaku? [4 markah]
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat
baik bonda saya?”
Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula
tersenyum meramahi saya sebelum menjemput saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam
bonda kepadanya sebelum menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya
bawa dari kampung.
Minggu-minggu pertama saya berada di kota
mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa saya.
Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan
peribadi. Saya berada jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak
muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan
merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan berpeleseran dalam
pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka
bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan.
Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya faham.
Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa
asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah rasa malu dengan sikap dan
gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri
di negara mewah ini.
Dipetik daripada ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian
Pendidikan Malaysia.
(i)
Apakah yang dilakukan oleh Munsyi selepas ‘saya’
memperkenalkan diri? [2 markah]
(ii)
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk memupuk semangat
cinta akan bahasa kebangsaan dalam kalangan remaja? [3
markah]
(iii)
Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat
dalam petikan dan satu latar masyarakat yang lain daripada keseluruhan cerpen tersebut yang
tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa
Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika demikian,
sahaja aniayalah duli yang maha mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta.
Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu pun, mana kasih hatinya hendak
memberi akan patik.”
Maka titah baginda, “Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?”
Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi
Allah dan Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas hati patik sekalian.” Masing- masing pun memberikan segala hartanya akan Laksamana.
Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh
Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi
tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan yang
sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi
diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun
tiada diambil oleh Laksamana.
Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara,
jikalau tiada Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun
kararlah.
Berapa lamanya maka terdengar ke Majapahit kepada Patih Gajah Mada bahawa
Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana. Maka Patih Gajah Mada pun
mencari daya dan upaya hendak mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana
itu juga, sentiasa menyuruh ke gunung dan segenap bukit bertanyakan orang yang
bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui
Teladan’
dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
(i)
Berikan maksud tiadalah putus. [2 markah]
(ii)
Sultan Melaka menitahkan Laksamana untuk
membahagi-bahagikan harta yang telah dirompak oleh Kertala Sari.
Nyatakan tindakan
Laksamana terhadap harta rompokan tersebut. [3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang
wajar dilakukan oleh kerajaan untuk menyelesaikan harta yang tidak dituntut
oleh pemiliknya? [3 markah]
Soalan 2 (d) - Puisi
Tradisional
Baca petikan syair di bawah ini dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
SYAIR
BIDASARI
Dengarkan tuan
suatu riwayat,
Raja di desa
Negeri Kembayat,
Dikarang fakir
dijadikan hikayat,
Supaya menjadi
tamsil ibarat.
Ada raja suatu
negeri,
Sultan halifah
akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
Hairan orang
empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
Seri sultan raja
bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
Beberapa lamanya
dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah
beroleh kedukaan,
Baginda
meninggalkan takhta kerajaan.
Jamilah
Hj. Ahmad (Penyelenggara)
Antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul
Kementerian
Pendidikan Malaysia.
(i)
Nyatakan dua keistimewaan Raja Negeri
Kembayat berdasarkan rangkap kedua dan rangkap ketiga syair di
atas. [2 markah]
(ii)
Generasi muda pada hari ini memainkan peranan
penting untuk menjaga keamanan negara.
Pada pendapat anda, apakah peranan
remaja untuk mengekalkan keamanan negara kita? [3 markah]
(iii)
Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan syair di
atas. [4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.
(a)
Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan rangkai kata itu
sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)
budi bahasa
(ii)
sejarah hidup
(iii)
hak milik
(iv)
kuasa beli
(v)
potensi diri
(vi)
tingkah laku
[6 markah]
(b)
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)
Hafiy membaca buku cerita di perpustakaan sekolah.
(ii)
Hakim telah menjatuhi ketua penjenayah itu hukuman
gantung sampai mati.
(iii)
Pegawai itu telah merasmikan acara merentas desa
peringkat daerah pada hari ini.
[6 markah]
(c)
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu
kesalahan ejaan dan satu
kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Buku
teks yang berkualiti mestilah dianggap sebagai satu pra syarat bagi peningkatan
mutu mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
(ii)
Kenaikkan harga barang yang
tidak terkawal akan mewujudkan insflasi kepada negara.
(iii)
Bagi
mengatasi masaalah golongan berpendapatan rendah, kerajaan mencadangkan supaya
pembeli rumah diberi perlepasan cukai atas faedah pinjaman.
[6 markah]
(d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat
satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
(i)
Remaja pada masa kini sepatutnya mengenang jasa pejuang-pejuang
kemerdekaan negara yang banyak merempuh cabaran dalam memperjuangkan
kemerdekaan tanah air.
(ii)
Skim Perumahan
Rakyat yang kerajaan laksanakan bertujuan supaya rakyat yang berpendapatan
kecil mempunyai rumah sendiri dan dapat hidup aman.
(iii)
Dari hari ke sehari Pantai Tok Jembal kian terancam ekoran ombak yang
mengikis pantai dan menyebabkan pelancong semakin berkurangan.
[6 markah]
(e)
Tulis satu ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah
ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaanya.
(i)
bagai mencurah air ke daun keladi
(ii)
Pandu cermat jiwa selamat
(iii)
bagai telur di hujung tanduk [6 markah]
Soalan 4 : Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah
berdasarkan novel-novel yang berikut :
(i)
Leftenan Adnan Wira
Bangsa karya Abdul Latip Talib
(ii)
Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iii)
Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(iv)
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(v)
Tirani karya Beb Sabariah
(vi)
Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vii)
Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd
Yusop
(viii)
Silir Daksina karya Nizar Parman
(a)
Bahagian permulaan
sesebuah novel amat penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.
Berdasarkan sebuah
novel yang anda pelajari, huraikan dua sebab bahagian permulaan novel
itu menarik minat anda. [7 markah]
(b)
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari,
huraikan dua pengajaran tentang tanggungjawab yang terdapat dalam novel
tersebut. [8 markah]
KERTAS PEPERIKSAAN
TAMAT
2 comments:
i need the answer of this qustions NOW ! Bahagian permulaan sesebuah novel amat penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda. [7 markah]
plsss
Answer
Post a Comment